Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 27, 2017

5 cara jadikan rumah anda kelihatan mahal dan segar

  Mohd Shubhi       Saturday, May 27, 2017
Apa pentingnya nak jadikan rumah kita kelihatan mahal dan segar ? Nanti orang kata macam nak berlagak la pulak !.

Tak payah nak risau takut orang kata nak berlagak atau nak menunjuk. Lagipun bukan selalu orang datang ke rumah kita. Yang selalu dok ada dalam rumah, melengkaq kat depan TV, duduk makan kat meja dapur, melepak kat sofa sambil baca buku dan lain-lain lagi, semuanya adalah penghuni tetap rumah kita.

Jadi kalu nak jadikan rumah kita kelihatan mahal dan segar itu, tidak lain dan tidak bukan untuk penghuni tetap rumah kita juga, bukan untuk orang lain. Supaya kita sendiri, pasangan, dan anak-anak rasa selesa dan suka duduk kat rumah.

Bila rumah terasa segar, aura positif juga dapat dinaikkan ke seluruh rumah. Seterusnya memberikan semangat kepada kelarga menjalinkan hubungan yang baik bersesuaian dengan keadaan rumah yang kelihatan mahal dan segar itu.

Satu lagi perkara penting, jika rumah kelihatan mahal dan segar, adalah keupayaan untuk menjual rumah tersebut dengan harga yang lebih menawan. Rumah yang kelihatan mahal dan segar menunjukkan tuan punya rumah buat selenggaraan dengan baik.

Oleh itu, memang berbaloi jika kita cari idea untuk jadikan rumah sentiasa kelihatan mahal dan segar. Di sini kita boleh cuba 5 idea yang akan disenaraikan kat bawah ini. Semua idea ni tak mahalpun kosnya. Boleh buat sendiri asalkan ada kerajinan.

1. Pastikan sofa tidak kusut masai

Dalam banayk-banyak benda yang ada kat dalam rumah kita, sofa adalah antara barang besar yang sering memenihi ruang. Sebaik saja masuk dalam rumah, sofa jadi antara perabut yang kita tengok.

Jadi bayangkan jika kusyen, tilam, sarung dan sebagainya berada dalam keadaan kusut masai, kusam, terlondeh, koyak rabak, dan ada tompokkan airliur basi pulak tu. Itu belum pergi duduk lagi, sebaik saja tundukkan nak labuhkan punggung atas sofa, hidung akan dicucuk oleh bau yang hapak.

Semua bayangan yang saya berikan kat atas tu dah cukup untuk yakinkan anda bahawa amat penting untuk pastikan semua sofa dan tilam serta cadar pada sofa sentiasa kelihatan kemas, segar, dan buntal.

Bukannya mahal sangatpun nak jadikan sofa kelihatan segar. Tukar sarung seminggu sekali atau dua minggu sekali. Basuh sarung yang lama dan jahir mana yang koyak rabak. Basuh dengan pelembut kain yang berbau harum.

Kalau tilam dah kusuh, tak ada cara lain selain dari cari yang baru. Pergi cari tempat jual sponge atau kat kedai perabut. Kalau kenal pembuat perabut lagi bagus. Bawa sample tilam sofa dan minta dia orang ukur dan buat yang baru. Bukannya mahal sangatpun. Sekali tukar, boleh pakai lama.

2. Jangan sumbat banyak benda dalam rumah

Terutamanya kat kawasan ruang tamu, pastikan anda tak jadikan tempat itu sebagai pusat mengumpul barang untuk dihantar ke rumah anak yatim atau kepada mangsa banjir.

Tipsnya adalah lagi lapang tak banyak benda, lagi bagus. Barang yang tak pakai atau jarang guna janganlah nak dipamerkan kat ruang tamu tu. Segala beg golf, beg barang sukan, raga baju yang nak dibasuh, rak kasut dan macam-macam lagi dihimpun kat ruang tamu. tu memang tak kena.

Petuanya adalah pastikan rumah anda tidak berselerak. Pastikan semua barang sentiasa dalam keadaan tersusun kemas dan tidak terlalu penuh sehingga kelihatan macam stor barang buangan.

3. Jangan hias rumah dengan bunga palsu

Ini kegemaran orang rumah saya yang saya malas nak larang. Kalau larang nanti merajuk pulak. Penat dia pergi kedai bunga palsu, siap beli dengan bekas dan hiasan lain nak balik letak kat dalam rumah.

Apa yang berlaku dengan bunga palsu itu adalah, ia menjadi tempat berhimpunnya segala habuk mak nenek yang tidak berfaedah. Bagi anda yang ada letakkan bunga palsu sebagai hiasan kat dalam rumah tu, cuba pergi kat bunga palsu tu sekarang.

Pergi dekat dan ketul sikit pada bunga palsu tu, dan tengok apa yang berlaku.

Penuh habuk berhimpun kat bunga palsu tu. Sebab itu kalau anjing atau kucing lalu kat kawasan tu mereka akan bersin. Bila dah bersin, mereka akan geram, lalu kucing atau anjing akan lepaskan kencing kat bakul bunga palsu tu, padan muka !.

Jika anda gantikan hiasan bunga palsu dengan bunga asli yang hidup, rumah akan jadi jauh lebih segar dan kelihatan mahal. Bunga asli akan tahan beberapa hari dan anda terpaksa ganti semula dengan yang segar dan yang baru.

Memang itulah kelebihan jika pakai bunga asli sebagai hiasan kat rumah. Kena selalu ganti. Jadi habuk dan segala kekotoran tak akan berkumpul kat situ dan seterusnya jadikan rumah kusam dan tak ceria.

4. Buang saja bahan seni ciplak

Ini juga satu lagi kegemaran sesetengah orang yang minat seni. Bila dah minat tentu tahu harga bahan-bahan seni tersebut. Biasanya barang seni yang terkenal mahal harganya. Orang biasa-biasa memang tak akan mampupun nak beli bahan seni seperti lukisan untuk digantung dan pamerkan kat dalam rumah kita.

Jadi bila nak juga ada lukisan terkenal tu, maka dibeli lukisan ciplak palsu, pasang frame dan gantung kat dalam rumah. Jangan sesekali buat macam tu, nampak sangat tak pro dan langsung tak akan naikkan martabat rumah anda dengan segala lukisan ciplak murahan tu.

Sebaliknya, pergi cari bahan seni atau lukisan asli hasil dari artis tempatan yang tak terkenal. Hasl mereka sebenarnya tidak kurang hebatnya. Cantik dan asli. Beli dan balik pasang kat dinding rumah. Pilihlah hasil seni yang bersesuaian dengan citarasa anda dan pamerkan kat rumah.

Dengan berbuat begitu, rumah anda akan lebih menonjol dan original. Baru nampak segar dan mahal !

5. Lampu dan pencahayaan

Orang kita tak berapa pandang sangat dalam bab lampu ni. Biasanya, kita akan pasang lampu kalimantang yang panjang atau pendek dan tampal samada kat dinding atau kat siling. Bila buat macam tu, ada kalanya rumah jadi punyalah cerah sampai kena sepekkan sikit mata duduk kat dalam tu.

Ada pulak jenis yang kemut taik hidung masin, hanya pasang satu saja lampu kalimantang untuk cerahkan keseluruhan rumahnya. Jadi malap pulak rumah tu dan masuk saja terasa macam nak tidur.

Jadi petuanya kat sini, ambil perhatian sikit pada cara letak lampu dan jenis lampu yang mahu digunakan. Jangan cerah sangat dan jangan gelap sangat. Susunan juga pastikan cantik dan berseri. Keluarkan duit sikit tukar semua lampu kepada jenis yang menjimatkan letrik dan sekali gus cantik dan menarik.

Demikianlah serba sedikit tips untuk jadikan rumah kelihatan mahal dan segar. Moga ada manfaatnya dan boleh segera kita cuba amalkan. Lagipun dah masuk bulan puasa ni dan selepas habis puasa nanti nak masuk raya pulak.

Memang sesuai sangat kita ambl masa untuk buat perubahan pada rumah dan seterusnya bersedia untuk raya di bulan syawal nanti. Selamat berpuasa semua !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 cara jadikan rumah anda kelihatan mahal dan segar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !