Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 13, 2018

10 sebab sistem pendidikan Finland adalah yang terbaik di dunia

  Mohd Shubhi       Thursday, September 13, 2018

Ramai yang dah tahu bahawa sistem pendidikan di negara Finland adalah yang terbaik di dunia. Satu dunia sedar kehebatan Finland membuat transformasi terhadap sistem penddikan mereka sampai jadi macam tu.

Bila sebut sistem pendidikan, dunia pada umumnya mengukur pencapaian para pelajar terhadap ilmu Matematik, Sains dan keupayaan membaca. Itulah yang menjadi ukuran utama bila sebut isu pendidikan.

Mungkin kat sini orang kita di Malaysia agak berbeza sedikit. Terutamanya orang Melayu yang beragama Islam dan kuat mengamalkan nilai-nilai Islam dalam hidupnya. Bagi orang Melayu Islam yang kuat agama, pendidikan terbaik bagi mereka adalah Ilmu Agama.

Ilmu agama lebih utama

Contoh paling mudah yang boleh saya berikan adalah satu cerita bagaimana seorang anak yang sambung belajar Ilmu Perubatan untuk jadi doktor, kemudiannya ubah hala kepada jurusan agama sampai jadi Tok Imam.

Dalam cerita itu digambarkan dan diberikan mesej bahawa jadi Imam Al-Hafiz itulah yang jauh lebih baik daripada menjadi seorang Doktor merawat masalah kesihatan manusia. Imam Al-Fafiz juga merawat manusia, tapi lebih kepada rawatan jiwa untuk mendekati Tuhan supaya jiwa tenang dan berjaya di akhirat nanti.

Seteruk manapun ibubapa dalam satu-satu keluarga, dia tentu idamkan sekurang-kurangnya seorang dari anaknya masuk sekolah agama dan menjadi Al-Hafiz. Ada yang sanggup hantar kesemua anak-anaknya ke aliran agama.

Alasan paling polular adalah untuk jadi penyelamat kepada ibubapa di hari kemudian. Para Hufaz dari kalangan anak-anaknya boleh dijadikan aset untuk selamatkan ibubapa dengan memberikan syafaat mereka nanti di akhirat.

Anak di dorong untuk memberikan tumpuan hidup pada aliran agama itu untuk kepentingan ibubapa mereka. Dan para ibubapa yakin anak-anaknya akan berjaya samada di dunia mahupun diakhirat dengan menjadi orang alim dalam bab agama.

Dunia antarabangsa tak ukur pencapaian agama

Itulah perbezaan antara persepsi masyarakat dunia antarabangsa dengan umat Melayu di negara kita. Dunia lebih mengukur keupayaan matematik dan sains untuk memberikan gambaran tahap pendidikan sesebuah negara.

Tak ada ukuran pencapaian agama dalam sesebuah negara diberikan perhatian dalam dunia pendidikan antarabangsa. Kalau adapun, mereka buat kajian bagaimana kesan terhadap pencapaian matematik dan sains terhadap negara yang kuat agama.

Dalam kajian tersebut ternyata semakin kuat penekanan agama diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat mereka, semakin buruk pencapaian sains dan matematik rakyatnya.

Keputusan itu memang boleh dijangkakan.

Agama tekankan untuk dengar dan taat tanpa mempersoalkan segala amalan dan kepercayaan secara logik akal. Ramai kawan-kawan yang kuat agama sering berikan peringatan yang agama ni bukan boleh pakai logik akal. Itu modal paling besar yang sering kita dengar dari para agamawan.

Sains dan matematik pula terbalik 360 darjah.

Dalam ilmu sains dan matematik, apa saja boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Pelajar diajar supaya sentiasa berfikiran kritis dan melatih keupayaan akal untuk menghadam ilmu dan mencari jawapan melalui pengamatan dan pemikiran akal yang tajam. Malah logik juga adalah satu subjek matematik.

Cakap kosong tak masuk dalam aliran ilmu sains dan matematik. Segala cakap dan kenyataan anda perlulah didatangkan bersama dengan pembuktian. Sebab itu wujudnya pertentangan antara aliran agama dan aliran sains dan matematik.

Pencapaian Sains dan Mathematik Malaysia

Pencapaian pelajar dalam ilmu sains dan matematik serta pembacaan di Malaysia boleh dirujuk kepada laporan PISA.

Pada tahun 2012, kedudukan negara kita dari 65 negara yang menyertai kajian PISA adalah di tangga ke 52. Kita berada di kedudukan tercorot di belakang.

Pada tahun 2015 pencapaian kita dalam sains, matematik dan pembacaan dikatakan naik. Tapi maklumat kedudukan Malaysia dalam senarai PISA untuk tahun 2015 tidak dimasukkan. Boleh lihat di sini.

Anda boleh cuba cari kedudukan negara Malaysia bagi tahun 2015 memang tak ada dalam senarai. Sebabnya adalah kajian yang penilaian yang dijalankan kat negara kita untuk 2015 tidak melepasi keperluan untuk disenaraikan. Dikatakan datanya adalah 'bias'.

Tidak menggambarkan keadaan pendidikan Malaysia secara betul atas sebab berlaku pemilihan sekolah yang baik saja yang ditentukan oleh kementerian pendidikan. Kalau buat penilaian hanya disekolah terbaik berasrama penuh tentu keputusannya adalah baik.

Jadi kita perlu ambil data tahun 2012 yang lebih betul untk menilai kedudukan negara kita dari segi pencapaian ilmu sains, matematik dan pembacaan. Maknanya teruk lah kedudukannya.

10 sebab sistem pendidikan Finland terbaik dunia

Negara Findland mula buat transformasi pendidikannya sejak tahun 1970 lagi. Sejak itu pencapaian pelajar di negara mereka benar-benar melonjak sehingga mengatasi semua negara lain.

Mereka tekankan pendidikan untuk menghadapi kehidupan yang sebenar berdasarkan apa yang berlaku di dunia nyata. Bukan retorik semata. Semuanya yang dipejari adalah untuk menghadapi kehidupan yang semakin lama semakin mencabar dengan perkembangan teknologi yang amat pantas.

Berikut adalah 10 sebab sistem pendidikan negara mereka jadi hebat.

  1. Tiada peperiksaan yang standard. Kalau adapun ianya adalah pilihan sukarela. Yang ditekankan adalah pemahaman. Pelajar dan guru tidak terkinja-kinja pulun untuk lepas peperiksaan dan skor tinggi bukanlah matlamat.
  2. Tak timbul soal cikgu bertanggung jawab terhadap prestasi pelajar. Tak ada sistem grading untuk cikgu. Pemilihan untuk jadi cikgu amat ketat dan hanya mereka yang ada Master saja layak jadi cikgu. Masalah cikgu diuruskan oleh gurubesar sendiri secara individu.
  3. Tak ada sekolah baik atau tak baik. Konsep pendidikan adalah konsep berkerjasama dan bukan satu pertandingan. Jadi tak timbul nak lawan jadi sekolah terbaik atau tidak. Hanya jalinan kerjasama ditekankan bukan berlawan.
  4. Keperluan asas diberikan tekanan. Bukan gila skor A, bukan gila kelutusan cemerlang. Tapi yang diberikan keutamaan adalah keseimbangan dan mengadakan persekitaran yang membantu pembelajaran supaya faham dalam keadaan padang yang sama rata. Pendidikan jadi alat merapatkan perbezaan sosial. Makan untuk pelajar sama dan percuma. Bimbingan dan tunjuk ajar adalah secara individu untuk setiap pelajar.
  5. Mula masuk sekolah lebih lewat. Pelajar hanya perlu mula bersekolah pada umur 7 tahun. Kanak-kanak bawah 7 tahun dibiarkan supaya jadi kanak-kanak dan bukan robot menghafal. Mereka tak kejar hantar anak sekolah ketika umur 5 tahun. Dan tak kejar supaya anak pandai baca ketika umur 4 tahun. Tempoh wajib sekolah adalah selama 9 tahun. Selepas 15 tahun kalau nak sambung belajar adalah pilihan.
  6. Pilihan sambung belajar seterusnya adalah luas. Anda boleh sambung 3 tahun selepas tamat sekolah menengah dan ambil matrikulasi untuk ke Universiti. Kalau tak mahu boleh masuk vokasional berdasarkan kerjaya yang mereka minat dan masih ada peluang untuk ambil periksa masuk universiti.
  7. Sekolah mula lewat. Tak timbul isu terkejar-kejar dengan masa nak pergi sekolah awal. Habis sekolah agama kejar ke sekolah kebangsaan pulak dan sebagainya. Itu tak masuk lagi dengan program koko dan sebagainya. Findland mula sekolah pukul 9 ke 9.45 pagi dan tamat antara pukul 2 ke 2.45 petang. Masa rehat panjang agar pelajar sentiasa segar dan tak letih serta mengantuk.
  8. Guru yang sama dan arahan yang konsisten berdasarkan keperluan individu. Biasanya pelajar yang sama akan dididik oleh guru yang sama dalam tempoh 6 tahun. Cikgu dah jadi macam ahli keluarga pelajar dan tahu keperluan setiap pelajarnya.
  9. Suasana yang relaks dan damai. Pelajar tidak ditekan dan disusahkan. Mereka lebih damai relaks dan menikmati suasana persekolahan yang selesa dan menyeronokkan. Waktu kelas pulak tak banyak dan pelajar boleh break antara waktu kelas dengan bersantai, makan dan minum serta bersosial sesama mereka. Bukan saja untuk pelajar. Cikgu juga begitu arahnya. Mereka diberikan ruang selesa, bilik selesa untuk buat kerja dan bersosial sebagai manusia.
  10. Kerja rumah yang minima. Tak perlu kelas tambahan. Paling lama hanya 1 setengah jam saja diperlukan untuk kerja rumah. Semua kerja dan pembelajaran hanya diperlukan ketika dalam kelas saja.
Matlamat pendidikan yang mahu dicapai oleh negara Finland adalah supaya pelajar tidak kusut dengan tekanan nak skor atau nak jadi pelajar terbaik negara. Mereka diajar untuk memberikan perhatian penuh terhadap masalah paling utama sebagai seoran pelajar, iaitu bagaimana nak  membesar dan meningkat untuk jadi seorang manusia.

Jika berminat nak tahu konsep sistem pendidikan Finland, anda boleh rujuk kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 sebab sistem pendidikan Finland adalah yang terbaik di dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !