Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, February 27, 2018

Cari Asam Pedas Muar, jumpa Periuk Belanga Danau Kota Setapak

  Mohd Shubhi       Tuesday, February 27, 2018



Masa cuti Raya Cina baru-baru ini saya bawa satu keluarga jalan-jalan kat Kuala Lumpur. Orang sibuk keluar dari bandar untuk bercuti panjang, saya dan keluarga kekal kat Lembah Kelang saja. Dah serik dengan kesesakan jalan raya setiap kali cuti panjang raya cina berebut nak pergi jalan.

Memang lebih selesa jalan-jalan kat KL ketika cuti panjang. Kenderaan tak berapa banyak sangat. Mudah jalan pelan-pelan makan angin terokai mana-mana tempat yang jarang-jarang pergi daam keadaan biasa.

Destinasi utama kami nak pergi hari itu adalah ke Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak tak jauh dari Balai Polis Bukit Aman tu. Dah lama tak bawa anak-anak masuk ke dalam taman burung tu. Rasanya dah lebih 10 tahun.

Taman Burung KL ramai pengunjung

Sebelum zohor kami dah sampai kat Taman Burung tu. Mulanya kami sangka orang tak ramai sangat. Tapi bila dah sampai kat situ, nak parkir keretapun tak ada tempat. Kenderaan penuh dan bila tengok kat kaunter, orang beratur agak panjang nak beli tiket.

Ramai juga orang rupa-rupanya. Paling ramai adalah dari kalangan pelancong asing. Termasuklah warga Bangladesh, ramai juga yang berpakaian segak 3 atau 4 orang sesama lelaki jalan sambil pegang tangan.

Hanya warga Bangladesh yang masih kekal jalan pegang tangan kawan lelakinya. Itu biasa saja bagi mereka. Kalau orang kita buat macam tu, akan ada sedikit pandangan serong dari orang lain. Tapi Bangla yang jalan pegang tangan kawan tu bukannya Gay. Jangan salah faham.

Cari makan Asam Pedas Muar dulu

Oleh sebab tak ada ruang parkir, kami buat keputusan untuk tangguhkan dulu masuk ke dalam Taman Burung. Elok bawa anak-anak pergi makan terlebih dahulu supaya selesa dan tak kelam kabut nanti.

Masa itu saya teringat pasal Asam Pedas Muar.

Tahu pasal Asam Pedas Muar tu bila tonton Astro. Ada satu pertandingan masakan mana paling sedap antara dua masakan asam Pedas. Ada dua restoran yang lawan dalam pertandingan tersebut.

  • Masakan asam pedas D'anggerik
  • Masakan asam pedas Muar
Dalam pertandingan itu hasil dari penilaian panel hakim, asam pedas D'anggerik yang menang. Agak sengit juga untuk tentukan asam pedas mana satu yang lebih sedap. Tapi D'angerik memang tipis.

Saya lebih tertarik pada asam pedfas Muar yang ditonjolkan dalam pertandingan itu walaupun dia tewas sebab masakannya tak dimasukkan belacan. Itu tarikan utama saya. Asam pedas D'angerik ada diletakkan belacan.

Menurut panel dan komen dari para pengunjung, masakan asam pedas Johor d'angerik memang terkenal dengan ikannya yang segar. Mungkin itulah kelebihan yang ada padanya.

Saya pun buka wave untuk cari arah menuju ke Asam Pedas Muar. Lokasinya adalah kat Danau Kota, Setapak.

Tak jumpa asam pedas

Maka tekanlah arah ke asam pedas Muar dan kami mula ke Danau Kota. Mudah saja pergi sana. Kenderaan tak banyak jadi memang santai sangat dan cepat sampai. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai di depan restoran asam pedas muar. Tutup pulak!

Nampaknya memang tak ada rezki kami hari itu. Dan tak ada rezki taukeh Asam Pedas Muar juga untuk menerima kunjungan pelanggan baru. Oleh sebab sebelah lagi kawasan kat situ ada banyak restoran, maka kamu pergi saja cari kedai lain untuk makan tengahari kat sana.

Terjumpa restoran Periuk Belangan. 

Orang tak berapa ramai dan kedai itu kelihatan bersih dan selesa. Kami masuk sekeluarga dan mereka susunkan meja makan panjang untuk kami. Diberikan menu untuk saya pilih. Pekerjanya pantas dan mudah berurusan.

Dia cadangkan pakej satu keluarga untuk 6 orang makan. Harganya hanya RM75. Memang murah sebab ada banyak lauk. Ada sup tomyam, ikan siakap masam manis, udang goreng mentega, sayur kangkung, ayam penyet, telur dadar, sambal belacan, dan nasi putih satu bekas besar.

Ksemua makanan yang dihidangkan jauh lebih cukup daripada yang kami jangkakan. Memang lansung tak sangka betapa murahnya tawaran yang mereka buat untuk para pelanggan mereka. Cuma ikan siakap tu taklah segar sangat saya dapat rasakan. Tapi masih boleh diterima.

Bila selesai makan, saya bangun pergi bayar. Kesemuanya hanyalah RM103 sahaja sekali dengan minuman 7 jenis. Perghhh! berbaloi-baloi murahnya untuk keluarga besar macam saya. Tak sangka masih ada restoran kat KL macam itu punya harga.

Teringat malam sebelumnya saya bawa anak-anak makan kat Rebung tingkat 5 kat Bukit Aman tu. Saya bayar lebih dari RM350 untuk buffet makan malam. Anak-anak memang seronok sangat sebab boleh rasa berbagai masakan dari nasi, bubur, ayam goreng, daging, kepah dan belambak lagi benda lain. Tapi ayah mereka berpeluh juga ketika keluarkan duit untuk selesaian bil.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cari Asam Pedas Muar, jumpa Periuk Belanga Danau Kota Setapak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !