Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 13, 2017

Panduan hapuskan lipas dari rumah anda dengan cara yang betul

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 13, 2017
Ada seorang kawan yang saya kenal, seorang lelaki, yang sentiasa menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak untuk meghapuskan lipas dari rumahnya. Bukan banyak sangat lipas kat rumahnya, tapi dia masih tetap gunakan khidmat pest control juga.

Puncanya adalah kerana dia tak boleh tengok langsung lipas. Kalau ada walaupun seekor lipas lalu di depan matanya, dia akan menggigil dan tak tentu arah. Menjerit melarikan diri dan bertindak seperti budak-budak kecil yang ngeri pada seekor lipas.

Dapatkan khidmat kawalan lipas dari syarikat pest control berlesen dan bertauliah, Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Penyakit berkaitan tengok lipas

Kes sebegitu sebenarnya masuk dalam kategori penyakit. Itu merupakan salah satu sebab yang membuatkan anda perlukan khidmat kawalan serangga perosak dari syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Terma yang dipakai dalam menerangkan masalah takut pada lipas sebegitu adalah, Entomophobia. Ia memberi maksud seseorang yang amat takut pada serangga.

Bagi anda yang tak ada masalah penyakit Entomophobia ini mungkin pandang remeh dan rasa nak tergelak dengan orang yang takutkan serangga atau lipas. Tapi jangan main-main, mereka yang hadapi masalah entomophobia ini akan tertekan dan murung apabila terlihat serangga atau lipas di depan mata.

Biasanya, kaum wanita lebih ramai yang alami masalah entomophobia. Menurut kajian di Amerika, dari 10 orang, seramai 3.5 wanita di Amerika mengalami masalah Entomophobia ini. Itu satu jumlah yang ramai !.

Lipas pembawa penyakit

Entomophobia menyebabkan orang boleh jatuh sakit tertekan dan kemurungan hanya dengan tengok lipas. Itu satu masalah yang dibawa oleh lipas kepada manusia.

Masalah juga boleh timbul walaupun anda tak tengok lipas, sebab lipas ini terkenal sebagai serangga yang sering membawa bersamanya kuman peyebab kepada penyakit pada manusia seperti Salmonella dan E. coli.

Salmonella dan E. coli inilah yang menyebabkan kanak-kanak sekolah mengalami masalah keracunan makanan dan ciri birit yang selalu kita dengar berlaku pada pelajar di negara kita.

Lipas juga boleh menyebabkan demam dan ruam pada kulit manusia. Bagi mereka yang ada masalah lelah atau asma, lipas adalah makhluk yang amat merbahaya bagi mereka. Kalau ada lipas banyak kat bahagian dapur rumah anda, baunya amat tidak menyenangkan.

Ringkasnya, lipas bukanlah serangga yang anda boleh buat main-main. Jika ada banyak lipas kat rumah tu, segeralah buat sesuatu supaya jumlahnya dapat dikurangkan kalau tak boleh dihapuskan 100% pun.

Langkah kawalan lipas di rumah

Berikut saya berikan petua bagaiman cara untuk kawal lipas dan hapuskan lipas dari rumah anda dengan cara yang betul.

1. Kenal pasti kedudukan lipas di rumah anda

Ini langkah pertama yang perlu dilakukan. Ambil perangkap bergam dan pasang 2 atau 3 unit pada tempat yang anda lihat adanya aktivti lipas. Biasanya lipas suka bergerak di tempat yang gelap sepanjang penjuru antara dinding dengan lantai.

Di bahagian dapur dan bilik air, cari tempat yang terlindung untuk diletakkan perangkap lipas. Letakkan juga di dalam kabinet dapur atau bilik air. Letakkan atas lantai sepanjang dinding rumah anda atau pada dinding kabinet.

Biarkan 2 atau 3 hari kat situ.

Selepas itu pergi lihat perangkap bergam satu persatu dan kenal pasti kawasan mana yang paling banyak memerangkap lipas. Itu menunjukkan bahawa kawasan tersebut punya paling banyak serangan lipas.

2. Bersihkan kawasan serangan lipas

Lipas ini biasanya tidak akan tinggalkan mana-mana kawasan yang dia duduk selagi kat situ ada banyak sumber makanan. Oleh itu, cara paling logik dan paling mudah untuk kawal serangan lipas kat sesuatu kawasan adalah dengan pastikan kawasan itu bersih.

Tempat di mana anda berjaya perangkap paling banyak lipas kat atas tadi perlu dibersihkan sebaik mungkin. Buatlah gotong royong kat kawasan tersebut dengan kerahkan seluruh ahli keluarga anda membersihkan kawasan.

Pastikan kawasan itu tidak ada lansung sisa-sisa makanan yang terbiar dan terdedah. Keluarkan semula apa saja barang yang ada samada di kabinet atau almari, bersihkan dan susun semula. Vakum dan kemudiannya cuci dengan air panas kawasan lantai, keringkan dan kekalkan kawasan itu dalam keadaan bersih.

Jangan biarkan ada tong sampah yang terdedah. Urus pembuangan sampah di rumah anda dengan baik dan teratur. Bila tiada sumber makanan, maka sebahagain besar daripada strategi kawalan lipas sudah berjaya dilaksanakan.

3. Gunakan umpan beracun bunuh lipas

Bila dah lakukan kesemua yang disebutkan kat atas tadi, sekarang tiba masanya untuk gunakan bahan kimia bagi membunuh lipas.

Tak perlu risau dengan sebutan bahan kimia sebab sekarang ada banyak pendekatan yang selamat untuk membunuh lipas. Salah satu bahan yang anda boleh guna dengan selamat dan berkesan adalah Umpan Gel Lipas.

Anda hanya perlu letak 1 atau 2 titik saja pada kawasan yang banyak lipas menyorok dan membiak. Calit setitik dan biarkan saja kat situ. Umpan bergel itu sebenarnya megandungi bahan makanan yang disukai oleh lipas.

Bila lipas makan, mereka akan mati berantai. Dalam jangkamasa panjang, jumlah lipas akan berkurangan dan berkurangan dan akhirnya keadaan akan terkawal dengan baik dan selamat.

Anda juga boleh gunakan perangkap lipas yang ada bahan penarik lipas di kawasan yang ada banyak lipas. Pasang antara 10 ke 15 perangkap pada kawasan yang bermasalah. Pastikan tempatnya sesuai seperti mana yang saya sebutkan di bahagian 1 di atas tadi.

Khidmat syarikat pest control

Jika serangan lipas di rumah anda adalah teruk, anda perlukan bantuan dari syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen untuk menghapuskannya.

Begitu juga jika anda mengendalikan premis makanan seperti restoran atau kilang proses makanan, kerja kawalan serangga ini sebaiknya diberikan kepada syarikat pest control berlesen dan profesional.

Jika anda perlukan khidmat kawalan lipas dari syarikat berlesen, hubungi Easelife Services Sdn Bhd dengan segera. Syarikat berpengalaman dalam industri pest control sejak 1998 ini akan membantu anda membuat pemeriksaan dan memberikan cadangan terhadap kawalan yang perlu dilakukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti 012-2067357.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan hapuskan lipas dari rumah anda dengan cara yang betul

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !