Monday, 3 July 2017

8 perkara yang anda boleh buat bantu atasi masalah bahang cuaca dunia

Posted by   on

Aircond dah jadi satu keperluan sekarang. Mungkin pasang aircond bukan satu keperluan secara menyeluruh buat rakyat Malaysia. Tapi setidaknya, orang yang pasang aircond kat rumah bukan hanya orang kaya yang ada banyak duit.

Bukan hanya orang ada banyak duit, orang yang tak berapa ada duit juga pasang aircond kat rumah. Tambahan lagi jika tinggal kat taman atau rumah batu. Paling tidak, bilik tidur utama mesti nak kena pasang aircond.

Kat kampung pun orang ramai yang pasang aircond. Tapi kalau duduk kat rumah kayu lama yang ada banyak lubang dan ruang terbuka, memang tak sesuai untuk pasang aircond. Itu pengecualian yang tak dapat dielakkan. Itupun, ada orang ang sanggup buat tambahan ruang baru supaya boleh pasang aircond.

Kenapa cuaca panas pelik sekarang ?

Cuaca amat panas sekarang !

Saya yakin semua orang dapat rasakan bahang yang pelik melampau panasnya setiap hari. Kalau musim hujan tak turun, lagi tak boleh tahan panasnya.

Dulu, seingat saya, tak macam ni. Dah ramai orang tua yang saya tanya, semua akui yang bahang panas sekarang ini pelik dan jauh lebih menyeksakan berbanding dahulu.

Apa yang tak kena sampai panas pelik macam ni agaknya ?

Mungkin apa yang dunia dok heboh sekarang, yang Presiden Amerika Donald Trump tak berapa nak percaya, sebenarnya sedang berlaku dengan pantas. Terma yang dunia pakai berkenaan masalah ini adalah, Masalah Global Warming.

Keadaan cuaca seluruh dunia dah berubah sekarang. Dunia mengalami keadaan peningkatan haba yang semakin panas. Tahap perubahannya, menurut pakar, membuatkan banyak habitat kat muka bumi ini tidak dapat sesuaikan diri mereka sepantas apa yang sedang berlaku.

Punca perubahan cuaca dunia

Apa punca perubahan cuaca dunia ni ?

Tak payah nak fikir panjang untuk jawab soalan tersebut. Puncanya adalah manusia yang tak reti nak duduk diam merosakkan apa saja yang ada kat depan mata mereka. Saya, anda dan hampir semua orang ada panggu dalam bab rosakkan dunia yang kita tinggal sekarang.

Tengok sekeliling kita sekarang. Lebih banyak hijau tumbuhan, atau lebih banyak warna pudar batu dan bata. Bukit Jirat Cina kat depan Pekan Penanti tu dah makin kecil setiap kali saya balik kampung. Ada bukit yang dah tak wujud lagi.

Bila bukit hilang, kehijauan pokok dan tumbuhan juga hilang.

Bukit Mertajam yang tak pernah ada nampak lubang dari semua sudut dahulu, sekarang dah mula kena robek. Boleh nampak dari jauh merah tanah yang sedang rakus di korek oleh tokeh tanah. Bab cuaca dan kerosakan muka bumi boleh tolak sebelah.

Semua kerana tamak duit

Taukeh tanah nak buat duit. Lori tanah juga mau duit. Pemandu lori tanah perlukan duit. Pengusaha hartanah juga nak buat duit. Semua orang,walaupun dah ada duit, tetap sanggup rosakkan apa saja yang ada, kalau ianya boleh janjikan pulangan duit.

Dunia panas nak meletop ka, manusia nak mampus kepanasan ka, bukan masalah para taukeh dan drebar lori. Bukan juga masalah taukeh hartanah dan bukan juga masalah bank.

Yang nak mampus esok adalah anak cucu nanti. Biarkan mereka mampus asalkan atok sekarang kaya raya perut buncit dan boleh gelak kuat sambil mabuk duit.

Apa yang anda boleh bantu

Ya ! apa yang saya boleh bantu supaya masalah global warming dan perubahan cuaca ini tidak bertambah teruk?

Apa yang anda bleh buat untuk baiki keadaan ini?

Masalah dan sikap paling teruk yang ada pada semua penduduk dunia adalah, semua rasa masalah perubahan cuaca dunia dan panas semakin terik ini adalah masalah kerajaan. Semua orang tunggu dan harapkan kerajaan yang buat sesuatu untuk selesaikan semua masalah ini.

Sebab itu taukeh lori tak perduli, taukeh rumah tak perduli, taukeh tanah tak perduli. Malah saya, anda dan semua orang kampung tak perduli.

Kita perlu ubah sikap sebegitu.

Sebenarnya semua orang tak perlu tunggu kerajaan untuk berikan sumbangan terhadap usaha untuk betulkan keadaan. Semua orang boleh buat sesuatu untuk tidak terukkan lagi keadaan dunia ini.

Berikut senarai mudah yang anda boleh buat

  1. Kurangkan makan binatang dan lebihkan makan sayuran - Tahukah anda berapa jumlah binatang yang manusia bela untuk dijadikan makanan kat dunia?. Pergi cari data itu kalau nak tahu. Yang pastinya terlalu banyak.
    • Kita bela lembu, bela ayam, bela kambing, babi, unta, dan macam-macam lagi. Semuanya untuk sumbat masuk tembolok manusia. 
    • Jumlah ayam sahaja di seluruh dunia sekarang adalah sebanyak 19 billion ! setiap masa ada 19 billion ekor ayam dibela untuk dijadikan makanan manusia.
    • Jumlah lembu kat muka bumi ni dibela untuk dijadikan makanan adalah sebanyak 1.5 billion. Jumlah babi juga dalam lingkungan 1 billion. Punyalah banyak !
    • Jumlahnya terlalu banyak sehinggakan jumlah pengeluaran gas rumah hijau yang membuatkan cuaca panas disumbangkan oleh aktiviti penternakan adalah sebanyak 51%. 
    • Ertinya kalau kita buang semua kenderaan dan hentikan semua kilang, aktiviti ternakan masih tetap membuatkan dunia semakin panas sebab pengeluaran gas rumah hijau ini.
    • Jadi kurangkan makan daging. Seminggu tu makan sekali atau dua kali saja daging lembu atau ayam. Supaya permintaan terhadap binatang berkurangan.
  2. Sokong dan makan hasil organik - Makanan organik adalah hasil tanaman yang diusahakan secara alami tanpa racun dan tanpa baja buatan manusia. Dengan bertambahnya permintaan terhadap hasil organik, permintaan terhadap baja dan racun juga akan berkurangan. Ertinya, permintaan terhadap pemprosesan bahan petroleum juga akan berkurangan. Sebab semua baja dan racun adalah hasil dari proses bahan petroleum juga.
  3. Sokong dan makan bahan keluaran tempatan - Kalau ada orang tanam tanaman organik kat kampung tu, tolong sokong dan belilah dari mereka. Begitu juga semua bahan makanan dan lain-lain pastikan dari anak tempatan berhampiran dan semua peralatan sampingan juga dari kawasan tempatan. Ini akan kurangkan keperluan logistik dan seterusnya kurangkan pencemaran.
  4. Tahan cuaca panas sikit - Tak payah lah asyik nak pasang aircond. Masuk rumah pasang aircond, masuk kereta pasang aircond, sampai pejabat pasang aircond. Awat kalau tak pasang boleh mampuih ka?. Kurangkan supaya permintaan terhadap tenaga turun dan pencemaran udara akan berkurangan.
  5. Keringkan pakaian kat luar, jangan pakai mesin - Ini orang bandar kena cuba amalkan. Kalaun basuh kat kedai dobipun, cuba jangan pakai mesin pengering. Balik sidai kat rumah. Kurangkan permintaan alat pengering dan kurangkan permintaan terhadap tenaga. Kedai dobipun dah banyak sangat sekarang dah melampau-lampau !
  6. Banyak guna kaki sendiri - Kurangkan pakai kenderaan seboleh mungkin. Jalan kaki atau naik basikal. Jika semua orang jalan kaki atau naik basikal, kerajaan terpaksa mantapkan laluan jalan kaki dan juga laluan basikal. Pekan kita akan jadi lebih mesra alam dan hebat !
  7. Ajar anak banyak berjalan dan kurang makan daging - Ini penting supaya lebih ramai lagi turut menyumbang kepada pembaikan keadaan dunia.
  8. Guna pakai barang terpakai - Pakai selagi boleh dan kurankan beli yang baru. Buang barang untuk recycle juga tak bagus sangat sebab banyak proses berlaku dari logistik pengangkutan dan pembuatan dan lain-lain. Oleh itu, beli barang berkualiti tahan lama supaya boleh pakai lama-lama.
Mungkin ada banyak lagi, anda fikirkan lah sendiri. Kalau ada idea tambahan boleh sumbangkan kat ruang komen di bawah. Tq

2 comments:
Write comments
  1. Payah org nk ikut bro..
    Celik mata,pg ptg siang mlm penuh manusia beratur kat KFC,McDonald's utk senarai yg pertama tu..he,he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan dengan kita terlebih dahulu mungkin lebih mudah

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter