Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 20, 2017

Jadual perjalanan balik raya 2017 PLUS untuk yang nak balik kampung

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 20, 2017
Macam biasa setiap kali datangnya musim raya, pihak PLUS akan keluarkan jadual perjalanan balik kampung. Jadual yang dikeluarkan hanyalah cadangan sahaja.

Anda tak wajib nak ikut teruk-teruk sampai boleh. Kalau dah tak boleh ikut, takpa la. Tak payah nak frust sangat. Tapi kalau yang tak ada apa-apa halangan dan keperluan, eloklah sangat ikut saranan yang PLUS keluarkan ini.

Jadual perjalanan balik raya 2017

Berikut saya lampirkan jadual ringkas yang kalau boleh semua orang yang nak balik raya nanti ikut waktu yang telah dicadangkan dalam gambarajah ringkas di bawah ini.

Jadualnya mudah saja.

  • Pastikan anda buat perjalanan dalam tarikh bermula dari 21hb Jun 2017 sehingga 3hb Julai 2017.
  • Bagi anda yang ada kat Lembah Klang dan nak balik Pulau Pinang macam saya kena keluar sebelum pukul 10 pagi.
  • Begitu juga kalau anda nak balik ke semua kawasan Utara seperti Perlis, Kedah dan Perak Utara macam Taiping.
  • Kalau nak balik ke Johor dari Lembah Klang pun kena keluar sebelum pukul 10 juga.
Jadual yang sama juga boleh anda ikut bila nak masuk ke bandar semula selepas habis raya. Maksudnya kalau anda datang dari sebelah Utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak Utara, keluar balik ke Lembah Klang sebelum pukul 10 pagi. Macam tu juga kalau nak balik ke Johor.

Rebut tawaran diskaun dari PLUS

Ada satu lagi perkara penting kalau anda nak balik raya nanti. Selain dari cadangan untuk ikut jadual perjalanan balik kampung yang PLUS berikan kat atas tu, ada satu lagi tawaran penting dan menarik.

Anda boleh jimatkan kos perjalanan sehingga 30%, kalau ikut apa yang ditawarkan oleh PLUS dari segi tarikh perjalanan yang mahu diambil untuk balik kampung. Anda juga perlu pakai kad PLUSMiles untuk dapat diskaun 30% tersebut.

Kalau anda pakai kad Touch n Go, hanya diskaun 10% sahaja akan diberikan.

Kalau nak dapatkan diskaun tersebut, anda hanya perlu lakukan perjalanan pada tarikh yang berikut:

  • 19, 20 dan 21 Jun 2017. (Isnin,Selasa dan Rabu) Awal satu minggu sebelum masuknya hari raya. Kalau dapat balik awal macam ni memang bagus sangat sebab lebih murah dan trafik tak berapa banyak sangat.
  • 28, 29 Jun 2017, dan 3 Julai 2017. (Rabu, Khamis dan Isnin). Ini waktu perjalanan selepas habis raya kat kampung.
Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentukTambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, TanjungKupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Rujuk lampiran kat bawah untuk tawaran diskaun.


Berhati-hati balik raya nanti

Sempena hari baik dan bulan bak ini, saya nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog ini samada yang saya kenal mahupun tak kenal.

Semoga perjalanan balik raya kali ini selamat dan sejahtera kesemuanya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jadual perjalanan balik raya 2017 PLUS untuk yang nak balik kampung

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !