Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 22, 2017

Takutkan kena gigit pepijat, tapi tak kenal rupa pepijat - Malang pihak hotel

  Mohd Shubhi       Thursday, June 22, 2017
Kalau tanya kawan-kawan kat kampung samada risau atau tidak tidur bersama degan pepijat atas satu katil. tentu semua akan setuju. Ramai yang akan risau tidur bersama dengan pepijat takut kena hisap darah.

Bukan setakat kena hisap darah, malah kesan dari gigitan pepijat ketika menghisap darah itu menyebabkan kawasan gigitan jadi gatal. Pepijat biasanya tak gigit hanya pada satu tempat. Mereka akan gigit dan hisap darah pada satu kawasan yang sama lebih dari dua atau tiga titik gigitan.

Jika anda ada masalah pepijat kat rumah dan mahukan khidmat hapuskan pepijat dengan cara yang selamat dan berkesan, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control berlesen dan berpengalaman sejak 1998 dalam industri pest control.

Easelife Services Sdn Bhd - Khidmat hapuskan pepijat dengan menggunakan rawatan Haba Wap Panas. Berkesan dan selamat dan rumah kembali nyaman. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut

Lazatnya menggaru tempat kena gigit pepijat

Biasanya kawasan gigitan adalah dalam bentuk sebaris atau dalam bentuk zig zag. Bila ada banyak kesan bitik gigitan sebegitu, maka rasa gatal tentu lebih terasa. Yang paling tak bagus adalah rasa nak garu kat situ bertubi-tubi.

Aktiviti menggaru sebenarnya satu aktiviti yang amat melekakan. Atau boleh kita samakan dengan satu aktiviti yang amat lazat. Sekali jari jemari mula menggaru pada satu kawasan yang gatal, rasa amat susah nak berhenti.

Menggunakan perkataan lazat terhadap aktiviti meggaru ini mula saya gunakan sejak zaman muda remaja dahulu. Sebelum itu memang tak berapa perasan bahawa aktiviti menggaru ini sebenarnya amat lazat.

Satu ketika dulu di zaman muda remaja, saya sedang kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh (Arwah) Pak Su Mat Yatim kat Masjid Kubang Semang. Beliau merupakan imam di Masjid tersebut ketika itu.

Bab bergerak ketika solat

Masa itu Pak Su Mat Yatim sampaikan kuliah berkenaan solat dan perkara-perkara yang membatalkan solat. Tak ingat pulak saya apa kitab yang beliau baca masa itu. Tapi saya ingat sangat pasal aktivit menggaru ini walalupun bertalu-talu pada satu tempat ketika solat adalah satu aktiviti yang dimaafkan.

Saya terlopong dengar penerangan itu sebab dah biasa sangat dengar betapa rigidnya kelakuan ketika solat yang selalu para tok gugu ajar kat kita. Rigid sebab saya dari kecil dulu sampai sekarang rasa penekanan pasal pergerakan ketika solat membuatkan kita jadi robot yang perlu diam tak bergerak.

Tapi dah macam itu para tok guru ajar, terima sajalah. Tak boleh bergerak berturut-turut lebih dari 3 kali. Lebih kalau, akan terbatallah solat yang sedang kita lakukan. Kena buka takbir baru untuk mulakan solat sebab dah batal.

Sebab itu kita selalu tengok orang Melayu amat berhati-hati kalau nak buat pergerakan ketika dalam solat. Bila dia nak rapatkan saf, dia akan bergerak keras macam robot. Taku batal solat. Kalau dia nak gosok ada semua gigit kat pipinya, dia akan berhati-hati supaya pergerakan tak lebih dari 3 kali.

Hayun tangan naik ke pipi dah kira sekali, perlu tepat kena terus pada tempat semu gigit tu, jika tidak ubah lokasi kedua untuk buang semua itu dah jadi 2 kali bergerak. Kemudian bila jentik pada semua itu dah jadi 3 kali pergerakan. Dah habis 3 kali ! macam mana nak buat sekarang. Kalau patah balik tangan hayun kebawah dah masuk 4 kali pergerakan, batal solat ?

Ada banyak pendekatan yang para tok guru berikan. Ada yang kata hayun tangan saja dikira sebagai pergerakan. Bila dah landing kat lokasi dan biarkan hanya jari jemari yang buat kerja, tidak dikira sebagai pergerakan. Jadi lekatkan tangan kat situ dan gerakkan jari sahaja supaya tak dikira bergerak.

Garu tempat gatal sampai jatuh basikal

Bila Pak Su Mat Yatim kata ada pengecualian yang diberikan oleh ulamak terhadap pergerakan menggaru ketika bersolat, saya rasa itu satu perkara yang amat melegakan.

Pak Su cerita betapa kemudahan kepada perkara garu itu diberikan oleh para tok guru. Sebab gatal ini adalah sesuatau yang tak bleh nak kawal. Sekali jari dan kuku kena tepat pada kawasan yang digaru, ianya umpama melekat tak boleh nak henti.

Pak Su ceritakan pengalaman orang tua-tua dulu yang menceritakan pasal seorang leaki yang ada kurap pada kakinya. Ketika dia naik basikal sedang mengayuh laju terasa gatal lah pulak pada kaki yang ada kurap itu.

Apa lagi !, diangkatkan sedikit kaki tu supaya mudah tangan mencapainya dan mulalah digarunya. Sedap sungguh garu dan basikal dah jadi semakin perlahan sebab tiada kayuhan yang dibuat. Nak berhenti garu tak mampu sebab terlalu sedap sangat rasanya, biarlah basikal berhenti dan akhirnya jatuh dari basikal, asalkan rasa lazat menggaru itu terus dapat dirasakan.

Begitulah penangan menggaru.

Kesan gigitan pepijat timbul masalah kulit

Terlencong amat panjang nampaknya bila mula cerita bab gatal kena gigit pepijat kat atas tadi. Dah mula melencong masuk habis dalam bab solat dan sebagainya. Apa yang nak saya katakan adalah masalah ramai yang tak suka tidur dengan peijat sebab ada banyak kesan sampingan bila kena ggit pepijat.

Bila dah kena gigi, jadi kesan gatal dan mula garu dan akhirnya kena jangkitan kuman pulak pada kawasan garuan itu dan ceritanya jadi panjang. Jadi seeloknya kalau dah tahu ada pepijat, tak payah nak gatal pergi tidur kat katil tersebut. Itu lebih bijak.

Hotel amat takut dengan pepijat

Disebabkan tak ada orang yang suka tidur dengan pepijat, maka pihak hotel amat takut kalau bilik yang mereka sediakan untuk para pelanggan hotel ada pepijat. Dengan media sosial sekarang, berita pelanggan kena gigit pepijat ketika sewa sebuah bilik kat mana-mana hotel bakal menimbulkan masalah besar pada perniagaan hotel yang dikomplain.

Kalau anda masuk hotel dan sewa sebuah bilik. Ketika tidur kena gigit pepijat dan anda mengadu pada pihak hotel, anda akan diberikan layanan istimewa. Jika masih ada hari nak tinggal, sudah pasti bilik lain akan diberikan pada anda. Mereka akan layan anda dengan baik asalkan jangan nak up semua masalah itu di media sosial.

Tapi itulah masalahnya.

Berapa orang yang sebenarnya betul-betul kenal mana satu pepijat dan mana satu kutu babi atau lain-lain serangga. Anda sendiri tahukah bezakan antara pepijat dnegan serangga lain ?

Kalau orang kampung macam saya, tentu kenal mana satu pepijat tu. Walaupun secara jujur saya tak ingat lansung adanya pepijat kat rumah saya dari kecil sehingga dewasa. Tapi masih kenal pepijat sebab pernah jumpa sekali dua pada rumah orang lain yang ada pepijat.

Saya pernah tenyeh pepijat dan cium bagaimana baunya ketika kanak-kanak dahulu nak belajar mengenal pepijat yang suka hisap darah. Sampai sekarang pengalaman dan pengajaran yang sdikit itu membuatkan saya kenal pepijat.

Tapi berapa ramai yang pernah terdedah kepada aktivit mengenal pepijat ?

Takut pepijat tapi tak kenal rupa pepijat

Itulah masalah jika anda tak pernah kenal apa itu pepijat dan tak tahu nak bezakan antara pepijat dengan serangga lain.

Bayangkan kalau anda tinggal kat mana-mana hotel, meudian ada kesan gigitan dan terasa gatal kat bahagian belakang atau tangan. Dan anda dah dengar kat medai sosial betapa maslaah pepijat sekarang dah menjadi-jadi.

Anda pun kasi naik kat media sosial. Kebetulah ada ramai kawan pulak kat media sosial tu yang kemudian kongsikan pengalaman anda duduk kat hotel malang tu yang ada pepijat. Mereka sebarkan maklumat pepijat ada di hotel itu.

Sedangkan yang gigit anda itu mungkin benda lain. Dan anda sebenarnya tak tahupun nak beza antara pepijat dengan anai-anai atau spider. Maka malanglah pihak hotel mendapat publisit buruk yang tidak betul.

Majoriti orang Amerika tak kenal pepijat

Itulah yang sebenarnya berlaku kat Amerika. Di sana maslaah pepijat dah jadi satu sensasi berita sekarang. Orang semua cerita pasal masalah pepijat yang menyerang Amerika di mana saja dari rumah, hotel sampailah ke sekolah.

Tetapi bila dibuat kajian, hanya 38% sahaja mereka yang sering melakukan perjalana atas urusan bisnes dan hanya 28% sahaja dari pengembara biasa yang kenal dan boleh cam pepijat. Yang lain tak boleh nak pastikan mana satu pepijat bila ditunjukkan gambar beberapa serangga lain. sumber

Apakah masalah yang sama berlaku kat negara kita ?

Berapa orang yang betul-betul kenal mana satu pepijat dan mana satu spider atau semut atau lain-lain ?.

Anda sendiri pulam macam mana ? cuba lihat gambar kat atas tu dan teka mana satukah pepijat dari 5 serangga yang dipamerkan kat situ.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Takutkan kena gigit pepijat, tapi tak kenal rupa pepijat - Malang pihak hotel

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !