Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 5, 2018

Jangan buang tilam kahwin anda yang ada pepijat tu - Ini sebabnya !

  Mohd Shubhi       Monday, March 5, 2018



Memang sayang nak buang terus tilam kahwin yang dah lama digunakan.

Tapi siapa yang boleh tahan dengan tilam yang ada banyak pepijat bersarang kat celahan tilam tu.

Memang tak tahan digigit pepijat saban malam. Setiap kali bangun, badan berbintil. Ada bintil pada leher, ada bintil pada pinggang. Ada bintil pada kaki dan tangan. Semua kesan berbintil tu adalah hasil dari gigitan pepijat yang hidap darah semalam ketika tidur.

Bila tanya kawan-kawan, mereka nasihatkan agar buang saja tilam kahwin kenangan lama tu. Rasa sayang nak buang sebab tilam tu masih ok lagi. Tak ada kesan koyak tak ada masalahpun pada kekenyalannya dan semuanya rasa masih ok.

Biasanya, orang cakap, kalau nak hapuskan pepijat yang bertenggek kat katil atau tilam, kena jemur kat tengah panas. Kena basuh dengan air panas. Nak jemus tilam tu kat tengah panas susah la pulak sebab tak ada ruang. Maklumlah rumah teres. Kalau rumah banglo tak apa lah.

Bila nak basuh tak boleh, nak jemur pun tak boleh, jalan paling mudah adalah buang saja... habis cerita.

Jangan buang tilam pepijat anda

Kalau anda ada hadapi masalah sebegitu, jangan buang dulu tilam kesayangan anda itu. Ada cara yang mudah dan berkesan untuk selesaikan masalah pepijat tu.

Syarikat Easelife Services Sdn Bhd sudah banyak membantu mangsa serangan pepijat di rumah mereka. Hasil dari rawatan yang Easelife Services Sdn Bhd lakukan, alhamdulillah! amat memuaskan.

Rawatan yang mereka lakukan menggunakan kaedah rawatan haba yang panas. Kekuatan haba yang dikeluarkan dalam bentuk wap panas itu mampu membunuh pepijat keseluruhannya. Samada anak pepijat atau pepijat dewasa, semuanya akan mati terlentang.

Bukan saja pepijat yang mati, malah telur pepijat juga akan mati. Itulah perbezaan ketara antara penggunaan kaedah rawatan haba berbanding bahan kimia. Masalah selesai untuk jangka masa panjang.

Tilam segar dan nyaman semula

Tilam kesayangan anda yang ada masalah pepijat itu boleh diselamatkan dengan kaedah rawatan haba yang berkean itu.

Pengendali mesin rawatan haba akan pastikan semua celahan berpotensi menjadi tempat pembiakan pepijat akan diperiksa satu persatu. Kemudiannya, wap haba panas akan dilalukan di semua celahan tilam. Sempit macam manapun, insyaallah wap haba itu akan sampai juga.

Bukan sekadar bunuh pepijat!

Bahan penyaman yang disertakan bersama wap panas yang membunuh pepijat itu akan kembalikan kesegaran bau tilam anda. Dah tak berbau hamis pepijat lagi.

Tilam segar, pepijat tiada... anda tidur selesa semula seperti pengantin baru hahaha!


Hubungi Easelife Services Sdn Bhd

Tawaran perkhidmatan membunuh pepijat pada tilam, katil atau lain-lain perabut di rumah anda ini hanya di sekitar Lembah Kelang sahaja.

Selain dari Lembah Kelang, perkhidmatan rawatan haba ini masih tak dapat dipenuhi. Permintaan di Lembah Kelang sahaja sudah cukup untuk membuatkan para pekerja bertungkus lumus selesaikan masalah pepijat di rumah pelanggan.

Jika anda tinggal di Lembah Kelang, dan rasa sayang nak buang tilam kesayangan anda tu. segera hubungi Easelife Services Sdn Bhd dengan segera. Telefon atau WhatsApp pada nombor yang tertera di bawah ini:
012-2067357 Puan Siti

Sila call ata WhatsApp puan siti untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan cara rawatan dan harga yang ditawarkan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan buang tilam kahwin anda yang ada pepijat tu - Ini sebabnya !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !