Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 16, 2018

230 pelajar di Klang kena demam denggi dalam tempoh 2 bulan lalu

  Mohd Shubhi       Friday, March 16, 2018



Bagi anda yang ada anak-anak kat sekolah perlu ambil perhatian dengan berita demam denggi ini. Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Klang memberitahu bahawa terdapat sebanyak 93 ke demam denggi direkodkan pada bulan Januari lepas.

Pada bulan Februari lepas pula, jumlah kes denggi berlaku di kalangan pelajar di Klang peningkat lagi kepada 136 kes. Jadi secara keseluruhannya, dah ada sebanyak 230 kes demam denggi di kalangan pelajar sekolah di Klang.

Punca kes denggi di sekolah

Hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh pegawai yang pakar dalam masalah wabak penyakit bawaan vektor serangga dan makhluk perosak, mendapati banyak pusat pembiakan nyamuk aedes di dalam tandas.

Para pegawai telah melakukan pemeriksaan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka juga memberikan penerangan kepada para pelajar untuk turut sama membenteras punca pembiakan nyamuk aedes di sekolah-sekolah.

Tandas di sekolah yang rosak menjadi antara puncza utama membiaknya nyamuk aedes. Bila tanngki flush tandas rosak, air akan tertinggal dan bertakung di dalam tangki flush tersebut. Situlah tempat yang strategik untuk nyamuk aedes membiak.

Bertindak sebelum Cuti sekolah 

Satu pekeliling telah diberikan kepada para guru besar untuk pastikan satu aktiviti menyeluruh dilakukan di seluruh kawasan sekolah sebelum cuti sekolah bermula.

Masalah pembiakan nyamuk ni akan jadi lebih ketara lagi bila cuti sekolah. Tangki di tandas tak ada di flush dan air akan bertakung di situ. Dalam tempoh cuti sekolah tersebut, ada potensi besar untuk nyamuk membiak di dalam air takungan tersebut.

Ibu bapa perlu ambl perhatian terhadap kes pelajar yang terkena wabak denggi di sekolah ini. Perlu nasihatkan mereka dan berikan penerangan terhadap punca pembiakan nyamuk aedes di sekolah. Ajar anak-anak untuk turut sama membantu membenteras kes denggi di sekolah mereka.

Jika anda perlukan khidmat fogging dan bunuh jentik-jentik di premis anda, sila hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control bertauliah dan berlesen untuk kerja-kerja pest control. Hubungi Puan Siti di 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Sumber maklumat dan gambar di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 230 pelajar di Klang kena demam denggi dalam tempoh 2 bulan lalu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !