Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 1, 2018

Kutip nombor IC dan buat salinan IC satu kesalahan bermula tahun depan - Singapura

  Mohd Shubhi       Saturday, September 1, 2018


Bermula tahun depan, negara jiran kita Singapura haramkan segala aktiviti untuk kutip nombor IC atau buat salinan IC orang ramai.

Dah tak boleh suka-suka ambil nombor IC orang, ambil nama dan buat satu salinan IC untuk tujuan rekod meiankan aktiviti tersebut dibenarkan dan diperlukan dalam undang-undang.

Semua itu adalah lanjutan dari undang-undang untuk menjaga maklumat peribadi orang ramai daripada disalah gunakan untuk tujuan yang tidak dibenarkan.

Kalau perlu ambil juga, dengan dibolehkan oleh undang-undang, maklumat peribadi tersebut wajib dipastikan terpelihara dengan baik dan tidak jatuh ke tangan orang lain atau organisi lain yang tidak berkaitan.

Baca laporannya kat sini.

Maklumat peribadi perlu dijaga

Bila akta yang sama akan dikuat kuasakan di negara kita Malaysia saya tak ada maklumat. Setakat ini, aktiviti kutip maklumat peribadi seperti nombor IC, buat salinan IC dan lain-lain seumpamanya berlaku dengan luas sekali dalam negara kita.

Organisai yang suka buat tawaran melancong dengan kumpulkan orang ramai di hotel-hotel mewah juga suka kutip maklumat peribadi ini. Mereka akan telefon anda tawarkan penginapan percuma di hotel tertentu.

Bila anda pergi saja mereka tunjukkan tawaran atau peluang melancong dengan harga istimewa dan sebagainya. Anda akan didaftarkan masuk geng dengan segala maklumat peribadi anda di kutip.

Pasaraya besar juga ada buat banyak tawaran. Biasanya dibiayai oleh syarikat besar dengan tawaran berbagai hadiah menarik. Anda perlu mendaftar, masukkan maklumat peribadi, letakkan nmbor telefon dan jawab beberapa soalan bodah mudah dijawab.

Satu cabutan bertuah akan dilakukan dan ada kemungkinan anda akan menang telefon pintar mahal.

Mungkin ada orang yang akan menang seorang dua. Tapi yang pastinya agensi atau organisasi itu dah berjaya kutip ribuan maklmat penting peribadi anda untuk tujuan yang hanya mereka sendiri tahu. Biasanya nak jadikan anda sasaran pelanggan produk atau tawaran mereka satu masa nanti.

Panggilan pembohong pihak berkuasa

Perkara paling berleluasa berlaku sekarang adalah mendapat panggilan secara tiba-tiba dari pihak berkuasa kononnya.

Anda akan diberitahu kononnya ada hutang tertunggak yang anda dah buat. Hutang bank atau pinjaman kenderaan atau apa saja yang boleh mereka belasah.

Kalau anda jenis yang cepat panik, maka akan masuk perangkap mereka.

Dengan mudah anda mula berikan maklumat peribadi seperti nama, nombor IC dan lain-lain lagi. Bila anda masuk perangkap, mereka akan tawarkan jalan penyelesaian mudah. Buka akaun semantara baru dan masukkan sedikit duit. Dah kena tipu... !

Lanjutan dari itu semua, kita perlu berhati-hati sekarang untuk berikan maklumat peribadi. Nama penuh, nombor IC, nombor telefon. Dan lebih-lebih lagi salinan IC. Jangan mudah sangat nak berikan pada orang atau organisasi.

Itu maklumat unik yang anda akan pakai seumur hidup sekali sahaja. Perlu dijaga dan tidak mudah diberikan sampai orang jadikan ianya more untuk aktiviti tidak sihat mereka.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kutip nombor IC dan buat salinan IC satu kesalahan bermula tahun depan - Singapura

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !