Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 4, 2018

Apa makanan yang baik dan sihat untuk orang yang dah tua?

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 4, 2018


Jumlah orang yang dah lanjut usianya kat dunia semakin bertambah.

Kalau dilihat dari maklumat yang dikeluarkan oleh United Nations, jumlah orang tua yang melebihi usia 60 tahun adalah seramai 962 juta orang. Ianya bersamaan dengan 13% daripada keseluruhan penduduk dunia.

Itu maklumat yang saya dapat untuk tahun 2017.

Daripada unjuran yang UN buat, dijangkakan jumlah orang tua akan bertambah menjadi i.4 billion pada tahun 2030. Jumlah itu akan bertambah lagi menjadi 2.1 billion menjelang tahun 2050 nanti.

Mereka membuat unjuran pertambahan jumlah orang tua di muka bumi ini sebanyak 3% setiap tahun. Jumlah orang tua paling ramai kat muka bmi ini ada di negara Eropah. Maklumat dari UN menyatakan jumlah orang tua melebihi 60 tahun di Eropah adalah sebanyak 25%.

Rujuk kat sini untuk maklumat orang tua kat dunia

Jumlah orang tua makin ramai

Jumlah orang tua yang makin ramai masih hidup atas muka bumi ini tidaklah menghairankan. Hampir di setiap negara di dunia mencatatkan pertambahan jumlah orang tua yang masih hidup.

Ini disebabkan kemajuan dari segi pengurusan kesihatan yang semakin lama semakin baik berlaku di setiap negara. Begitu juga di negara kita Malaysia. Kemudahan terhadap keperluan kesihatan rakyat negara kita semakin lama semakin baik.

Orang tua saya dulu meninggal dunia akibat serangan jantung. Akses kepada perubatan masa itu tak sebaik sekarang. Kalau arteri darah ke jantung anda tersumbat di era 80-an dahulu, kemungkinan untuk anda meninggal dunia adalah tinggi.

Ramai kawan-kawan yang lebih tua dari saya sekarang yang berjaya diselamatkan walaupun arteri tersumbat disebabkan ada akses kepada rawatan masalah jantung yang lebih mudah. Kos yang tinggi untuk rawatan jantung juga boleh diselesaikan dengan banyak cara sekarang.

Kalau ada duit sikit, pastikan anda beli perlindungan insuran. Kalau anda pencen kerja kerajaan, memang bernasib baik kalau terkena serangan jantung. Kalau anak anda pegawai kerajaan juga, memang ada kelebihan kalau terkena serangan jantung.

Umur panjang tak semestinya hidup sihat

Walaupun jumlah orang tua semakin ramai, itu bukanlah membawa maksud semua orang tua yang masih hidup sihat wal afiat.

Macam saya kata tadi, akses kepada perubatan membuatkan risiko kepada kematian mengejut semakin berkurangan. Kalau ajal belum sampai, kena serangan jantung boleh diselamatkan jika pantas ke hospital.

Begitu juga kalau kena kencing manis, ajal masih panjang, anda masih boleh diselamatkan melalui perubatan yang disediakan oleh kerajaan atau pihak swasta. Ada duit semua boleh diuruskan dengan pantas.

Ramai orang tua yang kena masalah kencing manis masih hidup, walaupun banyak anggota, terutamanya kaki telah dipotong.

Ada ramai orang tua yang kerjanya asyik masuk dan keluar hospital.

Sebab itu saya kata panjang umur bukan semestinya hidup sihat. Saya ada baca laporan lama dulu yang menyatakan orang tua kat Malaysia habiskan 15 tahun terakhir mereka dalam kesengsaraan kesihatan yang buruk.

Oleh itu perlu cari jalan bagaimana nak jadi orang tua dan dalam masa yang sama hidup sihat. Sekurang-kurangnya tidak hidup dengan menyusahkan orang lain.

Makanan yang sihat dan sesuai untuk orang tua

Kalau anda memang jaga kesihatan, jaga makan sejak muda, bagus... Alamdulillah.

Tapi kalau sekarang dah masuk usia 50 tahun atau lebih, dulu tak peduli sangat pasal kesihatan, seeloknya sekarang perlu ambil tahu pasal kesihatan.

Selain dari masukkan jadual bersenam dalam rutin kehidupan anda, perlu juga buat pilihan makanan yang sesuai supaya anda sihat dan tak susahkan anak-anak dan pasangan hidup. Jangan degil tak tahu pantang dalam bab makanan.

Lembutkan hati tu sikit dalam bab pantang makan makanan yang tidak sihat.

Oleh kerana umlah orang tua dah semakin bertambah, banyak kajian sekarang dilakukan untuk pastikan orang-orang tua yang masih hidup, jalani kehidupan yang sihat dan tak menyusahkan orang.

Kajian yang terbaru berkenaan bab makanan yang baik untuk orang tua membuktikan bahawa makanan Mediteranean adalah resepi makanan yang terbaik untuk orang tua.

Formulanya mudah sahaja. Berikut adalah resepi makanan mediteranean. Iaitu resepi yang menjadi amalan orang Greece, Selatan Itali dan Sepanyol. Mereka amalkan makanan berikut:
  1. Minyak zaitun - Mereka banyak makan makanan berasaskan minyak zaitun.
  2. Sayur - Pastikan anda masukkan menu sayuran yang banyak dalam pinggan makan anda.
  3. Kekacang dan buah - Ini juga perlu dijadikan menu utama atas meja makan anda
  4. Jumlah ikan yang sederhana - Lebihkan ikan dalam menu anda. Tapi dalam kuantiti yang sederhana.
  5. Wine dan produk tenusu - Salah satu menu orang Greece adalah wine (wain). Tapi orang Islam tak boleh belasah wain, jadi tak perlulah masukkan wain dalam menu anda. Anda boleh ikut menu prodk tenusu ke dalam menu.
  6. Kurangkan daging - Bila dah tua, elok kurangkan makan daging. Pilih ikan berbanding daging sebagai sumber protein anda.
Boleh rujuk pada gambar piramid makanan yang dipaparkan di bawah ini untuk rujukan makanan jenis mediteranean.

Kalau anda suka masak sendiri, google saja masakan atau resepi makanan mediteranean untuk anda buat kat rumah.

Anda boleh rujuk pautan kat sini untuk baca laporan tentang kajian makanan yang baik untuk orang tua.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa makanan yang baik dan sihat untuk orang yang dah tua?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !