Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, January 15, 2018

Tak sabar nak mengundi, dah tahu nak pangkah parti mana, tak payah nak temberang

  Abu Ays       Monday, January 15, 2018



Saya memang tak sabar nak mengundi sekarang. Dah lama sangat menunggu untuk buat keputusan dan tunggu apa nak jadi selepas PRU14 nanti.

Sejak habis PRU13 yang lalu, macam-macam benda berlaku. Berkecamuk habis ikatan pembangkang diperkotak katikkan oleh Barisan Nasional. Dalam bab kebijaksanaan BN rungkaikan ikatan pakatan pembangkang, memang saya puji sangat. Mereka amat hebat dan gigih berusaha.

Memang salah pembangkangpun ada. Kita boleh katakan kebodohan para pemimpin pembangkang yang ada, sebagai sebab mereka berpecah. Pembangkang tak punya ramai satu figura yang hebat yang mampu satukan semua perbezaan pendapat.

Ketandusan pemimpin hebat

Pembangkang tak ada ramai pemimpin yang hebat dalam teknik perbincangan dan berkompromi antara satu dengan yang lain untuk melahirkan satu kata putus yang boleh diterima semua. Mereka hanya harapkan Anwar sahaja untuk urusan tersebut. Yang lain hanya jadi pak turut saja.

Salah Anwarpun ada. Membiarkan dirinya terperangkap dan disumbat sekali lagi masuk penjara. Perlu diakui bahawa dia masih tetap gagal untuk pertahankan dirinya dari terus diperangkap dan terpenjara. Tak boleh nak samakan dengan Nelson Mandela.

Alasan dia masuk penjara sebab atas dasar politik tak boleh diterima pakai. Semua orang boleh kata dia jadi mangsa politik musuh yang takut padanya. Nanti, Najib disumbat masuk penjara selepas ni akan timbulkan isu yang sama juga. Dia akan kata jadi mangsa politik musuh. Semua orang politik yang masuk penjara akan kata mereka jadi mangsa politik.

Terima sahaja Mahathir jadi PM

Bila Tum Mahathir giat bersama dengan pakatan pembangkang, terserlah kehebatannya dalam menyatukan semua orang ke arah satu matlamat. nampak sangat dia hebat. Dalam BN pun dia titik habis semua orang, dan dalam PH pun dia titik semua orang.

Ramai yang berfahaman sempit masih tak nampak betapa kita perlu akur pada seorang pemimpin yang hebat macam itu. Mereka masih tak boleh terima PH lonjakkan Tun M sedangkan dulu dia digelar Mahafiraun. Dia dikecam sebagai mengamalkan kepimpinan kroni dan sebagainya.

Ada yang terima Tun M hanya sebagai pemimpin transit. Lepas ini bagi pada Anwar selepas dia dikeluarkan dari penjara. Kenapa masih nak harapkan Anwar saya tak faham. Dari segi undang-undang, Anwar terpaksa tunggu masa yang lama untuk masuk ke gelanggang semula. Entah boleh atau tidak saya tak pasti.

Ada juga yang harapkan pemimpin muda lain untuk ditolak naik jadi PM.

Itupun saya tak faham juga. Kalau ada pemimpin muda lain, buktikanlah dulu sesama sendiri dalam PH. Azmin contohnya, dia bukan pimpinan Nasionalpun. Dia bukan pemimpin paling atas dalam PKR. Kenapa nak dia jadi PM. Buktikan dulu jadi Presiden PKR, kemudian baru mai cakap nak jadi PM.

Tapi apapun, nasib baik golongan yang pelik macam itu tak ramai. Mereka hanya nak riuhkan suasana untuk mencari alternatif lain. Tak apa buatlah. Asalkan jangan dipergunakan oleh musuh untuk rosakkan majoriti pakatan pembangkang macam PAS sudahlah.

Dah tahu nak pangkah siapa

Saya akan mengundi di Pulau Pinang nanti. Tak payah nak hasut atau nak hujah apa-apa lagi pada saya sebab dah memang lama sangat tahu siapa yang perlu saya pilih.

Saya rasa ramai yang memang dah yakin dan sedar siapa pilihan mereka. Samada dia nyatakan secara terang-terang atau tidak sahaja. Sembang kat kedai kopi cuba yakinkan orang lain yang memang dah ada pendirian hanya buang masa.

Macam saya dok tengok kawan-kawan berhujah riuh rendah pertahankan parti masing-masing. Hanya buang masa dan keruhkan silaturahim sesama kawan kampung saja. Buang masa dan tak ada langsung faedahnya.

Mungkin jauh lebih baik sembang pasal ekonomi dan macam mana nak bantu orang susah kat kampung. Itu lebih bagus dari berdebat pasal politik. Lagipun semuanya hanya cut n paste apa orang kata dari media sosial saja. Betul atau tidk belum pasti.

Ianya jadi betul, sebab itu apa yang kita nak percaya. Logik atau tak logik dah tak dipertimbangkan lagi sebab memang kita nak percaya macam itu. Jadi simpan saja dan jangan harap orang lain akan berubah dengan hujah cut n pasti anda.

Buat orang marah adalah! bukan nak berubahpun.

Apapun, memang tak sabar nak selesaikan PRU14 dan nak tengok ekonomi negara pulih semula dan berada pada landasan yang lebih baik selepas itu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tak sabar nak mengundi, dah tahu nak pangkah parti mana, tak payah nak temberang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment