Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 19, 2017

Lihat bagaimana Pak Cik ini solat atas air ! hebat orang Bota !

  Mohd Shubhi       Friday, May 19, 2017
Pernah dengar kisah orang hebat-hebat yang mampu buat berbagai perkara yang tak boleh diterangkan dek akal biasa. Kisah orang yang boleh terapung di udara, kisah orang yang tak basah lalu dalam hujan dan macam-macam lagi kisah seumpama itu.

Dalam FB pernah saya lihat orang ramai kongsikan bagaimana keajaiban seorang hamba Allah sedang bersolah atas pokok kelapa. Ada yang jadi histeria bila tengok video tersebut. Memang menakjubkan keupayaan hamba Allah yang bersolah atas pokok kelapa itu.

Hebat sebab kenapa dia susah payah nak solat atas pokok kelapa sedangkan atas lantai tanah kan lebih mudah. Tambah lagi kalau masjid dan surau ada kat merata tempat, kenapa nak solat atas pokok kelapa.

Biasanya orang ramai percaya bahawa mereka yang mampu melakukan keajaiban sebegitu adalah dari kalangan para wali yang dikurniakan karamah.

Pak Cik Solat atas air

Kat sini saya kongsikan kehebatan rakaman video seorang pakcik yang mampu bersolat atas air. Saya ingat selama ini tak akan ada peluang untuk saksikan depan mata, walaupun sekadar rakaman video, orang solat atas air.

Tapi nampaknya ada orang yang sudi rakamkan dan kongsikan untuk semua, tengok video ini kat bawah.

Ini juga satu hal. Kenapa susah-susah nak solat atas air sedangkan tanah lapang terbentang luas ?

Keupayaan ajaib semua kepercayaan
Kepercayaan kepada perkara ajaib seperti solat atas air, berjalan atas angin atau atas air dan lain-lain lagi seumpamanya bukan terhad kepada orang beragama Islam sahaja. Malah agama lain juga punya kepercayaan yang sama di seluruh dunia.

Orang Buddha, orang Hindu, orang Kristian dan lain-lain lagi percaya perkara ajaib juga berlaku pada orang-orang suci mereka. Lalu kesemua itu akan dijadikan bukti bahawa pekercayaan merekalah yang benar berdasarkan perkara ajaib tersebut.

Apakah itu cara yang betul untuk buktikan sesuatu agama atau kepercayaan itu berada di pihak yang benar ?

Satu lagi contoh untuk buktikan kebenaran dengan cara yang sama adalah seperti bersumpah atau buat perkara ajaib. Jika seorang pencuri itu berjaya celup tangannya dalam minyak mendidih dan tak jadi apa-apa, lalu dia berkata itulah bukti bahawa aku tidak bersalah... macam mana pulak ?

Begitu juga jika ada orang bersumpah bahawa demi Allah akau tidak melakukan perkara demikian dan demikian. Jika akau buat, maka petir akan memanah aku ketika aku sedang duduk kedai mamak minum teh tarik.

Lalu orang yang bersumpah itu pergi duduk pekena teh tarik kat kedai mamak dan dia selesai minum sampai habis, siap order secawan lagi dan panah tak datang tempak dia kat dalam kedai itu. Adakah bermakna dia terlepas dari tuduhan tersebut ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lihat bagaimana Pak Cik ini solat atas air ! hebat orang Bota !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !