Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, August 7, 2017

10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa

  Mohd Shubhi       Monday, August 7, 2017
Ini perkongsian tentang macam mana nak jadikan rumah anda sejuk.

Cara paling mudah dah tentu dengan pasang alat pendingin hawa.

Walaupun boleh dikatakan alat pendingin hawa dah jadi perkara asas. Semua orang ada kat rumah terutamanya di pusat bandar ini. Tapi aircond tetap jadi barang mewah. Terutamanya pada sebahagian besar penduduk Malaysia.

Nak pasang alat pendingin hawa saja dah telan belanja yang banyak. Paling busuk RM1,000 akan habis untuk satu unit.

Kalau rumah ada 3 bilik, dah nak kena pasang 3 unit. Takkan nak biar bilik mak bapak saja ada aircond dan anak-anak tak ada. Kejam ler pulak macam tu.

Rumah kayu tradisi tak perlu aircond

Kalau rumah kayu berlantai dan berdindingkan papan kat kampung, ikut tradisi cara pembuatan rumah tradisi Melayu. Tepi bendang pulak tu! Tak payah nak pasang aircond.

Suasana nyaman kampung dengan aliran angin yang sepoi-sepoi bahasa boleh buat suasana jadi dingin nyaman dan terlentuk lena dengan mudah.

Tapi mana ada rumah papan konsep tradisi Melayu kat tengah bandar ni.

Rumah dengan dinding banyak tingkap, ada banyak ruang laluan udara termasuklah pada lantai kayu. Memang jarang. Memang tak dibuat orang lagi kat bandar ni.

Malah kat kampungpun orang dah mula lupakan rumah tradisi yang terbukti lebih sesuai dengan cuaca negara kita.

Kalau buat kat bandar rumah macam itu, jenuh nak halang orang mengendap.

Padah tiru rumah orang barat

Kita dah beralih ikut rumah orang barat yang diperbuat daripada batu dan simen.

Rumah teres kat bandar hanya ada dua pintu. Satu kat depan dan satu lagi pintu kat belakang. Bilik ada 3 atau 4 sahaja dengan lansung tak ada tingkap pada dinding tepi rumah.

Macam mana nak ada tingkap kat dinding tepi, dinding tu kita kongsikan dengan rumah jiran.

Semua itu membuatkan rumah kita sekarang lansung tak mesra alam. Tak sesuai dengan suasana dan cuaca negara kita.

Kalau nakkan rumah yang mesra alam, sejuk dan nyaman, kena cari duit banyak juta-juta baru layak memilikinya.

Kalau setakat gaji isi rumah RM10 ribu, anak pula 5 orang, masih tak lepas hidup. Masih tahap kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Majoriti besar orang kita terpaksa berpuas hati duduk kat rumah teres. Kongsi dinding dengan jiran dan tak ada banyak ruang udara masuk ke dalam rumah. Rumah panas dan sempit dan kalau tak tahan panas kena pasang aircond.


10 cara bagi rumah sejuk

Bagi yang tak ada duit perlu cari pendekatan lain selain dari pasang aircond. Nak beli aircond saja dah agak mahal.

Bila dah pasang, bil letrik akan melambung naik berganda-ganda. Itu menambahkan lagi kos sara hidup. Memang tak mampu pasang aircond sebenarnya.

Untuk anda yang tak mampu. Atau yang nak jimatkan duit.

Boleh cuba 10 pendekatan ini untuk jadikan rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa.

1. Tutup tingkap dan pintu

Jangan benarkan udara panas masuk ke dalam rumah ketika waktu panas antara pukul 11 pagi ke 4 petang. Kalau boleh pasang lapiran pantulan yang boleh pantulkan cahaya terik pada cermin tingkap kat rumah.

2. Pasang penghadang kat balkoni dan tingkap

Jika rumah ada balkoni pasang penghadang dari buluh atau rotan atau material lain untuk menapis terjahan cahaya dan haba masuk ke rumah. Waktu panas terik turunkan penghadang tersebut. Pasang tirai dari kain kapas yang agak tebal yang sesuai yang boleh menghalang cahaya terik masuk ke dalam rumah.

3. Pilih cat yang sesuai

Ilmu sains mudah yang kita dah belajar. Warna gelap serap haba dan warna cerah pantulkan haba. Jadi jangan gatal cat warna gelap kat dinding luar rumah. Putih adalah warna pilihan. Kat dalam rumah pula cat dengan warna yang sejuk seperti biru lembut atau hijau lembut atau lain-lain warna yang sejuk.

4. Pilih bahan lantai yang sejuk

Lantai sejuk paling baik adalah dengan pasang tile. Kalau tak mampu, simen kosong saja dah sejuk. Tak perlu pasang lantai kayu lapik atas simen kat rumah. Memang nampak cantik, tapi kayu tu akan serap haba dan rumah akan jadi panas. Rumah kampung bertiang lainlah.

5. Bela pokok di luar dan dalam rumah

Pokok akan keluarkan oksigen dan bantu bersihkan udara. Bila ada pokok hidup dalam rumah, ini akan bantu segarkan ruang udara dalam rumah. Pokok kat luar rumah juga boleh redupkan suasana dengan menghalang cahaya panas masuk rumah. Walaupun ruang terbatas kat luar tu, kalau ada usaha tentu ada jalan untuk tanam pokok.

6. Buat kolam air

Kreatif sikit untuk wujudkan kolam kecil atau hiasan dalaman yang bermain dengan aliran air. Bagi ada pancut dan pusaran air mengalir supaya suasana sejuk terhasil.

7. Kosongkan rumah kemas

Rumah berselerak penuh dengan barang akan membuatkan suasana menjadi panas daripada biasa. Lapangkan rumah dan tak payah nak berhias dengan segala benda mak nenek yang tak perlu. Lagi lapang lagi baik aliran udara dalam rumah.

8. Buka aliran angin bila dah tak panas

Bila cuaca dah redup segera buka pintu dan tingkap depan dan belakang rumah supaya aliran udara masuk dan keluar dengan mudah. Ini akan kekalkan kesegaran rumah sampai ke malam.

9. Selitkan sedikit hasil seni yang sejuk

Pasang mozek macam bilik air kat tempat-tempat yang sesuai seperti dapur dan runag tamu. Letakkan juga hasil seni yang mempamerkan kesejukan. Minda memainkan peranan dalam merasakan suasana panas atau sejuk. Jika minda dapat mesej sejuk, maka badan akan terasa sejuk.

10. Pilih lampu yang sesuai

Jangan pasang lampu jenis incandescent. Sebaliknya pasanglah lampu fluorescent. Lampu mentol biasa yang ada dawai tungsten kat dalamnya akan buatkan suasana terbakar panas. Jangan pasang lampu jenis macam tu.
Anda tak perlu tunggu susah tak ada duit baru nak buat semua 10 cara untuk sejukkan rumah di atas. Kalau ada duitpun tak perlu nak habiskan duit pasang aircond dan bayar harga letrik yang tinggi sekarang.

Selamat mencuba !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 cara bagi rumah sejuk tanpa perlu pasang alat pendingin hawa

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. bagus artikel ni.sesuai untuk yang yg tidak berkemampuan..lain artikel merepek suh pasang air cond..aduuuii trima kasih utk idea bernas ini💪🌺🌻

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !