Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 23, 2018

Ini kelebihan pergi belajar agama bila dah tua kat kampung

  Mohd Shubhi       Friday, February 23, 2018


Kat kampung saya, ramai orang tua yang pergi belajar agama kat Madrasah Ustaz Bakaq. Memang ada orang muda. Tapi jumlah orang tua jauh lebih ramai dari yang muda.

Sebelah madrasah Ustaz Bakaq tu ada disediakan pondok khas untuk orang tua-tua yang dah tak mau duduk kat rumah depa. Untuk mendekati Allah, mereka buat keputusan duduk sebelah madrasah dalam pondok kecil tu sorang-sorang. Ini untuk memudahkan mereka pergi belajar agama dengan lebih kerap dan mudah serta lebih rajin lagi.

Tak jauh dari Pondok Ustaz Bakaq, ada satu lagi Madrasah yang ditubuhkan kemudian dari pusat pengajian Ustaz Bakaq. Pengasasnya adalah Ustaz Mutalib. Kalau naik kereta melalui jalan BKE dari Seberang Jaya, sebelum exit keluar Kubang Semang, sebelah kiri akan kelihatan pusat Pengajian Ustaz Mutalib tu.

Punyalah besar lengkap serba serbi. Ada asrama, ada dewan pengajian, ada pusat tahfiz, malah ada hotel tempat penginapan khas untuk kemudahan mereka yang bermusafir. Bukan kecik anak punya kos yang perlu dikeluarkan untuk bina pusat tersergam besar sedemikian.

Potensi jadi jutawan dengan ajar agama

Tapi itulah berkat kemurahan hati orang kampung. Mereka tak akan pergi mengaji agama, tadah kitab depan tok guru kalau tak bawa duit untuk sedekah. Kalau seminggu 3 kali mereka pergi dengar kuliah, maka 3 kalilah mereka akan gengam note 1 atau 5 atau 10 ringgit. Hanya dengan menyelit masuk duit dalam tabung saja dah cukup melegakan hati mereka untuk mendapat tempias hasil dari usaha para Tok Guru tersebut.

Dek kemurahan orang tua-tua kampung terutamanya, maka tak hairanlah jika Ustaz Bakaq mampu beli satu pulau kat tengah kampung Kubang Semang tu untuk dijadikan pusat pengajian buat mereka yang dahagakan ilmu agama. Dengan keupayaan beliau buka dan baca serta hurai kitab lama, mampu menjadikannya orang yang banyak hartanah dan lebih penting penyumbang besar kepada keperluan masyarakat. Macam itu juga yang berlaku pada Ustaz Mutalib.

Ada ramai lagi para ustaz di negara kita, yang berjaya jadi hartawan dan aktivitis kemasyarakatan dengan mengajar orang-orang tua kampung ilmu agama. Tapi yang paling dekat yang saya boleh tengok ada kat kampung saya tu. Ertinya anda boleh saja jadi hartawan dan penyumbang kepada kebaikan masyarakat setempat hanya dengan pergi mengaji pondok belajar agama dan balik mula ajar orang kampung berdasarkan selera yang mereka nak dengar.

Insyaallah akan jadi orang yang dihormati, kaya dan penting kat kampung itu.

Belajar agama bila dah tua

Paling ramai yang pergi belajar agama di pusat pengajian macam Ustaz Mutalib atau Ustaz Bakaq tu adalah orang tua yang dah pencen. Baik wanita mahupun lelaki, sama naik. Kalau kedua-dua pasangan suami isteri masih hidup, mereka akan pergi dua sejoli mengaji agama sekurang-kurang  1 kali seminggu.

Ada yang rajin lagi akan pergi lebih dari sekali dalam seminggu. Orang tua-tua perempuan yang dah kehilangan suami akan pergi beramai-ramai. Orang tua saya pergi dengan 3 atau 4 orang lagi kawannya untuk dengar kuliah agama samada dari Ustaz Bakaq atau Ustaz Mutalib.

Kebanyakan mereka sibuk masa muda. Tak ada masa untuk belajar agama secara berdisiplin. Kalau yang ada kerjaya, lagi sibuk tak sempat nak belajar agama. Jadi bila dah tua, apatah lagi selepas balik menunaikan haji. Mereka mula tukar uniform harian kepada imej ustaz dan mula lazimi pusat pengajian agama.

Lupa dunia belajar agama

Ada kawan yang dah pencen terus ke pondok di Kelantan duduk sepenuh masa kat sana untuk memberikan tumpuan pada pengajian agama. Dia duduk sana terus supaya dapat perbanyakkan lagi aktiviti ibadah atas tikar sembahyang.

Sebelum ini dia ligat berusaha menjalankan perniagaan. Kejar projek sana dan sini dari muda sampai tua. Alhamdulillah sampai satu peringkat umur dia tersedar akan kurangnya amalan ibadah. Untuk mula beramal, perlu ada ilmu. Jadi pergilah dia ke pondok, belajar dan sekai gus mengamalkannya. Itulah alasan utama mereka mula sibukkan diri untuk belajar agama masa tua untuk amalan diri sendiri.

Memang betul sebab kalau tua baru nak belajar agama, maka memang dah tak ada masa untuk mendalaminya dan kemudian nak sebarkan ilmu yang dipelajari itu untuk masyarakat. Jadi belajar untuk diri sendiri sajalah.

Cuma terfikir juga saya bagaimana dengan segala kemahiran yang telah mereka himpun dalam dada sebelum ini. Segala kemahiran mereka yang didapati sepanjang umur muda sampai tua dalam menjalani kehidupan berkerjaya sudah ditinggalkan terus.

Mereka benamkan ilmu kehidupan dan kemahiran yang dikategorikan sebagai kemahiran dunia di bawah kopiah yang dah jadi uniform mereka sekarang. Mungkin mencurahkan ilmu sedemikian tidak meyakinkan mereka untuk mendapat kemudahan masuk syurga ketika mati nanti.

Itulah majoriti orang kita percaya. Bila tua, adalah dinasihatkan untuk lebih berada atas tikar sembanhyang daripada melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan atau keduaniaan. Sebab itu ada sindiran pada Tun Mahatihir yang dah masuk 93 tetiba makin giat semula dalam kancah politik.

Tun M di nasihatkan untuk habiskan masanya dalam masjid atau atas tikar sejadah. Tak payah ambil pot lagi dengan politik. Lagipun bukankah dia yang tanam semua benih keserabutan yang berlaku dalam negara kita sekarang?

Ramai yang macam tak suka dia betulkan semula apa yang salah dah berlaku sebelum ini. Ramai yang macam rasa kalau na betulkan kesalahan adalah dengan duduk atas tkar sembahyang. Tapi rasanya selagi nyawa masih ada, bertaubat duduk atas sejadah serta menyesal dengan kerosakan yang dilakukan, masih tak cukup jika masih ada keupayaan membetulkan kerosakan itu supaya elok semula. Itulah yang agaknya Tun M cuba buat.

Kelebihan pergi belajar agama

Walau apaun alasan dan tujuan semua orang tua-tua itu belajar agama, ada satu perkara lagi yang amat baik untuk mereka.

Orang tua-tua yang rajin pergi dan balik menadah kitab kat pusat pengajian orang tua di kampung tu akan buat 3 perkara utama;
  1. Senaman pergi dan balik ke madrasah
  2. Perah otak belajar benda baru
  3. Bersosial
Kesemua 3 aktiviti kat atas tu disahkan oleh para pakar mampu untuk melambatkan atau menghindari terus masalah nyanyuk yang banyak melanda orang-orang tua.

Tapi sebenarnya, lagi awal anda buat perkara sedemikian lagi bagus kesannya terhadap kesihatan otak anda. Sentiasa belajar dan sentiasa mencabar keupayaan akan anda dari muda sampai ke tua akan menjauhkan akal anda dari masalah dimentia atau nyanyuk.

Lagi bagus kalau pusat pengajian Ustaz Mutalib dan Ustaz Bakaq buat peperiksaan untuk menguji kefahaman orang tua-tua yang ramai berduyun-duyun pergi mengaji kat depa. Lagi memaksa mereka perah akal untuk cuba faham apa yang ustaz baca dari kitab-kitab lama tu.

Tapi mungkin depa tak akan buat macam tu. Ia bakal menghilangkan lebih dari 2/3 dari pengunjung madrasah. Akan sunyilah pusat pengajian. Tak bolehlah nak buat madrasah dan pondok serta dewan kuliah besar-besar.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini kelebihan pergi belajar agama bila dah tua kat kampung

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Artikel yg sekali baca macam bagus, tapi padat dengan prasangka dan kebencian terhadap usaha warga emas utk mendekati Allah fi senja usia

    ReplyDelete
  2. Usaha ustaz² tu sepatutnya disokong.... Harap org lain siapa yg ada buat mcm depa di kawasan tu?
    Siapa yg boleh tarik pengunjung sampai 3, 4 ribu sekali kuliah...?
    Jgn dok sindir² la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju! Sudah tentu perlu dipuji. Kebaikannya memang banyak usaha mereka tu

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !