Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, May 17, 2017

Kenapa lelaki lebih ramai kena denggi berbanding wanita di Selangor

  Mohd Shubhi       Wednesday, May 17, 2017
Mungkin anda tak perasan (atau tak nak berikan perhatian) bahawa kes demam denggi masih tetap menjadi satu masalah besar di negara kita. Terutamanya di Negeri Selangor, kes demam denggi seperti tidak ada kesudahannya.

Kalau anda tak ambil tahu yang kes demam denggi masih menjadi satu ancaman besar, sudah pasti tak terfikir pulak antara lelaki dan wanita, jantina mana yang lebih tinggi kena denggi.

Bagi yang ambil tahu perihal masalah kes denggi, terutamanya di negeri Selangor, tentu maklumat ini lebih menarik untuk diketahui. Siapa lebih ramai kena denggi antara lelaki dengan wanita ?

Lelaki lebih ramai kena denggi berbanding wanita

Menurut perangkaan daripada jabatan kesihatan Negeri Selangor, jumlah kes denggi kena banyak kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Perbezaannya tidaklah banyak sangat sebenarnya. Hanya dalam lingkungan 56% sahaja.

Dalam 100 orang mangsa ked denggi, 56 orang terdiri daripada kaum lelaki dan 44 orang adalah wanita. Itulah gambaran kes denggi jika dibuat perbandingan antara lelaki dan wanita.

Punca tepatnya memang tidak dapat dikenal pasti. Tapi menurut jabatan kesihatan negeri, ianya ada kaitan dengan keadaan kaum lelaki yang mungkin berada diluar rumah atau bangunan lebih banyak masa dari kaum wanita.

Golongan wanita kalau kerjapun, tentu lebih banyak berada dalam bangunan. Kerja yang melibatkan urusan berada di luar bangunan lebih banyak didominasi oleh kaum lelaki. Jika dalam industri pembinaan pulak, yang memang terkenal sebagai antara punca pembiakan nyamuk aedes, para pekerjanya dikuasai oleh kaum lelaki.

Kes denggi di Selangor masih tahap bahaya

Untuk maklumat semua, kes denggi masih berada dalam situasi yang tidak menggembirakan di Selangor. Untuk tahun 2017 setakat ini, sudah 29 penduduk negeri Selangor yang meninggal dunia. Itu merupakan angka sehingga 13 May 2017.

Jumlah keseluruhan kes denggi setakat 13 May 2017 pula telah mencatatkan sebanyak 18,534 kes. Daerah Petaling menjuarai carta paling ramai kena kes denggi dengan jumlah kes sebanyak 5,858 kes.

Daerah Hulu Langat pula jadi juara nombor 2 mencatatkan kes denggi sebanyak 4,927. Sejak dua bulan kebelakangan ini, kes denggi meningkat dengan banyak di sekitar daerah Hulu Langat. Bukan itu saja, Daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah kematian paling ramai disebabkan kes demam denggi. Iaitu seramai 14 orang setakat ini.

Cuba lihat gambarajah yang memberikan ringkasan kes denggi di negeri Selangor kat atas tu. Agak menarik untuk perhatikan kaitan kawasan yang dipenuhi oleh pusat bandar dengan kawasan yang agak kekampungan.

Kawasan yang banyak pusat bandar lebih banyak kena denggi berbanding kawasan kekampungan. Apa yang boleh kita belajar dari keadaan itu ?

Kurang kerjasama benteras masalah denggi

Kes denggi ini memerlukan usaha dari semua pihak. Tidak boleh nak lepaskan masalah tersebut hanya kepada pihak yang berwajib sahaja. Malah pihak yang berwajib dah buat yang terbaik untuk mengatasi maslaah kes demam denggi ini.

Dengan aktiviti pemeriksaan premis, aktiviti memberikan kesedaran, aktiviti menghapuskan jentik-jentik dan bunuh nyamuk Aedes dewasa melalui fogging dan sebagainya, boleh dikatakan usaha yang amat baik dari pihak berwajib.

Malangnya kerjasama dari penduduk amat mengecewakan. Antara yang paling ketara yang dilaporkan oleh pihak majlis dan pihak jabatan kesihatan, adalah tak benarkan aktiviti fogging di premis dan di rumah mereka.

Satu lagi masalah ada sikap tak jaga kebersihan. Lihat kat taman awam, masih ada ramai yang walaupun hanya segelintir, yang suka campak sampah dan bekas sesuka hati. Bila musim hujan, air boleh bertakung dan jentik-jentik mudah membiak kat dalam air jernih dan berada di tempat teduh.

Cukup hanya segelintir sahaja yang tak reti bahasa dan tak faham etika kebersihan untuk mendatangkan bala bencana kepada semua penduduk. Dan ia berbalik pula kepada betapa kuatnya jalinan dan kerjasama sesuatu komuniti.

Jika kuat, jalinan kerjasama antara penduduk, golongan bermasalah yang segelintir itu boleh dihapuskan dengan mudah. Jika kurang kerjasama dan ikatan ukhwah tak ada, masing-masing hanya akan selesa dengan dunia mereka sendiri. Tidak ada usaha nasihat menasihati dan sebagainya untuk pastikan keselesaan semua pihak.

Mungkin itu semua adalah kos yang manusia moden di kawasan lembap dan bsah seperti di negara kita perlu bayar demi mengejar kemodenan. Semua orang hanya fokus pada ekonomi dan kerja cari makan siang dan malam. Aktiviti kemasyarakatan tidak mendapat kerjasama dari majoriti penduduk. Maka terimalah akibatnya.

Nyamuk yang kecil sahaja dihantar memberikan malapetaka untuk masyarakat yang tidak mengamalkan budaya yang sepatutnya buat manusia di muka bumi ini.

Jika anda perlukan khidmat fogging dan kawalan jentik-jentik untuk taman anda, boleh dapatkan khidmat tersebut daripada syarikat pest control yang berlesen. Hubungi Easelife Services Sdn Bhd untuk maklumat lanjut. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk dapatkan penerangan.
Sumber maklumat dari TheStar

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa lelaki lebih ramai kena denggi berbanding wanita di Selangor

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !