Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 23, 2017

Ada 5 cara mudah buat rumah kecil kelihatan besar untuk anda cuba

  Mohd Shubhi       Saturday, September 23, 2017
Ada 5 cara yang mudah untuk buatkan rumah anda yang kecil kelihatan besar yang boleh anda cuba buat.

Zaman sekarang, kebanyakan rumah terutamanya rumah apartment atau flat, keluasannya agak kecil. Saiz rumah ngam-ngam saja setakat yang patut untuk orang diami. Semua itu direka untuk menjimatkan kos.

Kos bahan mentah untuk buat rumah asyik naik dari zaman Pak Lah dulu sehingga kezaman Perdana Menteri sekarang. Bila dah naik pulak tak mahu nak turun-turun.

Dalam keadaan pendapatan yang agak beku atau kalau naikpun tidak setimpal dan tak boleh nak kejar dengan petantasan kenaikan harga barang, cara paling mudah adalah kecilkan perbelanjaan. Tak ada cara lain lagi yang paling senang.

Pemaju hartanah juga terpaksa fikirkan bagaimana nak jimatkan kos pembinaan supaya orang ramai yang sedang tersepit masih mampu untuk mendapatkan rumah tempat tinggal samada sewa atau beli.

Minda penentu rumah kecil atau besar


Saiz pada umumnya bergantung kepada bagaimana minda berfungsi dalam memproses apa yang deria lihat atau rasa. Walaupun rumah secara realitinya adalah kecil, tapi jika kita boleh ubah bagaimana deria melihatnya, mampu membuatkan rumah terasa besar dan selesa.

Oleh itu, kita boleh cuba gunakan teknik ubah minda melalui deria penglihatan ini untuk memberikan mesej ke dalam pemikiran bahawa rumah kita adalah besar. Rasa lega dan tenang akan terbentuk dan seterusnya memberikan perasaan selesa ke dalam diri.

Rasanya, logik yang saya berikan kat atas tu dapat anda terima. Dan kalau dah terima bolehlah kita cuba buat dan lihat bagaimana hasilnya dalam kehidupan anda selepas itu.

Berikut saya kongsikan 5 cara mudah bagaimana nak buat rumah yang kecil kelihatan besar yang anda boleh cuba:

#1. Lupakan siling palsu


Ada orang yang bila ubah suai rumah suka sangat nak buat siling palsu dengan hiasan lampu diselit pada celahan siling palsu ang tak berapa nak berfaedah itu. Kalau rumah besar bumbung tinggi takpalah kalau nak buat macam itu.

Tapi bila rumah kecil, siling palsu sebenarnya langsung tak ada faedah. Ketinggian siling akan kelihatan menurun lebih rendah dan memberikan perasaan rumah jadi semakin kecil sebelah atas. Minda jadi serabut tanpa disedari.

Kreatif sikit untuk hasilkan pemasangan lampu yang ringkas kalau nak tekankan pada suasana pencahayaan rumah anda tanpa perlu pasang siling palsu. Lihat gambar contoh siling palsu yang tak sesuai untuk rumah kecil kat bawah ini. Elakkan buat macam itu.


#2. Pilih warna yang ringkas


Bila nak mengecat rumah atau apartmen anda itu pastikan warna yang ringkas dan lembut serta terang digunakan. Jangan hentam pi cat rumah dengan warna garang dan tebal serta agak gelap. Kalau saya, warna putih tetap menjadi pilihan yang paling mudah dan kelihatan luas.

Begitu juga dengan warna pada perabut dan hiasan gambar pada dinding dan lain-lain. Pilih watna yang lembut dan terang dan jangan pilih warna yang gelap. Kalau anda suka perabut kayu, pilih warna kayu yang cerah dan bukannya warna kayu hitam. Kalau gelap sikit -sikit masih ok macam contoh gambar kat bawah idea #3.

#3. Pilih perabut jenis kaki terbuka


Bila membuat pilihan dalam bab perabut terutamanya meja kopi contohnya, pastikan pilih jenis kaki yang terbuka atau terpelahang luas. Ini akan menghasilkan banyak ruang dari pandangan mata.

Elakkan pilih meja atau perabut yang gemuk penuh berisi sampai ke lantai. Ini akan membuat ruang lantai tertutup dari segi pandangan mata dan menghasilkan persepsi sempit pada ruang. Boleh cuba perabut seperti pada gambar kat bawah ini.


#4. Pasang cermin besar di tempat yang sesuai


Pernah masuk dalam kedai gunting rambut yang pasang cermin besar disekeliling dinding kedainya? Kalau biasa tengok, tentu anda akan perasan kedai tu nampak macam luas dan selesa sahaja. Bila dia caj mahal sikitpun tak berapa nak terasa.

Anda boleh ambil konsep yang sama untuk buat kat rumah. Tapi janganlah pi pasang macam kat kedai gunting rambut tu. Susah pulak nak jaga nanti.

Hanya pilih satu sudut yang sesuai sahaja dan pasang dari bawah sampai ke atas bagi besar sikit. Minda yang berada di tempat sebegitu akan mendapat mesej seperti kawasan yang anda masuk itu adalah luas daripada biasa.

#5. Buat dapur yang terbuka


Kalau rumah anda jenis ada dinding atau pemisah antara daput dengan ruang tamu, pecahkan saja dinding pemisah itu. Kemudian berikan warna yang berterusan sama dari ruang tamu sampai ke dapur.

Konsep dapur terbuka sekali dengan ruang tamu itu membuatkan rumah anda terus kelihatan besar. Bukan saja ruang tamu jadi besar, malah sebaliknya juga, ruang dapur turut sama kelihatan besar. Anda dapat dua dalam satu.

Idea anda bagi rumah nampak besar


Semua idea yang saya kongsikan kat atas tu saya dapatkan dari portal hiasan dalaman kat sini. Idea yang mereka bagi memang amat hebat-hebat dan menarik sungguh.

Anda sendiri mungkin ada idea tersendiri bagaimana nak buat rumah yang kecil kelihatan besar yang anda dah berjaya aplikasikan. Jika anda ada idea, bolehlah kongsikan kat bawah ini atau berikan link untuk dilawati.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ada 5 cara mudah buat rumah kecil kelihatan besar untuk anda cuba

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !