Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, April 30, 2018

PRU 14 P44 - Cikgu Zaidi mampu tewaskan Nurul Izzah rampas semula Permatang Pauh

  Abu Ays       Monday, April 30, 2018


Semua parti penting yang nak bertanding kat P44 Parlimen Permatang Pauh dah sahkan calon masing-masing.
  • Pakatan Harapan - Nurul Izzah Anwar
  • Barisan Nasional - Datuk Mohd Zaidi Mohd Said
  • PAS the King Maker - Afnan Hamimi Taib Azamuddin
Untuk kerusi negeri pulak ada 3 tempat;
  • Seberang Jaya
    • Afif Bahardin - PKR
    • Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin - BN
    • Ahmad Rafaei A Rashid - PAS
  • Penanti
    • Norlela Ariffin - PKR
    • Suhaimi Sabudin - BN
    • Ustaz Fawwaz Md Jan - PAS
  • Permatang Pasir
    • Muhammad Faiz Fadzil - PKR
    • Auar Fasal Yahaya - BN
    • Muhammad Fauzi Yusoff - PAS

Berbanding jumlah pengundi pada PRU 13 yang lalu, pada PRU 14 ini, jumlahnya sudah bertambah lebih kurang 8 ribu pengundi. Masa pilihanraya kecil yang lalu, jumlah pengundi berdaftar adalah seramai lebih kurang 72 ribu orang. Kali ini jumlahnya meningkat kepada 81,789 orang pengundi.

Apa yang menarik adalah calon BN, Cikgu Zaidi dakwa lebih dari 7000 orang pengundi baru itu, mereka yang daftarkan. Ertinya Umno lah kot. Kesemuanya merupakan pengundi muda yang baru layak mengundi.

Boleh pulak Umno buat pendaftaran. Sedangkan menurut SPR, parti dah tak boleh tolong daftar pengundi sekarang. Macam mana pulak Umno boleh dibenarkan agak musykil juga.

Tapi jika difikirkan semula, kat Malaysia, apa saja larangan hanyalah untuk semua rakyat Malaysia kecuali Umno. Depa buat tak apa. Jadi terima sajalah dengan hati yang menyumpah dan simpan dendam tu ketika memangkah nanti supaya semua itu akan berubah.

Cikgu Zaidi yakin menang

Permatang Pauh memang kubu kuat Keluarga Anwar samada ketika Anwar duduk dalam BN atau selepas disingkirkan. Tak kisah samada BN atau PKR, semua orang tahu itu tempat keluarga Anwar.

Sebelum ini bertukar ganti antara Anwar dan Isterinya Wan Azizah. Dan sekarang depa masukkan pulak anak atau puteri reformasi mereka Nurul Izzah untuk bertanding kat P44 Permatang Pauh. Memang sah jadi tempat keluarga Anwar.

Cuma tak pasti samada akan kekal jadi kerusi milik keluarga Anwar atau tidak kali ini. Nurul Izzah aan ditentang hebat oleh anak tempatan Cikgu Zaidi. Walaupun sebelum ini lawan Nurul Izzah itu ada banyak cerita buruk tentang peribadinya, tapi nampaknya semua cerita buruk tu macam dah lenyap tak disebut lagi.

Kalau tidak, masakan BN letakkan beliau. Dari segi kuat untuk lawan keluarga Anwar kat P44 tu, setakat ini hanyalah bekas Imam Masjid negara yang tendang tong ketika kalah lawan Anwar kat situ dahulu. Kenapa mereka tak letakkan lagi Ustaz Firdaus entahlah. Mungkin dia dah tak aktif melobi kot.

Walalu apapun, Cikgu Zaidi yakin beliau mampu tewaskan Nurul Izzah. Sebab utamanya adalah perpecahan yang berlaku dalam pakatan harapan. Pecahan macam mana yang dia maksudkan tak pasti.

PAS kacau daun

Tapi memang ada masalah sikit bila PAS letakkan calonnya, anak bekas imam masjid negara jadi pesaing nak lawan BN dan PKR. Anak bekas imam yang juga seorang Ustaz itu memang amat dihormati oleh pengundi Islam di Permatang Pauh. Paling fanatik pilih Ustaz di P44 adalah dari kalangan pengundi Permatang Pasir terutamanya orang Kubang Semang.

Pangkah PAS, parti yang perjuangkan Islam bagi mereka adalah satu tanggung jawab. Bila depa pangah PAS maka selesailah tanggung jawab mereka. Samada PAS akan menang atau tidak tak jadi soal.

Kepercayaan macam itu yang amat simple dan tidak kritis akan membantu untuk pecahkan undi dan seterusnya akan menangkan Cikgu Zaidi.

BN akan menang di P44

Berdasarkan kiraan amatur secara rambang, memang BN akan menang kat P44 tu. Ertinya Cikgu Zaidi akan tewaskan Nurul Izzah dalam 2 ribu undi.

Bukan Parlimen saja, malah DUN juga akan dibolot oleh semua wakil BN kali ini. Penanti, Seberang Jaya atau Permatang Pasir akan disapu bersih oleh BN dengan majoriti yang nipis.

Dan semuanya angkara pengundi yang yakin bahawa undi PAS akan selesaikan tugas dan tanggung jawab mereka untuk menjadi seorang muslim yang baik dan beriman. Undi PAS masuk syurga.

Itu fahaman standard orang islam selama ini yang membuatkan jadi umat belasahan dan tercorot dalam semua bidang dari ekonomi, pendidikan, ketenteraan, teknologi dan sains serta lain-lain lagi. Masih ramai yang tak sedar rupanya...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PRU 14 P44 - Cikgu Zaidi mampu tewaskan Nurul Izzah rampas semula Permatang Pauh

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Agak2 tuan pengundi masakini lebih cerdik atau tidak terkesan dgn segala barangan sara hidup naik harga sbb GST, dgn terpaksa berhutang utk anak2 nak belajar dan mcm2 hutang yg BN sedang buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi faktor lain yang menentukan orang ramai buat keputusan. Dan biasanya majoriti orang ramai buat keputusan yang tidak rasional...

      Delete
  2. nurul izzah 35534, mohd zaidi 19866..

    ReplyDelete