Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 9, 2018

Jauhkan diri dari rumah yang ada banyak pepijat jika anda ada alergi dan lelah

  Mohd Shubhi       Friday, March 9, 2018



Kalau anda ada masalah alergi atau lelah (Asma), pastikan rumah anda tidak kena serangan pepijat. Kalau ada kesan kehadiran pepijat kat rumah tu, sebelum ia menjadi parah, segera dapatkan khidmat syarikat Pest Control bertauliah dan berlesen untuk segera hapuskan semua pepijat yang ada.

"Anda boleh hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk khidmat hapus pepijat dengan menggunakan teknik Wap Haba Panas yang selamat dan berkesan."

Bukan saja perlu elak pepijat dari membiak kat rumah anda itu, elakkan juga pergi sewa atau tinggal kat mana-mana bilik Hotel yang ada pepijat. Samalah juga dengan menyewa hostel atau homestay yang ada banyak pepijat.

Kesan kehadiran pepijat

Bukannya susah sangat nak kesan bilik hotel, hostel atau homestay yang ada banyak pepijat. Masuk saja dalam bilik tu dah boleh bau tajam menyucuk pepijat yang busuk tu.

Kalau masuk dah berbau, itu tandanya ada banyak pepijat dan jumlahnya tentu banyak.

Kalau bilik tu dah dirawat dengan bahan kimia, habis pepijat dah mati, ia tetap masih bahaya untuk mereka yang ada masalah lelah dan alergi.

Kalau hidung anda jenis tersumbat susah nak bua hamis pepijat, gunakan visual untuk periksa kehadiran pepijat. Selak tilam dan perhatikan pada celahan bucu tilam di sekelilingnya. Kalau ada bintik hitam, atau kalau nasib baik, anda boleh terserempak binatang penghisap darah leper itu bergerak.

Anda tak perlukan kanta pembesar untuk melihat pepijat. Binatang coklat gelap itu cukup besar untuk membolehkan anda melihatnya bergerak melarikan diri.

Tinggalan Pepijat ada risiko kesihatan

Samada pepijat kat rumah anda dah habis dibunuh atau tidak, kesan bahaya tetap masih ada terutamanya buat mereka yang ada masalah alergi dan asma.

Kalau pepijat dah mula bersarang kat dalam rumah anda itu, dia akan tinggalkan banyak najis dan bekas kulitnya serta lain-lain lagi benda. Cuba selak tempat sarang pepijat celah katil atau tilam tu. Ada bintik-bintik hitam dan perca kulitnya.

Kalau semua pepijat dah kena lenyet, peninggalan pepijat yang saya sebutkan kat atas tu kekal masih ada. Itu mampu berikan masalah kesihatan pada orang yang ada alergi dan lelah.

Kajian mendapati, najis dan tinggalan pepijat ada sejenis bahan kimia yang dipanggil "Histamine". Bahan kimia itu dikeluarkan oleh pepijat untuk menarik perhatian geng-geng pepijat lain. Ia seperti sejenis Pheromones khas untuk pepijat.

Bahan kimia itu juga mampu memberikan masalah kepada manusia.

Bahan tersebut boleh memdatangkan masalah pedih dan gatal pada kulit dan boleh membuatkan orang asma jadi lelah.

Jadi, jika rumah dah ada serangan pepijat yang banyak, samada dah mati kesemuanya atau tidak, kesan bahan kimia itu tetap masih ada. Jalan paling selamat adalah dengan pastikan anda segera hapuskan pepijat sebaik saja ada dan jangan biarkan sampai dia membiak dan merebak.

sumber maklumat dari sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jauhkan diri dari rumah yang ada banyak pepijat jika anda ada alergi dan lelah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !