Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 1, 2017

Cara kawal semut tanpa perlu guna racun yang anda boleh buat sendiri

  Mohd Shubhi       Saturday, July 1, 2017
Semut dah mula datang balik !

Selepas habis berpuasa dan sekarang dah masuk bulan syawal, semua orang dah mula fokus pada makanan. Habis semua jenis makanan samada yang berlemak, yang manis, yang berprotein, masam pahit dan entah apa rasa lagi, kita semua dah mula belasah macam nak rak !.

Biskut raya yang setiap kali kita makan, akan keluarkan habuk halus bertaburan di sana sini. Jatuh atas lantai dan ada yang jatuh atas meja. Jika lantai dan meja ada rekahan, atau ada lubang, habuk atau serbuk biskut tu boleh melekat lama kat situ.

Selepas sapu rumah, kalau tidak dibasuh lantai dan meja dengan air, serbuk dan habuk biskut akan tetap ada. Itu peluang rezki bagi semua serangga dan makhluk perosak seperti semut. Sebab itu semut mula masuk semula secara berjemaah ke dalam rumah. Makanan dah mula mewah.

Jenis semua yang suka makan manis

Biasanya jenis semut yang suka sangat makanan yang manis bergula adalah daripada jenis yang kita panggil Semut Mayat. Orang putih paggil Ghost Ant dan orang Hokkien pula panggil Ng Sng Hia. Semua mayat ini ada dua jenis. Satu yang cerah dan satu lagi agak gelap sedikit.

Saiz mereka sama sahaja. Cara paling mudah nak tahu samada yang ada lihat itu semut mayat atau tidak, adalah dengan tangkap seekor. Kemudian penyet dengan jari dan cium baunya. Kalau berbau seperti buah kelapa busuk, itu memang semut mayat la tu.

Berita baiknya untuk semut mayat ini adalah, dia jenis yang tak berbisa dan tak gigit orang. Jadi jangan nak risau sangat kalau ada banyak semut gila melilau kat dalam rumah tu cari makanan. Cumanya, ia ganggu jiwa. Apatah lagi kalau masuk berkerumun kat dalam balang kuih !.

Jenis semut yang suka makan lemak

Makanan berlemak pulak akan banyak mengundang semut merah yang ada orang paggil semut gatai. Ada juga orang panggil semut merah. Nama betulnya adalah semut gatal. Tapi anda perlu tahu bahawa bukan semua yang berwarna merah itu adalah semut gatai.

Nama saintifiknya adalah Monomorium Pharaonis.

Cuba tengok perkataan Pharaonis tu, macam ada bunyi sikit sikit seperti Firaun kan!

Ya ! memang betoi pun ! memang dalam bahasa inggeris, semut gatai ni dipanggil Pharaoh's ant. Kalau diterjemahkan dalam bahasa malaysia, jadi Semut Firaun ! Sebab apa orang namakan sebagai semut firaun, saya tak korek lagi maklumatnya. Nanti bila dapat, saya akan ceritakan.

Dalam Bahasa Hokkein, kita panggil Ng Kau Hia

Semut gatal ini saiznya agak besar sikit dari semut mayat yang saya ceritakan kat atas tadi. Warnanya pulak adalah coklat kekuningan. Sekali pandang nampak macam merah, tapi bukan merah sebenarnya.

Ada satu lagi jenis semut ini yang orang panggil semut gatal juga dan orang Hokkein panggil Ng Kau Hia. Tapi dari segi nama saintifik dipanggil Monomorium Floricola, ia adalah berbeza daripada semut firaun. Warnanya juga berbeza. Jenis ini kepalanya gelap dan kat tenga badannya berwarna coklat. Dia juga boleh gigit tapi tak berbisa.

Berita takberapa baik adalah semut gatai ni, boleh gigit orang. Tapi tak perlu nak risau sangat sebab ianya tidak berbisa. Semut ni ska makan bahan berminyak dan berprotein. Gula juga dia ambil untuk keperluan tenaga bagi kaum pekerja dalam koloninya.

Semua Api juga suka lemak

Ada satu lagi jenis yang warnanya agak sama dengan semut gatal kat atas tadi, iaitu warna kuning kemerahan atau kuning coklat.

Semua ini bukan dipanggil semut gatal. Ia sebenarnya bernama semut api!

Dalam Hokkien semut ini dipanggil He Hia. Beza paling ketara semut ini berbanding semut gatal adalah dari segi saiznya. Ia jauh lebih besar daripada semut gatal.

Yang ini agak bahaya, terutamanya pada kanak-kanak yang lembut dan gebu lagi kulitnya. Begitu juga bahaya terhadap perempuan muda gomel lote dan gebu putih serlah. Semua ini suka gigit dan dia juga suka sengat orang.

Kalau anda jumpa jenis yang kepala besar tu, dia boleh sengat. Tapi kalau setakat pekerja, semut api ini hanya akan gigit saja.

Dia boleh masuk dalam rumah untuk merayau cari makan yang terdiri dari bahan berminyak dan berlemak serta berprotein.

Cara kawal semut tanpa perlu guna racun

Dah panjang lebar juga saya terangkan pasal semut kat rumah dan sekitar kawasan rumah kita. Sekarang jom tengok pulak bagaimana cara nak kawal semut ini tanpa guna racun.

Memag cara mudah adalah dengan menggunakan racun. Sekali sembur, tergedik-gedik habis semua semua mati. Tapi kalau yang dah masuk bersarang kat kawasan banyak makanan ni tak kan nak sembur racun pulak. Nanti makan biskut saya berbau Shieldtox pulak !.

Ada banyak saranan dan petua yang orang kongsikan ka dalam internet. Kalau rajin, buka internet dan buat carian cara alami kawal semut. Berlambak nasihat orang akan berikan.

Antaranya adalah dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut:
  1. Cuka
  2. Tepung jagung
  3. Kulit kayu manis
  4. Minyak pudina
  5. Minyak pokok teh
  6. Jus buah lemon
  7. Minyak bunga cengkih
  8. Serbuk pencuci pinggan
  9. Serbuk penaik
  10. Serbuk kopi
  11. Serbuk lada hitam
  12. Garam
  13. Tepung biasa
  14. Bedak talkum
  15. Kapur
  16. Dan bermacam-macam lagi !
Tapi persoalannya, dalam banyak-banyak petua itu, mana satu yang berkesan agaknya!. Saya berikan sedikit maklumat mana satu daripada petua yang berkesan seperti berikut di bawah:
  • Serbuk Kulit Kayu Manis - ini agak berkesan. Ambil serbuk kulit kayu manis dan taburkan di kawasan yang anda tak mahu semut datang atau masuk. Ia akan berjaya menghalang semut. Tapi rasanya, kawasan itu akan nampak berlemoih, kata orang utara.
  • Jus lemon, Serbuk pencuci, Cuka - semua bahan ini jika dicampur dengan air memang berkesan untuk halau dan bunuh semut. Campurannya mestilah dalam nisbah lebih kurang 1:1. Agak pekat juga tu !. Kalau anda rasa sayang, lebihkan sedikit lagi air. Sembur pada kawasan yang anda tak mahu semut datang.
Cara semburan ternyata amat berkesan. Kalau anda sembur terus kepada semut, mereka juga boleh meninggal dunia on the spot. Jika anda sembut keliling kawasan seperti almari simpa kuih, semut ak akan masuk ke situ. Insyaallah !

Bolehlah cuba kat rumah selepas ini. Kalau anda pernha cuba cara lain dan ianya adalah berkesan, sila kongsikan kat ruang komen kat bawah ini. Ada juga manfaatnya buat orang lain. TQ

Kawalan semut secara profesional

Anda mungkin perlukan khidmat yang lebih konsisten dalam mengawal semut di rumah yang besar. Atau anda mungkin tak ada masa nak buat kesemua aktiviti kawalan semut sendiri.

Mungkin juga anda ada restoran, atau kilnag memproses makanan. 

Ini semua perlukan khidmat dari syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Jika anda mahu semut dikawal secara pro dari syarikat pest control yang bertauliah, boleh gunakan khidmat dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berlesen dan bertauliah dalam bidang pest control. Hubungi Puan Siti di 012-2067357 untuk maklumat lanjut berkenaan kawalan semut lipas dan tikus di premis anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara kawal semut tanpa perlu guna racun yang anda boleh buat sendiri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !