Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 26, 2017

Senarai Bazar Ramadan di sekitar Shah Alam, Selangor 2017

  Mohd Shubhi       Friday, May 26, 2017
Bagi penduduk sekitar Shah Alam, tentu berminat nak tahu kat mana lokasi terdapatnya bazar ramadan di sekitar Shah Alam sepanjang bulan puasa tahun 2017 ini.

Esok dah masuk bulan puasa bagi tahun 2017. Macam biasa, perkara penting yang dikaitkan dengan bulan puasa adalah lokasi di mana terdapatnya Bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Suka atau tak suka, majoriti besar penduduk negara kita akan singgah juga ke bazar ramadan untuk mendapatkan makanan berbuka. Samada juadah berbuka atau sekadar untuk menambah kuih muih yang ada dibuat kat rumah.

Hebat macam manapun, tentu akan pergi juga ke bazar ramadan untuk membeli. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan berpuasa. Tak kisah samada anda bujang atau dah berumah tangga. Agak sukar nak cari orang yang tak membeli lansung juadah untuk bulan puasa.

Kalau tak beli kat bazar, tentu beli kat mana-mana restauran kegemaran.

Budaya berpuasa sekarang tak sama dengan dulu

Saya tak berapa perasan bila sebenarnya konsep bazar ramadan diperkenalkan di negara kita. Setahu saya masa kanak-kanak dulu, bazar ramadan ini tak wujud lansung kat kampung saya di Kubang Semang.

Masa dulu, setiap keluarga akan buat satu jenis juadah sahaja untuk disediakan sebagai juadah berbuka puasa satu keluarga. Selepas tengah hari, mak akan smula sibuk sediakan juadah berbuka. Biasanya mak akan buat kuih satu jenis dan lauk pauk untuk dimakan ketika berbuka dan ketika sahur.

Bila dah petang, mak akan masukkan kuih dalam 4 atau 5 bekas. Kami mula hantar kuih yang mak buat kepada jiran yang merupakan kawan-kawan baik mak. Begitu juga dengan orang lain di sekeliling kampung.

Bila masuknya waktu berbuka, hidangan kuih akan ada lebih daripada satu. Samada 3 atau 4 jenis akan tersedia terhidang. Bukan beli dari bazar ramadan. Tapi pertukaran dari jiran-jiran sekeliling rumah. Itu yang paling best budaya berbuka puasa zaman dulu kat kampung.

Sekarang juadah dan kuih ada banyak juga terhidang depan mata ketika nak berbuka puasa. Tapi bukan buat sendiri dan bukan juga jiran hantar. Kesemuanya dibeli dari bazar ramadan.

Saya tak pasti budaya buat pertukaran juadah berbuka masih hidup di kawasan kampung sekarang ini. Kat Kubang Semang pun rasanya orang dah tak buat sendiri juadah berbuka. Ada bazar ramadan yang amat meriah sepanjang Ban Busuk kat tapak pasar malam di Kubang Semang tu.

Kalau ada mana-mana kampung yang masih meriah mengamalkan pertukaran juadah berbuka, dan kat kampung itu tak wujud bazar ramadan, saya teringin nak tahu. Jika ada di kalangan pembaca blog ini tahu, tolong komen kat bawah ni. Ada rezeki saya nak pergi pindah duduk kat kampung tu.

Senarai bazar ramadan kat Shah Alam

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, berikut saya berikan senarai Bazar Ramadan di sekitar Shah Alam, Selangor untuk tahun 2017 ini.

Anda boleh pilih mana satu yang berdekatan untuk pergi beri sokongan kepada para peniaga kat bazar ramadan tersebut.

Terdapat sebanyak 35 lokasi bazar ramadan di sekitar Shah Alam tahun 2017 ini. Jumlah gerai pula adalah sebanyak 1,790 tapak disediakan untuk para peniaga.

  1. SEKSYEN 6 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 6/1F (HADAPAN RESTORAN ALI BISTRO)
  2. SEKSYEN 7 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KRISTAL AS 7/AS
  3. SEKSYEN 8 JALAN MUARA 8/9, (HADAPAN ALHISHA MINI MARKET) 
  4. SEKSYEN 16 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 16/3 (HADAPAN DEWAN MBSA) 
  5. SEKSYEN 18 JALAN 18/34, (HADAPAN KLINIK AHMAD SHAH)
  6. SEKSYEN 25 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TERAJU 25/67 (BERSEBELAHAN MYDIN) 
  7. SEKSYEN 27 TAPAK PASAR MALAM, JALAN BUKIT RAJA 27/8 
  8. SEKSYEN 31 JALAN ANGGERIK ARANDA B 31/B (DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
  9. 9. SEKSYEN 28 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 28/5 (BERHAMPIRAN RESTORAN KFC) 
  10. SEKSYEN 32 TAPAK PASAR MALAM BUKIT KEMUNING 
  11. SEKSYEN 33 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KEMUNING UTAMA PRIMA 9.00 PAGI – 12.30 T/HARI E33/E (HADAPAN GIANT) 
  12. SEKSYEN 35 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TUN TEJA B 35/B 
  13. SEKSYEN U2 TAPAK PASAR MALAM, JALAN SAUJANA INDAH (RESTORAN 2.30 PTG – 5.00 PTG SIDAH)
  14. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM MAH SING, JALAN UTARID U5/18A 
  15. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM, SUBANG 2, JALAN BV U5/BV 
  16. SEKSYEN U5 JALAN NOVA NU5/N
  17. SEKSYEN U5 JALAN MATAHARI U5/117 
  18. SEKSYEN U3 SUBANG PERDANA (BERSEBELAHAN GERAI MAJLIS) 
  19. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN N U8/N(BERSEBELAHAN RESTORAN AL-ALI) 
  20. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN C U8/C, BUKIT JELUTONG, (HADAPAN MY MYDIN) 
  21. SEKSYEN U10 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN PULAU LUMUT U10Q/Q 
  22. SEKSYEN U10 TAPAK PENJAJA SEMENTARA, JALAN PULAU INDAH AU/10A 
  23. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PRIMA C U13/C, (HADAPAN CIMB SETIA ALAM) 
  24. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PERDANA BC U13/BC 
  25. SEKSYEN U19 JALAN LITER D, BANDAR BARU SUNGAI BULUH FASA 3, (HADAPAN ECONSAVE) 
  26. SEKSYEN U20 TEMPAT LETAK KERETA, BUKIT RAHMAN PUTRA, BANDAR BARU SUNGAI BULUH , FASA 1 
  27. SEKSYEN U20, TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 1 B/2, BANDAR BARU SUNGAI BULUH, FASA 2, (HADAPAN PEJABAT LUNCAI EMAS)
  28. SEKSYEN 24 TAPAK USAHAWAN MIKRO, JALAN TIMUN 24/C
  29. SEKSYEN 18 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 18/A & 18/2
  30. SEKSYEN 13 TAPAK BAZARENA, STADIUM SHAH ALAM 
  31. SEKSYEN 17 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 17/20 (HADAPAN DEWAN MBSA)
  32. SEKSYEN 19 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 19/D 
  33. SEKSYEN 20 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 20/2 
  34. SEKSYEN U3 TEMPAT LETAK KERETA, JLN SP2/4, SUBANG PERDANA
  35. SEKSYEN 7 TAPAK PASAR MALAM, JALAN PLUMBUM 7/98 
Selamat menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan tahun 2017 ini. Moga endapat keberkatan dan moga-moga kita semua masuk dalam golongan mereka yang bertaqwa.

Pastikan jangan membeli juadah ikut nafsu. Bersederhanalah ketika berbuka dan mulakan dengan makan buah dan segelas air suam.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai Bazar Ramadan di sekitar Shah Alam, Selangor 2017

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !