Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 13, 2018

10 perkara tentang lalat yang tentu anda tak terfikir selama ini

  Mohd Shubhi       Thursday, December 13, 2018

Pernah duduk dalam kereta sedang memandu dan ada seekor lalat sedang berlegar-legar terbang dalam kereta anda itu?

Biasanya kalau jadi macam tu, perkara pertama yang anda akan buat, tentu, buka cermin tingkap. Matlamatnya supaya lalat itu dapat dihalau keluar dari kereta anda.

Lalat memang makhluk pengacau. Tak ada sesiapa yang suka kehadiran lalat. Kalau anda buka kedai makan, ada banyak lalat, ia mampu membuatkan perniagaan anda rosak. Pelanggan akan lari kalau ada banyak lalat kat kedai makan.

Walau bagaimanapun, lalat sebenarnya memang makhluk yang amat menarik jika diperhatikan. Cara dia terbang, makan, membiak dan lain-lain memang berbeza dan seronok untuk dikaji.

Berikut dikongsikan 10 fakta tentang lalat. Mungkin anda dah tahu sebelum ini, sebab pernah belajar pasal lalat. Mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini, malah tak pernah terfikirkan pun begitu rupanya lalat ...

1. Lalat hanya boleh makan benda cecair

Mungkin anda tak sedar perkara ini. Sebab sebagai manusia, ramai yang tak sedar bahawa dia boleh belasah makan apa saja. Benda keras, lembut atau air. Semua boleh dibedal oleh manusia.

Tapi lalat hanya boleh makan benda cecair saja. Dia tak ada mulut macam manusia. Anggota makannya hanya direka dengan bentuk yang membolehkan lalat makan benda cecair saja. Kalau dia jumpa makanan cecair, dia terus slurpppp hisap.

Tapi kenapa lalat singgah pada makanan pepejal?

Macam mana dia makan makanan pepejal tu?

Kalau makanan pepejal, lalat akan muntahkan cecair penghadam pada makanan pepejal tersebut. Pepajal itu akan berpecah, larut kepada saiz yang lebih kecil dan akhirnya dia akan boleh minum dengan menggunakan belalainya.

2. Macam mana lalat rasa makanan?

Ini mungkin anda tak pernah terfikir. Lalat boleh rasa makanan dengan kaki. Ada deria rasa pada kaki lalat tu.

Bila dia singgah makanan yang lazat, dia terus dapat rasa kelazatannya. Sebab itu bila lalat landing, dia kelihatan akan merayau ke sana ke mari. Bukan merapa tak nampak. Tapi sebenarnya tengah menikmati kelazatan rasa makanan yang dia baru singgah itu.

Bila dah puas rasa, baru dia minum.

3. Lalat memang lepas berak

Tahukah anda yang lalat memang suka berak. Malah dia sangat kerap melepas berak. Ini disebabkan makanannya adalah dalam bentuk cecair, maka sistem pencernaannya membuatkan lalat mudah dan selalu berak.

Dikatakan lalat akan lepas berak setiap kali dia singgah. Sekalipun kat makanannya sendiri!

4. Lalat sebab penyakit

Tadi saya ada beritahu lalat boleh rasa lezatan makanannya hanya dengan kaki sahaja. Tapi... apa dia makanan lazat bagi lalat tu?

Makanan yang lazat bagi lalat antaranya adalah najis, bangkai dan lain-lain seumpamanya. Ada banyak bakteria merbahaya pada semua makanan kegemaran lalat tu seperti Salmonella dan E Coli.

jadi bila dia kerap singgah pada benda banyak bakteris tu, dia akan sebarkan bakteria di merata tempat di mana dia singgah. Sebab itu lalat amat merbahaya dan tak boleh dibuat main-main.

5. Lalat boleh jalan terbalik

Mungkin anda tahu tapi tak perasan. Memang lalat boleh jalan atas tempat rata, tempat tegak, malah secara terbalik di atas siling.

Pada kaki lalat ada macam bulu dan bahan yang boleh melekat kuat memegang tempat yang dia pijak. Jadi dia jalan kot manapun mudah saja.

6. Boleh tengok 360 darjah

Mata lalat tak boleh bergerakpun macam mata kita ke kiri atau ke kanan. Tapi kita boleh tengok dan nampak kat depan saja. Kalau nak tengok kat belakang kena kalih belakang.

Tapi lalat relaks saja tak perlu nak kalih kiri atau kanan. Dia boleh nampak semua 360 darjah! Sebab itu memang susah nak penyet lalat secara diam-diam.

7. Lalat pendek umur

Nasib baik lalat jenis makhluk pendek umur. Dia akan hidup dalam lingkungan 30 hari saja.

Tapi walaupun tak lama, dia akan menetaskan telur dalam lingkungan 500 biji dalam tempoh tersebut. Bayangakan kalau semua telur tu menetaskan lalat semula!

8. Bertindak pantas macam kilat

Memang susah nak libas lalat sebab dia teramat pantas bertindak. Kita bertindak berdasarkan maklumat yang diproses oleh otak. Deria seperti mata akan berikan maklumat kepada otak, lepas itu barulah jika perlu otak akan berikan arahan untuk bertindak.

Otak kita mampu proses dalam 60 imej untuk satu saat. Itupun kita dah kira cepat bertindak juga dah tu.

Tapi bayangkan lalat, dia boleh proses dalam 250 imej sesaat. Sebab itu dia punya reflek super pantas!!!

9. Membiak secara kotor

Ini perangai lalat yang dah tak boleh buat apa-apa lagi. Dia suka lepaskan telur pada benda kotor seperti najis, bangkai, atau buah busuk. Tempat itu yang dia suka sangat biarkan ulat taik menetas dan membesar untuk jadi lalat.

Sebabnya mudah saja.

Dia nak pastikan ulat taik tu mudah dapat makanan!.

10. Lalat jantan sentiasa buru pasangan

Selain dari peka pada makanan dan keadaan sekelilingtnya. Mata lalat yang boleh tengok 360 darjah itu juga ada keupayaan khas untuk kesan pasangannya untuk bersenyawa. Ini dah jadi automatik sebagai kerja lalat jantan.

Dia mampu kesan pasangan samada ketika landing mahupun ketika terbang atas udara. Malah dia boleh terpa dan tikam pasangannya untuk bersenyawa atau udara secara tepat dengan bantuan sensor kat mata tu.

Demikianlah sedikit maklumat tentang lalat yang menarik.

Jika anda perlukan khidmat kawalan lalat atau serangga perosak lain, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd. Whatsapp atau telefon Joe 019-2300665 atau Siti 012-2067357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 perkara tentang lalat yang tentu anda tak terfikir selama ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !