Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 19, 2018

Masyarakat Hikikomori - Satu masyarakat pelik yang wujud di Jepun, mungkin ada di Malaysia?

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 19, 2018


Pernah dengar tentang wujudnya satu jenis masyarakat yang dinamakan sebagai Hikikomori?

Tak pernah?

Saya juga baru pertama kali mendengar tentang masyarakat Hikikomori ini. Namanya mungkin baru. Tapi bila didalami apa dia masyarakat yang mengamalkan budaya Hikikomori ini, saya rasa memang di negara kita juga tentu ada golongan Hikikomori ini.

Apa dia masyarakat Hikikomori

Mungkin lebih tepat kalau kita katakan Himikomori ini adalah satu puak manusia pelik yang wujud unik di zaman moden penuh dengan cabaran ini.

Puak Hikikomori ini punya satu ciri-ciri asas yang sama iaitu mereka yang sentiasa mengelak dari berjumpa dan bergaul dengan manusia lain. Mereka hidup denga mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai.

Individu yang mengaalkan gaya hidup Hikikomori akan memerapkan diri mereka dalam rumah. Kalau kat negara Jepun, mereka akan terperap dalam apartment selama berbulan-bulan. Paling cepat, mereka akan kekal terperap duduk dalam apartment mereka selama 6 bulan.

Dalam tempoh 6 bulan, tanpa keluar dan mendedahkan diri mereka kepada orang lain, barulah mereka akan keluar sekejap sahaja untuk sesuatu urusan. Selepas itu, dia akan masuk balik perapkan diri dalam apartment untuk tempoh 6 bulan pula.

Ada yang lebih teruk. Mereka terperap dalam apartment selama berpuluh tahun tanpa keluar dan berinteraksi atau berhubung dengan orang lain secara bersemuka atau berdepan.

Individu Hikikomori ini tak mahu berdepan dengan manusia lain dan sentiasa mengelakkan diri mereka untuk bersendirian terperap dalam rumah. Mungkin ada juga yang akan sembunyi keluar di malam hari di mana manusia lain paling minimum. Keluar ke kedai 24 jam yang ada banyak di jepun untuk mendapatkan bekalan hidup mereka kemudiannya masuk menyorokkan diri semula.

Paling teruk, kat rumahpun mereka perapkan diri dalam bilik tidur mereka bersendirian. Bagi individu yang tinggal dengan ibubapa, mereka bergantung pada ibubapa mereka untuk makan dan minum serta keperluan lain untuk hidup.

Di Jepun, kebiasannya golongan ini sekarang adalah lingkungan unmur 30 ke 40-an.

Satu bancian yang mendedahkan budaya Hikikomori mengesan golongan mereka yang berumur antara 15 ke 30 tahun. Mereka tak keluar rumah dan berinteraksi dengan manusia lain dari 3 ke 7 tahun.

Yang paling mengejutkan, mungkin terdapat seramai lebih kurang 700 ribu orang puak Hikikomori di negara Jepun!. Anda boleh baca maklumat kat sini untuk megetahuinya lebih lanjut.

Punca jadi individu Hikikomori?

Tekanan hidup dari segi pendidikan dan kerjaya membuatkan mereka jadi Hikikomori. Budaya orang Jepun yang unik juga mainkan peranan. Mereka amat ambil berat pasal etika dan status diri. Banyak pantang larang dan ditambah dengan persaingan hidup moden menjadikan mereka lebih tertekan dan mengasingkan diri dari manusia lain.

Hikikomori di Malaysia

Bila baca cerita puak Hikikomori kat Jepun itu, saya terfikirkan samada wujud atau tidak orang Malaysia yang amalkan budaya Hikikomori.

Saya teringat seorang kawan yang saya kenal lama dulu yang sentiasa terperap asingkan diri dari jumpa orang ramai. Dia akan duduk perapkan diri dalam bilik kerjanya kadangkala sampai lebih sebulan.

Sekali sekala dia muncul. Biasanya bila saya perpeluang jumpa, dia kelihatan pucat macam tak ada darah. Jari jemarinya kelihatan menggigil dan komunikasinya kurang lancar. Bila tengok begitu, saya pasti yang dia baru saja keluar setelah perapkan diri sebulan dua. Dan biasanya dia mengiyakannya.

Ada juga kenalan saya kat duduk kat kampung dulu yang lebih kurang sama. Dia singkan diri dari orang ramai. Terperap dalam rumah, dalam bilik tidur. Dia akan duduk dalam kelambu mengamalkan wirid dari ajaran sufi yang mahu diamalkannya.

Ada juga golongan sufi yang wujud kat negara kita amalkan budaya bersuluk. Ini juga satu amalan mengasingkan diri dari manusia lain. Duduk bersendirian berwirid untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Biasanya mereka amalkan Tarekat tertentu.

Mungkin duduk bersuluk selama seminggu atau puluhan hari.

Mungkin ada ramai lagi puak Hikikomori kat negara kita yang tidak diambil perhatian oleh kerajaan dan masyarakat.

Dalam dunia sekarang, anda boleh saja jadi seorang Hikikomori dan menjana pendapatan melalui internet. Buat kerja sambilan secara online yang memang ada banyak kalau anda rajin mencari. Di jepun juga lebih kurang sama. Mereka akan buat kerja part time secara online untuk kekal hidup secara mengasingkan diri.

Satu lagi puak Hikikomori yang saya rasa wujud kat negara kita Malaysia adalah mereka yang terperangkap kutip duit orang untuk main Forex. Dengan andaian boleh jana duit dengan mudah dan banyak.

Mereka akan yakinkan orang ramai dari kalangan saudara mara dan kawan-kawan untuk kutip duit supaya modal melabur jadi besar. Ada kawan saya yang dah terjerat buat macam itu dan berakhir dengan hutang melebihi setengah juta.

Untuk mengelakkan diri dari tekanan orang minta duit balik, dia amalkan gaya hidup Hikikomori. Dia mula asingkan diri dari semua orang termasuk saudara mara dan kawan-kawan terperap dalam rumah.

Apapun sebabnya orang jadi puak Hikikomori, yang pastinya ia adalah satu fenomena pelik yang melanda manusia di zaman moden.

Namun begitu, setakat ini saya masih belum jumpa individu Hikikomori yang asingkan diri dari manusia lain sampai 3 ke 4 tahun. Kalau anda ada maklumat, bolehlah kongsikannya kat ruang komen di bawah ini.

Anda boleh baca dokumentari dan paparan gambar pasal puak Hikikomori di Jepun dari sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masyarakat Hikikomori - Satu masyarakat pelik yang wujud di Jepun, mungkin ada di Malaysia?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !