Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 28, 2018

3 sebab kenapa Neelofa tak kisah dikecam netizen lancar tudung di Kelab Malam

  Abu Ays       Wednesday, February 28, 2018



Sehari dua ni nama Neelofa metop hebat dalam media sosial. Habis semua orang pakat cerita pasal dia. Cerita dia lancar tudung barunya dan sambut hari lahirnya di sebuah kelab malam yang terkenal. (sumber gambar Neelofa dari sini)

Bukan saja keyboard warrior letih jari taip keyboard kecam dan hentam serta kutuk berat terhadap pilihan cara Neelofa buat semua aktiviti tersebut, malah sampai muftipun turut sama tulis pasal dia. Agaman dan cendekiawan agama sama naik berikan komen terhadap apa yang Neelofa buat.

Dalam semua kutukan yang berlaku, relaks saja Neelofa jawab,

Ini apa komen Neelofa,
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

Dia sambung lagi begini,
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

Tak habis lagi, dia sambung lagi,
 “Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”

Ringkasnya dia tak mahu nak ambil peduli sangat apa orang lain dari kalangan hater nak kata. Sebab apa Neelofa macam tak peduli saja semua kritikan tersebut. Kenapa Neelofa macam tak rasa takut walaupun nampaknya dah mula gerakan ajak boikot tudung Neelofa.

3 sebab Neelofa tak kisah kecaman

Saya boleh andaikan ada 3 sebab utama kenapa Neelofa tak ambil kisah segala kecaman yang berlaku terhadap cara dia sambut hari jadi dan lancarkan tudung barunya.

  1. Sebab dia sengaja buat macam itu - Kontroversi yang dia cetuskan berjaya menjemput liputan dari semua sudut. Macam saya kata tadi dari orang biasa sehingga ke peringkat Mufti yang ada ramai pengikut kat seluruh Malaysia ni. Itu satu kejayaan besar membuatkan nama Neelofa lekat dibibir semua orang di seluruh Malaysia termasuk sampai ke kampung orang asli.
  2. Yang dok kecam bukan pembeli sasarannya - Kumpulan agaman budiman sudah tentu memang tak suka dengan apa yang Neelofa buat. Tapi kalau depa sukapun apa yang Neelofa buat, mereka bukanlah pembeli kepada tudung jenama Neelofa. Mereka lebih serasi pakai tudung labuh yang pudar warna.
  3. Jualan tudung Neelofa tak ada kesan - lanjutan dari sebab nombor 2 dan nombor 3 kat atas tu. Tak akan ada kesan sangat dengan hasil jualan tudungnya. Yang dok kecam tu majoriti besar adalah pejuang agamawan yang tak ikut perubahan fesyen tudung yang gedik. Sama mereka kecam atau tak kecam, mereka tetap bukan pembeli. 
Lebih kurang macam itulah andaian saya. Malah silap hari bulan jualan tudung Neelofa berkemungkinan besar akan lebih meluas lagi.

Sebab hasil dari kontroversi yang semua orang sibuk komen bersimpang siur dari Aloq Setaq merenjis ke Perlis sampai Johor bersilang pula ke Kelantan, lintas banjaran titiwangsa. Dari separuh rakyat Malaysia yang sebelum ini kenal Neelofa dan tahu apa yang dia buat, sekarang rasanya dah lebih 2/3 penduduk Malaysia dah bertambah kenal Neelofa.

Itu bukan kecik punya liputan pemasaran. Rasa ingin tahu membuatkan manusia akan korek lebih lanjut. Dari situ mula cari siapa Neelofa dan tengok apa yang dia ada. Bila tengok tudung mula rasa berkenan pula, emosi berkenan akan buang semua akal rasional dan berakhir dengan jualan Neelofa bertambah lebih dari biasa.

Macam tu-la lebih kurang. 

Itu rasa saya. Mungkin salah. Kalau salahpun tak kisah sebab banyak daripada pendapat saya lebih salah daripada yang betul. Apa pendapat anda pula? Boleh la komen kat ruang komen tu. Ikut suka hangpa lah nak komen macam mana. Kutuk, hina atau apa saja tak akan berikan kesanpun pada kehidupan saya. Komen saja sebab now everybody have right to kondemn...jangan kondem PM dah ler!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 sebab kenapa Neelofa tak kisah dikecam netizen lancar tudung di Kelab Malam

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Apa-apa pun dosa & pahala tetap dicatat oleh malaikat

    ReplyDelete
  2. Patut la org tk brani ambil buat bini. KETEGAQ BIJIK....

    ReplyDelete
  3. pakai dan jual tudung tetapi bukan kerana Islam.....kerana glemor dan nak dapat untung banyak untuk jadi kaya raya.....harta dari hasil kerja haram tetap haram hingga kiamat

    ReplyDelete