Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 14, 2017

Kenapa Malaysia tak benarkan warganegara umur 18 tahun mengundi

  Mohd Shubhi       Thursday, December 14, 2017


Itu soalan yang menarik! kenapa negara kita Malaysia tak benarkan warga negaranya yang berumur 18 tahun mengundi?

Negara kita Malaysia hanya membenarkan warga yang berumur 21 ke atas sahaja untuk mengundi dan membuat pilihan parti mana yang dia mahu lantik sebagai kerajaan memerintah negara kita ini. Apa salahnya kalau mereka yang berumur 18, 19 dan 20 tahun turut sama memangkah pilihan mereka.

Kalau dilihat di seluruh dunia, negara kita merupakan antara segelintir kecil negara yang masih kekal tidak membenarkan warga negaranya yang berumur 18 tahun ke atas membuat pemilihan kerajaan dan pemimpin mereka.

Anda boleh lihat peta yang saya lampirkan kat bawah ini untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.



Umur 18 tahun boleh buat semua kecuali mengundi

Kalau anda berumur 18 tahun kat Malaysia, anda dah boleh kahwin. Kalau anda orang Islam, umur 18 tahun perlu dapatkan persetujuan ibubapa terlebih dahulu kalau nak kahwin, jika masih bawah 21 tahun. Tapi yang pentingnya dah boleh kahwin dan mengadakan hubungan kelamin dan tidak dianggap kes perkosa kanak-kanak bawah umur.

Jika anda berumur 18 tahun juga, dah boleh ambil lesen memandu, dah boleh kerja cari duit, boleh buat perjanjian dan ikatan kontrak dan paing penting, boleh dihadapkan ke mahkamah dan dipertanggung jawabkan atas kesalahan atau jenayah yang anda lakukan.

Anda boleh buat macam-macam perkara dan terkat dengan kontrak sosial antara rakyat dengan kerajaannya. Tapi yang peliknya anda ada ikatan kontrak sosial dengan kerajaan yang anda sendiri tak boleh nak buat pilihan.

Apakah itu boleh kita andakan sebagai keadilan yang seimbang?

Kontrak sosial antara kerajaan dan rakyat

Dalam mana-mana negara yang kerajaan dipilih oleh rakyatnya, ada iktan kontrak sosial yang terbentuk secara automatik. Memang kita tak sign apa-apa surat perjanjian, tapi semua orang boleh faham.

Semua orang faham dan akur bahwa dia akan cari duit, cari makan, bayar cukai, bayar GST dan berbagai bayaran lagi disalurkan untuk kerajaan. Dengan duit kerajaan dapat itu, digunakan untuk menguruskan kesejahteraan rakyatnya dari segi keselamatan, pendidikan, bebas dari keganasan, memberikan hak sama rata dan adil pada semua rakyatnya dan lain-lain lagi seumpamanya.

Jika kerajaan tunaikan semua perkara tersebut di atas, maka rakyat akan taat pada sistem kepolisian, sistem keselamatan, sistem pengadilan dan lain-lain lagi. Barulah adil dan saksama. Jika kerajaan gagal berikan semua itu, maka rakyat ada hak untuk menghumban kerajaan yang gagal tersebut turun dari takhta pemerintahan dan menggantikan dengan kerajaan lain yang sanggup tunaikan janji pada ikatan kontrak sosial yang ada dalam sesebuah negara yang berdaulat.

Tapi malangnya semua warga negara Malaysia yang hanya wajib taat pada semua sistem dan prosedur yang dibentuk oleh kerajaan, tapi tak boleh nak tentukan kerajaan mereka sendiri. Sedangkan mereka dah ada akal yang waras dan tahu membezakan antara buruk dan baik secara umum.

Sudah tiba masanya kerajaan benarkan had umur layak mengundi adalah 18 tahun dan ke atas. Bukan lagi hanya mereka yang masuk 21 tahun ke atas sahaja yang layak. Kenapa nak tunggu lagi? sampai bila? kenapa tak mahu berikan hak mengundi pada mereka?

Apa pendapat anda? patutkah kita gesa kerajaan rendahkan lagi umur untuk mendapatkan hak layak mengundi?

Komenlah sikit!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Malaysia tak benarkan warganegara umur 18 tahun mengundi

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. sistem pendidikan negara tidak mematangkan mereka dalam hal politik tetapi matang dalam hal lain termasuk sexs

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !