Friday, June 2, 2017

Korek hidung tak batal puasa, dengar azan subuh, telan makanan

  Mat Bihi       Friday, June 2, 2017
Hari ini dah masuk hari ke-7 umat Islam di Malaysia berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. sedar-sedar dah seminggu kita lalui bulan ramadan.

Apa yang Einstein kata memang ada kebenarannya. Masa itu adalah relatif. Bagi orang tua yang dah berumur, melebihi 40 tahun, masa amat pantas berlalu. Hidup dalam lingkungan umur melebihi 40-an seumpama orang yang tak boleh tidur di malam hari.

Mata dipejam, cuba lelapkan mata. Pusing kanan dan pusing kiri, tapi masih tak boleh lena. Semakin lama semakin kuat kedengaran bunyi jam berdetik. Tik tik tik tik, makin kuat dan makin tertekan tak boleh tidur. Makn lama masa makin pantas bergerak sedangkan esok dah nak kena bangun pergi kerja.

Macam itulah rasanya keadaan orang yang dah berumur lanjut lebih dari 40 tahun. Kubur memanggil mari-mari !, hati tak tenteram, berbisik, nanti nanti !. Aku masih belum bersedia. Masih ada keinginan dan cenderung pada maksiat. Masih tak dapat buang perangai suka kepada kelalaian.

Tazkirah ramadan sempena bulan puasa

Macam biasa seperti bulan puasa tahun-tahun yang lalu, surau anjurkan tazkirah ramadan, khas untuk para jemaah. Untuk seimbangkan antara yang kaki dengar ceramah dan mereka yang tak gemar dengar kuliah, tazkirah akan diadakan berselang seli. Satu malam ada dan malam berikutnya tak ada.

Semalam adalah hari adanya tazkirah ramadan. Selesai solat tarawih empat rakaan yang pertama, para jemaah akan dihidangkan dengan tazkirah ramadan. Tak ada yang lari keluar balik rumah untuk elak dengar tazkirah.

Masanya yang diperuntukkan pada ustaz hanyalah dalam lingkungan 10 minit sahaja. Bukan lama sangatpun. Amat sesuai untuk rehat bersandar sebentar kat dinding surau, untuk redakan otot yang tegang. Juga kesempatan pejamkan mata bagi mereka yang nak lena sebab makanan masih penuh kat perut.

3 cara puasa tahun ini lebih dari yang lalu

Tazkirah yang ustaz berikan semalam memang menyegarkan mata semua yang mendengarnya. Malah, mereka yang lari sebentar keluar ke pantry surau kat luar tu untuk hembus asap rokok juga pasti tak lepas perembang telinga dengar apa ustaz katakan.

Tazkirah pantas yang ustaz berikan semalam berkisar kepada 3 idea untuk jadikan ramadan tahun ini lebih baik daripada ramadan tahun sudah. Dan idea yang ustaz berikan memang original dan sedikit berbeza dari yang biasa kita dengar.

Semua ustaz dah bagi tahu kelebihan ramadan seperti sedekah, baca Quran, iqtiqaf dalam masjid, solat jemaah dan bermacam-macam lagi. Selalu kita dengar dan dah ramai yang amalkan semua itu setiap kali datangnya bulan puasa.

Ustaz bagi 3 idea untuk jadikan puasa kali ini lebih baik;

  1. Lewatkan waktu ketika sahur
  2. Segerakan makan ketika berbuka
  3. Doa apa hajat kita 10 minit sebelum masuk waktu berbuka

Terus telan makan bila dengar azan

Ustaz cadangkan supaya kita semua pastikan sahur lewat dan bukannya sahur awal. Bagi ustaz sahur pukul 12 tengah malam itu tak masuk dalam takrifan sahurpun. Itu yang ramai anak-anak muda buat sekarang sebab tak mahu bangun bersahur.

Anak muda sekarang ramai yang akan tidur lewat sepanjang bulan puasa. Lagi lewat lagi bagus. Sebelum nak tidur, mereka akan keluar makan dahulu. Mungkin pukul 1 mungkin pukul 2. Itulah sahur mereka. Dan terus tidur tak bangun lagi sampai pagi esok.

Jika baik, subuh gajah esok mereka bangun untuk solat subuh. Jika tak berapa baik, esok pagi pukul 9 atau 10 baru mereka bangun. Burn solat subuh dan qada sahaja. Lebih lewat bagun pagi, lebih pendek waktu sedar menahan lapar. Itu idea licik anak muda.

Semua perlu tanam azam sekarang untuk pastikan bangun sahur hanya selepas tidur dan selepas pukul 5 pagi. Makan cepat-cepat dan tunggu solat subuh terus. Tak payah sambung tidur. Waktu makan hanya habis sebaik saja masuk waktu subuh.

Kata ustaz, lagi dua tiga minit nak masuk subuh masih boleh sempat kayuh tangan suap nasi lagi. Jangan risau, puasa masih sah. Suap masuk mlut nasi dan kunyah dengan tenang. Bila tengah kunyah tu tiba-tiba dengar azan dilaungkan, segeralah telan nasi kat dalam mulut tu. Masih sah puasa kita.

Yang tak boleh buat adalah bila dengar azan, tangan kayuh ambil masi segengam dan baru nak kunyah. Itu memang tak boleh dan tak sah puasa kita.

Korek hidung tak batal puasa

Dalam bab segerakan berbuka puasa memang tak ramai yang tertinggal. Semua akan pantas sangat dalam bab berbuka puasa ini jika ketika itu dah ada kat dalam rumah. Satu keluarga akan terus mengadap depan meja makan jika waktu berbuka dah hampir.

Sambil mengadap, telinga akan peka dengar azan kat masjid atau surau. Ramai juga yang duduk kat Selangor atau KL lebih suka biarkan radio atau TV 1 dibuka. Azan akan dilaungkan melalui radio atau TV sebaik saja masuk waktu.

Bunyai saja azan, tangan akan bersilang atas meja bermula dari meneguk air buah sejuk satu gelas besar. Telah seteguk demi seteguk sampai nak habis nyawa baru nak berhenti. Kemudian mula pulun belasah habis juadah yang dibeli berbungkus-bungkus kat bazar ramadan tadi.

Yang timbul masalah adalah mereka yang dah masuk pukul 7 lebih, masih duduk dalam kereta tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Nak jadi cerita dalam kereta tak ada apa-apa makanan pulak. Tiba-tiba kedengaran azan berbunyi dari corong radio kereta 

"Nak berbuka puasa dengan apa ?", tanya ustaz.

"Korek hidung !", ramai yang jawab begitu dengan soalan ustaz tadi.

"Korek hidung tak batal puasa !", tegas ustaz.

Ada yang tercengang. Itulah yang kita diajar sejak dari dalam buaian lagi. Korek hidung batal puasa. Jadi, setiap kali bulan puasa, amat malang orang yang hidungnya suka berair. Bila bangun tidur, cecair dalam hidung akan mengeras dan bertukar jadi taik hidung. Nak korek takut batal puasa. Maka dibiarkan hidung penuh dengan taik hidung.

Ustaz beri jaminan tak perlu nak risau dengan bab korek hidung. Sebab tak akan batal puasapun jika korek hidung. Oleh itu, berbuka puasa dengan korek hidung juga tidak betul. Kalau dalam kereta tak ada makanan, masuk saja magrib kena cari alternatif lain untuk segerakan berbuka.

Korek hidung hanya akan membatalkan puasa jika selepas korek, kita makan taik hidung tu !.  Jadi jangan makan taik hidung ketika berpuasa. Itu saja.

Jangan makan juga taik hidung dalam bulan tak puasa. Memang tak boleh makan taik hidung tu. Hukumnya adalah haram kata ustaz. Sebab makan benda yang menjijikkan juga adalah haram walaupun benda tu bukannya najis.

Jadi apa yang kita perlu buat dalam bulan ramadan adalah pastikan ada bekalan air suam dan buah kurma sentiasa tersedia dalam kereta. Masuk saja bulan ramadan, bubuh siap-siap dalam kereta. Jika tersangkut atas jalan waktu berbuka. Boleh berbuka dan buka cermin kereta untuk hulurkan seulas dua pada orang sebelah. Bergunung pahala boleh dapat ketika itu.

Doa 10 minit sebelum berbuka puasa

Ini yang paling menarik dan tak berapa ramai orang tahu sangat. Waktu sebelum berbuka puasa, atau sebelum masuknya waktu magrib di bulan pasa adalah waktu yang mustajab untuk minta doa. Ustaz bagi hadith tentang itu dan doa ketika itu terus naik dan tak ada hijab.

Jadi jangan buang masa. Ambil kesempatan untuk berdoa ketika itu dan mintalah apa yang anda mahu. Buat saja doa dalam bahasa melayu yang kita semua paham. Tak perlu nak translate ke bahasa arab.

Memang tak perlu dalam bahasa arab kecuali untuk orang lelaki.

Jika orang lelaki yang nak tambah seorang lagi isteri, mahu berdoa ketika itu, pastikan buat dalam bahasa arab. Supaya orang tak faham apa yang didoakannya terutamanya isterinya kat rumah. Jadi ustad suruh orang yang nak doa minta tambah seorang lagi isteri pergi jupa dia lepas selesai tarawih nanti.

logoblog

Thanks for reading Korek hidung tak batal puasa, dengar azan subuh, telan makanan

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. " Bila tengah kunyah tu tiba-tiba dengar azan dilaungkan, segeralah telan nasi kat dalam mulut tu. Masih sah puasa kita."

    Beberapa hadis perlu dihimpunkan pemahamannya bagi menentukan sah atau batal puasa dalam situasi di atas. Terdapat hadis yang membenarkan perbuatan di atas pada zaman penentuan waktu yang berbeza dengan zaman sekarang. Zaman sekarang waktu ditentukan secara tepat tidak seperti zaman sahabat dan Rasulullah SAW. Justeru hukum berubah mengikut zaman dan situasi yg berubah. Kesimpulannya puasa di atas BATAL..wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan tuan Muhd Fat. Ertinya pada zaman Rasulullah waktu masuk subuh tidak tepat kiraannya dan muaazzin laungkan azan samada cepat atau lambat dari pada waktu sebenarnya.

      Ertinya, dalam kes hadis yang membenarkan isu tersebut, membawa maksud azan dizaman Rasulullah dilaungkan awal dari waktu sebenar, maka sebab itu ianya tak batal ?

      Delete
    2. Assalamualaikum
      " Bila tengah kunyah tu tiba-tiba dengar azan dilaungkan, segeralah telan nasi kat dalam mulut tu. Masih sah puasa kita."
      Memang ada hadis sahih tntg situasi tersebut, tetapi perlu dilihat maksud sebenar hadis itu. Hadis yg membenarkan utk makan apabila azan disebabkan azan tersebut adalah azan sebelum masuk waktu, (iaitu azan utk kejut bangun sahur).Azan subuh pd zmn nabi dilaungkan sebanyk 2x, iaitu sebelum masuk subuh, dan apabila telah masuk waktu. Zmn skrg azan hanya bila masuk waktu. Dalam hadis yg lain, nabi larang makan dan minum apabila dgr azan seorg sahabat ni(lupa nama) sbb sudah masuk waktu. Kesimpulannya, batal puasa apabila telan mknn sewaktu azan subuh

      Delete