Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 6, 2018

Padan Muka! - MBSA buat operasi tunda kenderaan parkir merata di tempat awam

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 6, 2018



Berita kat The Star laporkan yang MBSA telah jalankan operasi besar-besaran untuk tunda mana-mana kenderaan yang parkir ikut suka hati mereka merata tempat di tempat awam secara tidak sah.

Baca laporannya di sini.

Rasanya itu bukan satu perkara luar biasa sangat berlaku di sekitar Lembah Kelang ini. Selalu sangat tengok kenderaan yang kena tunda oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran. Bukan sahaja kat Shah Alam, di kawasan Petaling Jaya, di Subang Jaya, di Cyberjaya dan banyak lagi tempat selalu saja berlaku.

Paling kerap saya tengok berlaku kat Subang Jaya.

Satu lagi tempat yang selalu juga berlaku adalah di Shah Alam kat depan Hotel Concorde. Selalu juga ke situ ada urusan kat Wisma Sunwaymas Shah Alam tu. Kat depan bangunan sunwaymas tu mereka letakkan kon habis di semua kotak parkir. Sedangkan dalam 100 hari saya pergi kat situ, tak sampai 3 hari kotak parkir tu ada kenderaan.

Ertinya, ruang parkit tu sentiasa kosong dan tidak digunakan. Untuk mereka yang nak ke Bank sekejap kat dalam Wisma tu terpaksa parkir secara tidak sah depan jalan bawah tu. Kalau nasib tak baik, MBSA datang untuk tunda.

Tunda kenderaan komersial pulak

Kalau kenderaan biasa kena tunda memang dah biasa sangat berlaku, kali ini MBSA nampaknya lebih serius untuk atasi parkir secara tak sah ini.

Mereka tunda pulak kenderaan komersial yang besar-besar tu. Kenderaan seperti Lori dan Bas yang diletakkan pada kawasan awam dengan tidak sah, akan kena tunda.

Pemilik kenderaan itu perlu bayar RM3500 sebagai denda. Kemudian kena pula bayar RM50 sehari sebagai kos simpan kenderaan mereka yang kena tunda itu.

Yang ini agak menarik dan teramat saya sokong. Selama ini pihak majlis hanya tunda dan saman kereta pengguna biasa saja. Yang terpaksa letak kereta sebentar untuk urusan kerja yang pantas. Kalau kenderaan komersial tu, mereka nampaknya macam kebal le pulak.

Kenderaan komersial di Taman perumahan

Kenderaan komersial macam bas dan lori diletakkan ikut suka hati kat jalan depan kondo atau apartmen memang selalu sangat kita tengok. Mudahpun untuk kenal pasti sebab ramai orang boleh lihat.

Tapi sebenarnya ada banyak juga kenderaan komersial yang parkir ikut suka hati secara tidak sah tetapi ramai orang tak tahu.

Kat Taman tempat saya tinggal ada banyak kes semacam itu. Mereka parkir lori depan rumah, sebelah jalan awam kat taman, sebelah rumah orang dan merata tempat. Semua tahu pemilik lori itu atau paling kurangpun pemandu lori itu duduk kat taman tu juga. Kenalpun siapa orangnya.

Kalau sebuah lori satu tan saja boleh tahan lagi. Tapi sampai lebih dari 2 buah lori dan 3 tan pulak. Kacau orang sana dan sini sebab parkit ikut suka hati mereka. Kereta peribadi pemilik lori itu juga tidak diletakkan di depan rumahnya, dia main letak depan rumah orang.

Tempat biasa di mana lorinya diletak dianggap sebagai hak mutlaknya. Kalau ada orang parkit kat situ, dia akan tunggu dan tekan hon kuat-kuat sampai orang ubah. Sedangkan itu bukanlah tempat kepunyaannya.

Banyak pemandu atau pemilik lori yang duduk kat taman tu. Mereka ada lebih dari dua buah lori dan jadikan taman tersebut sebagai pusat operasi lorinya. Senang lenang buat duit jimatkan kos operasi dengan korbankan keselesaan penduduk taman.

Harap Pihak Majlis ada akta yang sesuai untuk kenakan tindakan pada pemilik kenderaan komersial yang semakkan taman tempat tinggalnya dengan lori atau bas.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Padan Muka! - MBSA buat operasi tunda kenderaan parkir merata di tempat awam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !