Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 30, 2017

Kenapa cermin depan kereta mudah sangat pecah sekarang ?

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 30, 2017
Minggu ini saja saya dah tukar dua cermin depan kereta !. Kedua-dua kereta saya retak dan tak boleh dibetulkan lagi melainkan kena tukar.

Kereta Hilux yang saya pakai selama lebih 3 tahun dah retak cermin depannya sebanyak 3 kali. Untuk kali pertama, cermin retak akibat terkena batu kecil entah dari mana melayang tepat ke atas cermin.

Sebelum itu, elok saya berikan panduan untuk selesaikan masalah cermin depan kereta pecah bagi anda yang punya kereta.

  1. Pastikan anda ambil perlindungan insuran untuk cermin depan atau windscreen. Untuk nilai insuran yang perlu diambil, anda boleh pergi tanya kedai cermin kereta. Mereka lebih tahu berapakah nilai yang perlu dilindungi.
  2. Jika pecah, pergi tukar ke kedai cermin yang merupakan panel insuran yang anda ambil. Biasanya insuran Kurnia, tak ada kedai yang mahu terima. Jadi pastikan insuran apa yang anda pakai.
  3. Untuk buat tuntutan, anda hanya perlu sediakan salinan polisi insuran, salinan geran kereta, salinan lesen dan kad pengenalan pemandu. Jika kenderaan kepunyaan syarikat, perlu sediakan Form 9 dan bawa chop syarikat.
  4. Hidupkan kembali insuran cermin depan kereta selepas dah buat tuntutan. Perlindungan yang anda dapat hanyalah untuk sekali pecah saja. Bila dah tuntut, dan kemudiannya pecah sekali lagi, anda kena bayar sendiri. Melainkan jika anda bayar untuk sambung semula insuran yang baru.

Cermin depan kereta retak kali pertama

Ketika itu saya dalam perjalanan atas Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Utara. Sebaik saja terkena, kedengaran bunyi yang kuat. Hati saya yang retak terlebih dahulu sebelum melihat apa yang berlaku pada cermin tersebut.

Setelah berhenti ke tepi sekejap untuk pastikan keadaan cermin, saya dpat lihat ada retak jenis Combo telah berlaku. Atau boleh juga dikatakan gabungan jenis retak antara combo, star dan bullseye.

Hati rasa panas sangat tapi tak tahu nak lepaskan geram kat mana. Maka terpaksalah bersabar saja berharap cermin tu tak akan membesar retaknya. Bila saya raba kat sebelah dalam cermin tu, tak ada rasa apa-apa pun. Ertinya yang retak hanya lapisan sebelah luar saja. Lapisan sebelah dalam biasanya tak jadi apa-apa.

Selepas selesai semua urusan, cermin masih kekal besar tu jugak. Saya terus ke kedai baiki cermin sebelum terlambat. Alhamdulillah, dia tembak masukkan gam dan semuanya kembali elok. Hanya ada sedikit kesan atau parut saja tertinggal.

Pecah lagi cermin depan kali kedua dan ketiga

Kereta Hilux itu juga selepas pecah kali pertama dan dah dibaiki dengan baik oleh Dr Cermin, pecah sekali lagi. Kena batu juga ketika memandu kat sekitar lebih raya menuju Kuala Lumpur. Kedua-dua kejadian berlaku ketika berada di lebuh raya.

Selepas kena, saya masih sempat pergi baiki macam kali pertama sebelum itu. Pergi ke kedai Dr Cermin, dia tembak masukkan gam dan semuanya kembali baik. Cuma tinggal kesan sikit saja yang masih jelas kelihatan. Tapi selepas baiki, tak ada apa-apa yang berlaku.

Baru-baru ini, cermin depan Hilux itu terus retak panjang berselerak dan saya pasti tak dapat dibaiki lagi. Saya tak perasan cermin tu pecah sebab orang rumah yang pakai. Macam biasa dia tak akan beritahu sebaik saja cermin retak. Dia akan sorok kononnya saya tak akan syak apa-apa.

Bila dah retak itu membesar, tak boleh nak sorok lagi. Bila tanya kenapa dengan cermin itu, dia beritahu saya pecah sebab terhantuk kepala anak dari dalam. Anak duduk kat depan tak pakai tali pinggang keselamatan, dia brek kecemasan dan anak terhumban ke depan menanduk cermin depan kereta Hilux itu.

Saya raba dari dalam tak ada apa-apa kesan pecah. Tapi yang pecah dan retak habis berselerak adalah lapisan cermin kat luar. Entah betul entah tidak terhantuk kepala anak saya tak pasti. Mungkin betul, kepala anak saya kuat juga nampaknya. Tapi kenapa hanya kat luar saja yang pecah, saya tak pasti.

Nak pergi repair memang dah tak boleh buat apa-apa. Terpaksa gunakan insuran yang ada untuk tukar terus cermin depan yang baru.

Cermin depan kereta Nissan pula pecah

Sebelum itu, cermin kereta Nissan yang saya pakai juga terkena batu kecil ketika memandu di waktu pagi atas lebuh raya. Awal pagi saya masuk Lebuhraya PLUS dari Subang Jaya nak ke KL. Sampai saja kat Damansara, kedengaran ting ! ada benda keras hentam cermin depan kereta Nissan tersebut.

Saya nak cepat ke Dutamas ketika itu dan teruskan perjalanan sambil mencari-cari kesan retakan atau serpihan jika ada. Lama lepas tu baru nampak dengan jelas. Kesan pecahan bentuk Combo yang agak besar sebelah bawah cermin depan kereta itu.

Saya harap ia tak merebak dan sempatlah saya pergi sekali lagi ke Dr Cermin untuk repair macam biasa. Oleh kerana hari itu dan keesokkannya saya sibuk 2 hari ada kelas dari 8 pagi sampai 5 petang. Saya tak sempat pergi repair petang hari kena tu.

Esoknya selepas habis kelas petang dan waktu nak balik ke rumah, saya tengok cermin tu dah membesar retaknya. Dah terlewat untuk pergi repair dan hentikan retakan dari membesar. Terpaksa habiskan satu lagi perlindungan insuran cermin depan kereta nissan itu pulak.

Banyak cermin depan kereta pecah

Ketika saya tkar cermin kereta samada Nissan atau Hilux, ada lagi cermin kereta lain yang turut sama perlu ditukar. Nampaknya banyak juga kereta yang pecah cerminnya. Saya berbual dengan seorang pemilik kereta berbangsa Cina yang turut sama membaiki cermin keretanya.

Dia kata cermin kereta sekarang nipis dan mudah pecah. Tak seperti cermin kereta dahulu yang jauh lebih tebal dan kuat. Sebab itu cermin sekarang tak tahan. Yang untungnya adalah kedai yang buat perniagaan baiki atau tukar cermin kereta.

Saya tak pasti samada syarikat insuran perasan atau tidak keadaan ini. Apakah jumlah tuntutan insuran cermin depan kereta meningkat tinggi semenjak dua menjak ini, atau macam baisa saja.

Yang saya pasti, setiap kali hidupkan insuran kereta, ajen insuran akan tanya samada nak tambah perlindungan untuk cermin depan atau tidak. Dulu, tak timbul lansung soalan itu dan pemilik kereta tak pedulipun untuk tambah perlindungan cermin depan kereta.

Kenapa cermin depan kereta mudah pecah

Itu soalan yang saya tertanya-tanya dalam kepala. Kenapa agaknya mudah sangat cermin depan kereta sekarang mudah pecah.

Mungkin pendapat cina tadi betul. Cermin sekarang lebih nipis dan tak kuat seperi cermin kereta dahulu. Ada logiknya jugak sebab, hanya tandukan kepala anak saya saja dah boleh pecahkan cermin kereta Hilux, tentu cermin tu tak kuat.

Satu lagi sebab mudah pecah adalah disebabkan lebuhraya yang mungkin dipenuhi dengan batu kecil. Mungkin sebab lori tanah banyak yang guna lebuhraya dan mereka tinggalkan segala batu kecil tersebut atas jalanraya.

Bila terkena tayar kenderaan yang laju, batu itu akan melantun dan membidas cermin kenderaan lain di belakang.

Sekarang antara perkara yang mebuatkan saya rasa Fobia adalah memandu kereta dan lalu belakang atau tepi lori tanah yang banyak kat atas jalanraya tu. Setiap kali lalu, hati berdebar-debar menunggu datangnya serpihan batu kecil menghentam cermin depan kereta.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa cermin depan kereta mudah sangat pecah sekarang ?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. ada sebarang pertanyaan tentang masalah cermin kereta atau nak buat tuntutan boleh layari www.cerminkereta.my terima kasih.
    percuma tint. cermin original

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !