Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 29, 2017

Apa sebenarnya masalah umat Islam kat Malaysia dijawab dalam khutbah solat raya

  Mohd Shubhi       Thursday, June 29, 2017
Macam tahun-tahun yang sudah, saya akan balik raya ke kampung setiap kali datangnya hari raya puasa. Walaupun perjalanan balik raya tak pernah selesa, semua itu perlu ditempuh juga demi nak beraya bersama orang tua kat kampung.

Bezanya perjalanan sekarang berbanding perjalanan dahulu, adalah kemudahan teknologi yang direka oleh manusia sekarang. Sebelum nak balik, buka terlebih dahulu segala Apps yang ada pada telefon pintar.

Menurut nasihat Plus, orang yang nak ke Utara Tanah Air, perlu keluar pagi sebelum pukul 10. Jadi saya ikut saranan tersebut. Dalam masa yang sama, perlu juga buka maklumat trafik semasa yang boleh dilihat melalui Apps Plus Expressway.

Semua maklumat pasal Trafik ada kat situ. Samada kenderaan banyak atau sedikit, beratur panjang tak bergerak atau bergerak lancar, semuanya akan diberikan maklumat secara tepat dan semasa. Jadi mudah bagi saya untuk pilih nak ikut jalan mana bila balik ke utara nanti.

Jauh tak apa janji jalan

Prinsip saya setiap kali balik kampung atas urusan bercuti adalah, jauh perjalanan tak kisah, asalkan kenderaan sentiasa berjalan. Ertinya, jangan jem tersangkut-sangkut, sekejap jalan sekejap berhenti. Itu amat meletihkan minda. Banyak tenaga juga digunakan kalau bawa kenderaan dalam keadaan sebegitu.

Jadi, saya biasanya akan selang seli dengan masuk lebuh raya bertol dan kemudiannya akan keluar ikut jalan lama. Semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan perjalanan. Kalau ikut lebihraya bertol, tapi tak boleh nak jalan dengan lancar dan laju, lebih baik ikut jalan lama saja samada lancar atau tidak, ianya adalah percuma.

Tak guna ikut lebuhraya dan tak lancar sedangkan anda terpaksa bayar segala kos naik lebuhraya tersebut. Bila kena bayar, sepatutnya servis yang kita dapat tentulah jauh lebih baik dari ikut jalan fedaral atau jalan lama.

Dengan kemudahan aplikasi dari telefon pintar, saya dengan mudah boleh kesan kat mana ada kemalangan dan sebagainya. Jadi bila dah tahu ada kenderaan beratur panjang kat depan sana, cepat-cepat saya keluar ikut jalan alternatif.

Ternyata segala teknologi yang manusia cipta sekarang amat membantu manusia di seluruh dunia. Semua aplikasi tersebut digunakan di seluruh dunia. Waze contohnya, ada di seluruh dunia. Anda duduk kat mana lebuhrayapun, boleh gunakan alikasi tersebut.

Dan perkara menarik yang saya nak ingatkan pembaca adalah, semua teknologi itu dicipta oleh orang yang digelar Kafir oleh umat Islam di negara kita. Ya ! orang kafir yang paling banyak mencipta segala teknologi dan kemudahan untuk manusia sejagat !.

Masalah umat islam seluruh dunia

Semua daripada kita tahu maslaah besar yang melanda umat manusia secara keseluruhannya sejak dahulu sampai sekarang adalah perkara berikut:

  1. Peperangan
  2. Keganasan
  3. Penyakit / Kesihatan
  4. Kemiskinan
  5. Ketidak adilan
Cuba tengok di seluruh dunia sekarang, dimanakah berlakunya segala masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang. Dengan segala teknologi maklumat sekarang, semua orang boleh dapat tahu apa yang berlaku di mana-mana saja pelusuk dunia ini.

Kemakmuran negara barat

Secara umum, samada pembaca sedar atau tak sedar, kesemua masalah yang saya senaraikan kat atas tadi berjaya diatasi dengan amat baik oleh orang barat. Atau lebih mudah nak faham lagi kita sebutkan negara Kafir sebagai mana yang kita semua sering sebut pada negara-negara tersebut.

Progres kemakmuran negara kafir amat mengkagumkan kita semua, mungkin anda tak kagum. Tapi saya sejujurnya memang rasa kagum dengan negara orang kafir tersebut. Mereka bina berbagai teknologi daripada semua lapangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.

Mereka temui penawar penyakit, mereka mudahkan komunikasi supaya segalanya telus dan seterusnya membawa kepada lebih keadilan, mereka reka mesin itu dan ini dan seribu satu macam kehebatan.

Kita pasih tetap panggil dan hina mereka dengan manusia kapiaq, pandang jijik pada mereka dan dalam masa yang sama, kesemua rekaan mereka kita belasah pakai sampai sekarang.

Masalah umat Islam

Kembali semula kepada kedudukan negara yang didiami oleh umat islam sekarang. Lihat semula semua masalah yang saya sebutkan kat atas tadi. Nampak tak bahawa hampir kesemua masalah yang saya senaraikan kat atas tu dihadapi oleh negara umat Islam.

Mungkin bukan berlaku di negara kita, tapi atas dasar saudara, kita perlu lihat semua umat Islam diselruh dunia sebagai satu kumpulan yang satu yang perlu difikirkan dan diusahakan supaya lebih baik.

Masalah kemiskinan, masalah penyakit, masalah peperangan, masalah buta huruf, masalah kerajaan kuku besi dan kejam, masalah kebuluran, maslaah berbunuhan sesama sendiri, dan seribu satu masalah lagi melanda kebanyakkannya pada negara penduduknya beragama Islam.

Apa pasal jadi macam tu ?

Adakah kerana orang barat itu kafir maka mereka menikmati segala kemakmuran. Dan oleh kerana orang islam itu islam maka mereka mengalami segala masalah berat yang tak mahu dilalui oleh manusia ?

Tentu tidak ! Islam sepatutnya memberikan manusia jalan selamat samada dunia atau akhirat. Islam sepatutnya membuatkan manusia maju dan beradap serta bertamadun. Islam bukan agama ang mundur !.

Perbandingan negara Islam dengan bukan Islam

Secara ringkas kita cuba tengok sedikit apa yang ada pada negara Islam di seluruh dunia.

  • Terdapat sebanyak 57 buah negara Islam di seluruh dunia. Dalam seluruh negara tersebut hanya ada sebanyak 500 universiti sahaja. Lihat hanya satu negara sahaja iaitu Amerika, di sana ada sebanyak 5,758 buah universiti !. Malah di India saja terdapat sebanyak 8,407 buah universiti !. Awat teruk sangat 57 buah negara Islam tak boleh nak lawan walalupun hanya dengan satu saja negara bukan Islam lain !
  • Status celik huruf di negara bukan Islam yang dikuasai oleh penduduk beragama Kristian adalah sebanyak 90%. Sedangkan di negara umat Islam, peratus yang celik huruf hanyalah sebanyak 40% sahaja ?. apakah umat islam tak pentingkan menuntut ilmu ?
  • Di negara barat, paling lekeh, 98% daripada penduduknya berjaya habis sekolah rendah. Tapi di negara Islam secara purata, hanya 50% sahaja penduduknya tamat sekolah rendah !. mak bapak orang islam tak pentingkan ilmu kah !
  • Peratusan penduduk negara barat atau kita panggil negara kapiaq, yang masuk universiti adalah sebanyak 40%. Bagi negara Islam pula, jumlah mereka yang masuk universiti hanyalah sebanyak 2% sahaja !
  • Bagi satu juta umat Islam di negara majoriti umat Islam, hanya ada seramai 230 orang saintis. Kalau lihat kat Amerika sahaja, ada seramai 5 ribu orang saintis bagi sejuta penduduknya !
Banyak lagi yang boleh kita senaraikan untuk melihat kelemahan negara umat islam di seluruh dunia Tapi cukuplah setakat itu untuk kita renungkan.

Apa masalah sebenar umat Islam !

Itulah persoalan yang perlu kita rungkaikan sekarang. Apa sebenarnya yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia. Dan apa yang sebenarnya berlaku pada umat Islam di negara kita sendiri, Malaysia.

Pergi lihat laporan statistik tahap pendidikan, tahap ekonomi, tahap masalah sosial, keganasan dan lain-lain lagi. Bandingkan antara orang Islam kat Malaysia dengan orang bukan Islam kat Malaysia. Anda sendiri pergi cari maklumat tersebut lepas ini.

Yang pastinya, saya boleh berikan maklumat awal kat anda adalah, anda tentu akan terkejut dengan data yang ada. Pencapaian umat Islam kat Malaysia sendiri tidak memberansangkan. Begitulah yang imam solat sunat hari raya khutbahkan hari itu.

Cuma kita masih beruntung sekarang sebab Malaysia adalah sebuah negara yang amat mewah dengan segala sumber alam. Masih banyak yang boleh kita ambil untuk teruskan kehidupan mungkin dalam satu atau dua jenerasi lagi.

Sebab itu masih tak terasa keperitan dan kehinaan akibat daripada kemiskinan dan masalah kesihatan seperti mana negara umat islam yang lain. Tapi masanya akan datang juga jika kita semua masih leka.

Jawapan dari Imam khutbah solat raya

Bagi tuan imam solat sunat hari raya yang lalu, jawapan kepada semua masalah umat islam adalah amat mudah. Dia sarankan agar semua umat islam perlu bertakwa !

Ya ! jadilah seorang yang bertakwa, maka umat islam akan keluar dari semua maslaah yang sedang mereka hadapi. Ertinya, majoriti besar umat Islam kat seluruh dunia sekarang adalah terdiri daripada kalangan mereka yang tidak bertaqwa !.

Mungkin itulah yang boleh kita rumuskan berdasarkan saranan imam solat sunat har raya tempoh hari ! Dan bagaimana pulak dengan negara dan umat Kapiaq yang maju jauh mengatasi semua negara dan umat Islam yang lain... adakah majoriti daripada mereka bertaqwa, maka mereka menjalani kehidupan yang penuh keberkatan dan kemakmuran ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa sebenarnya masalah umat Islam kat Malaysia dijawab dalam khutbah solat raya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !