Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, December 20, 2017

Jumpa pakar baik pulih kereta Proton Savvy di Sungai Petani yang banyak bantu selesaikan masalah

  Mohd Shubhi       Wednesday, December 20, 2017



Masih ingat lagi kereta Proton Savvy?

Kalau anda salah seorang pengguna yang pernah membeli dan pakai Proton Savvy, sudah tentu masih ingat. Paling ketara adalah ingatan terhadap segala masalah yang pernah diberikan oleh kereta Proton kompak tersebut selama ianya diguna pakai.

Punyalah teruk kerenah yang diberikan oleh Proton Savvy tersebut sampai pernah satu ketika Pengarah Urusan Proton ketika itu, Syed Zainal kata Proton Savvy telah memberikan satu imej yang amat buruk kepada jenama Proton.

Beliau kata macam tu ketika menghadiri acara GLC Open Day pada tahun 2011. Proton masa itu umumkan keputusan Proton untuk hentikan pembuatan Proton Savvy dari senarai produk pengeluarannya.

Proton Savvy banyak masalah

Terlalu banyak rungutan yang diterima daripada pengguna Proton Savvy yang menggunakan enjin buatan Renault. Syed Zainal masa tu minta pengguna jangan salahkan Proton atas kesemua masalah yang diberikan oleh kereta Proton.

Mungkin sebab utamanya adalah kerana Proton bergantung pada berbagai komponen dari para pembekal untuk menghasilkan sebuah kereta. 

Masa itu Proton pasang sebanyak 700 kereta satu hari, jadi mana nak sempat buat semua pemeriksaan pada semua komponen. Walaupun itu bukan alasan yang munasabah untuk ketepikan semua cemuhan yang para pengguna lemparkan pada Proton, tapi ia tetap tidak menghalang untuk Proton jadikan ia satu alasan hentikan terus pengeluaran Proton Savvy.

Kalau Proton Savvy ada masalah, repair

Walaupun proton tak ada masa untuk periksa semua komponen yang pembekal hantar, tapi pengguna tak perlu risau sebab setiap pembekal perlu bersetuju untuk tanda tanga perjanjian kontrak jual beli. Pembekal perlu bersetuju untuk semak kualiti komponen yang dibekalkan dan bersedia untuk berikan jaminan terhadap semua komponen yang ada masalah.

Jadi pengguna kereta Proton Savvy tak perlu risau kalau kenderaan mereka ada masalah sebab sentiasa akan ada jaminan pembaikan tukar komponen yang didapati tidak mencapai kualiti yang baik. Ada masalah, pergi repair dan baik pulih semula.

Spareparts mungkin memang tak ada masalah. Tapi yang ada masalah adalah kemahiran untuk kenal pasti apa sebenarnya yang rosak. Ertinya masalah sumber tenaga mahir yang cekap trouble shoot. Itulah yang jadi maslaah utama sebenarnya.

Jumpa pakar baik pulih Savvy

Saya belajar benda baru pasal Proton Savvy hari ini bila berpeluang jumpa dan bersembang dengan seorang mekanik yang memang banyak pengalaman baik pulih masalah yang dihadapi oleh pemilik Proton Savvy.

Memang tak ada masalah untuk cari barang ganti Proton Savvy yang bermasalah. Tapi kalau tukar barang yang tak ada masalah, sampai bilapun masalah tak akan selesai. Jika bijak kenal pasti parts yang mendatangkan masalah, dan tukar, semua masalah akan selesai.

Jadi itulah yang dia buat selama ini. Belajar untuk trouble shoot apa masalah sebenar dan buat penukaran atau baiki mana yang patut. Setakat ini, bila orang lain gagal selesaikan masalah yang ada pada Savvy, panggil dia, sekejap saja dia repair dan semuanya baik semula.

Tak hairanlah dia pusing satu Malaysia untuk pergi selesaikan masalah yang para peminat Proton Savvy hadapi. Bukan setakat Malaysia, malah dia pergi sampai ke Krabi dan daerah lain di Thailand yang ada banyak juga pengguna Proton Savvy.

Ada beberapa orang lagi yang memang jaguh repair Proton Savvy ni. Yang saya jumpa beroperasi di kawasan utara di Sungai Petani. Ada seorang lagi juga di kawasan utara ini yang juga pakar repair Savvy, kata mekanik itu pada saya tadi.

Ertinya memang ada rangkaian mekanik di kalangan mereka yang dah fasih sangat selok belok repair segala masalah yang Proton Savvy hadapi. Jadi anda yang masih ada masalah dan mula putus asa dengan Proton Savvy ni jangan risau.

" Pada yang ada masalah untuk Proton Savvy, boleh cuba berhubung dengan Farid untuk mendapatkan bantuannya. Telefon saja di nombor 011-40381111 "


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jumpa pakar baik pulih kereta Proton Savvy di Sungai Petani yang banyak bantu selesaikan masalah

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Memang dengar jugak banyak problem kereta ni.

    ReplyDelete
  2. saya pakai savvy...banyak basalah sbb pomen2 dlm malaysia xpandai "troubleshoot" apa yg menjadi masalah@kerosakan pada kereta savvy....saya sendiri pula bila pakai savvy(mmg saya minat kereta supermini) masalma xd sangat pun.cara pemakaiannya...servisnya...betul2 kene ikut selera dia....biasalah kereta europe...hahahaha...ibarat ala2 pakai vw....farid ttu mmg saya berkawan dgn die....die jgk banyak membantu saya jika ada masalah pada savvy saya....masih lagi pakai savvy 2005...xpernah xsedap kereta savvy ni....itulah rugi proton ta buat savvy ni betul2....kalau betul2 terbaik...mgkin savvy juara kepada ketegori supermini....dgn handling yg memuaskan...akses kepada modifikasi...savvy tetap dihati...hanya pemilik savvy je yg tahu....mereka hati kental...

    ReplyDelete
  3. Ada lagi ka pomen keta savvy di sp ni,tahu yang lagi berdekatan penang x

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !