Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 16, 2018

Syarikat Yahudi reka perisian bantu atasi ketagihan rokok anda

  Anonyme       Tuesday, January 16, 2018



Macam mana anda atasi masalah ketagihan rokok sekarang?

Cara paling mudah yang biasanya ramai orang buat adalah keluarkan kotak rokok, ambil sebatang rokok dan keluarkan pemetik api. Cucuh rokok yang diselit pada bibir tu, sip dalam-dalam lalu hembuskan asap berkepul-kepul laju ke udara.

Bila dah masuk asap rokok tu ke dalam paru-paru, bila darah dah mula rasa adanya bekalan nikotin masuk, desakan yang ditimbulkan pada emosi untuk merokok akan dihentikan. Maka hilanglah rasa ketagihan sebaik saja anda hisap rokok.

Semua aksi tersebut di atas akan berlaku secara spontan. Anda tak sedari dan tak sempat, malah tak perlu nak berfikir nak buat apa untuk selesaikan rasa ketagih merokok itu. Ertinya anda bergerak secara auto-pilot.

Malah, punyalah hebat kawalan auto-pilot itu berfungsi, kalau rokok dah tinggal 2 atau 3 batang saja dalam kotak, anda akan secara spontan, start motosikal, terus ke kedai beli satu kotak rokok yang baru. Semua berlaku secara spontan untuk atasi masalah ketagihan rokok dan supaya bekalan rokok sentiasa tak putus.

Cara lain atasi ketagihan rokok

Kalau rasa ketagih rokok, ambil rokok dan hisap. Memang mudah. Tapi itulah yang kita tak mau buat. Sebab dah tahu lama dah yang merokok itu memudaratkan kesihatan. Itulah yang semua orang dah akui di seluruh dunia.

Rokok dikaitkan dengan masalah paru-paru. Bukan setakat itu saja. Rokok juga dikaitkan dengan sakit jantung, serangan strok, dan lain-lain masalah kronik yang berkaitan dengan paru-paru. Jadi memang amat ketara sangat yang rokok memang merbahaya.

Menurut data dari WHP, rokok merupakan antara penyebab utama yang membunuh manusia atas mukabumi ini. Lebih dari 7 juta orang mati setiap tahun disebabkan masalah dari industri tembakau ni.

Jadi, nak kena cari jalan untuk berhenti merokok. Nak kena cari jalan untuk hilangkan rasa ketagihan merokok selain dari cara hisap rokok.

Dah tahu takut, berhenti sajalah

Kadang kala bila ada masalah yang mirip-mirip masalah jantung, saya akan segera pergi jumpa doktor kat klinik berhampiran tempat tinggal. Manalah tahu kalau-kalau ada tanda-tanda serangan jantung, boleh kesan awal-awal.

Elok jangan ambil risiko. Biarlah habiskan masa, pergi jumpa doktor dan dia buat pemeriksaan. Kalau sah bukan masalah jantung, tak apa. Itu bukan buang masa namanya. Daripada tak pergi sebab rasa macam bukan masalah jantung, sedangkan sebenarnya adalah memag masalah jantung. Itulah yang dok buat ramai terandar mati mengejut sebab dah terlambat bertindak awal.

Bila jumpa doktor dia akan tanya, "merokok tak?"

Saya akan jawab, merokok juga sekali sekala. 'Social smoker', tapi bukan rokok mahal tu. Saya hanya hisap rokok daun nipah. Balut tembakau jawa di dalamnya. Beli kat kampung setiap kali balik ke Pulau Pinang.

"Rokok daun ke, Malboro ke, tetap rokok juga! social smoker ke tak, tetap tak baik juga!, dah tahu takut kena sakit jantung, berhenti sajalah!, apa msalahnya!", doktor akan membebel panjang, dengan jawapan yang saya berikan.

Bukan mudah atasi ketagihan

Senangnya cakap doktor tu. Hentikan saja. Dia percaya merokok bukanlah satu masalah ketagihan. Nikotin bukan masalah ketagihan. Saya tak tahu samada dia memang perczya macam itu, atau sekadar nak cabar saya. Tapi rasanya pakar memang dah lama tahu yang merokok ini dah jadi satu masalah ketagihan. Tak ada tak boleh.

Media sosial juga macam itu. Kalau nak difikirkan logik, benda apa sangat yang ada kat FB tu. Bukannya benda yang kita boleh telan atau kunyahpun. Tapi tetap jadi satu ketagihan pada ramai manusia atas muka bumi ini sekarang.

Pantang lepa, mesti nak buka tengok FB atau medai sosial lain. Mesti nak buka whatsapp contohnya. Sambil makan, sambil lintas jalan, sambil memandu tunggu lampu trafik, sambil nak lena dan hampir kebanyakan masa. Itulah ketagihan namanya.

Perisian bantu atasi ketagihan rokok

Ketagihan ini berlaku secara automatik. Macam yang saya sebut kat mula-mula di atas tu. Ia adalah rentetan aksi yang berlaku secara automatik tanpa kita sedari. Ketagihan biasanya akan ada satu pencetus untuk ia bermula.

Contohnya, bila dah biasa nak masuk jamban untuk berak, mesti ada rokok sebatang, maka, ketagihan merokok itu akan dikaitkan rapat dengan aksi berkaitan berak dalam jamban. Senak perut sanggup tahan sebab nak ambil rokok dulu.

Begitu juga bila merokok setiap kali selesai makan dan minum. Itu juga boleh jadi satu cetusan isyarat untuk aksi merokok akan berlaku. Kalau kita boleh tahu cetusan tersebut, dengan ingatan dan amaran yang mencukupi, sedikit sebanyak aksi autopilot dapat dikawal secara sedar.

Itulah yang perisian dari syarikat Yahudi itu buat. Perisian tersebut diberi nama SmokeBeat. Ia menggunakan teknologi AI mengesan hanya pergerakan tangan anda sahaja untuk merekodkan segala maklumat tentang apa yang sedang berlaku pada anda.

Dia akan beritahu berapa kerap anda merokok, berapa banyak, berapa lama, bila, di mana, apa yang mencetuskan amalan merokok anda dan lain-lain lagi maklumat penting. Bila dah ada semua maklumat itu, dia akan tahu yang ketagihan akan datang lebih awal dari masanya. Bila kesan, dia akan hantar mesej pada anda berikan peringatan yang munasabah untuk anda sedar apa yang sedang berlaku.

Menurut pakar, perisian ini akan dapat membantu maslaah ketagihan dengan lebih berkesan sebab anda tak perlu masukkan apa-apa maklumat. Pakai saja pada pergelangan tangan anda dalam bentuk jam contohnya, dan semuanya akan mula berkerja.

Satu lagi teknologi yang orang Yahudi berjaya buat yang amat baik untuk orang ramai... kenapa asyik orang Yahudi saja ya?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Syarikat Yahudi reka perisian bantu atasi ketagihan rokok anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !