Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 11, 2018

Kasut terbaik untuk manusia adalah berkaki ayam tanpa kasut - Kajian

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 11, 2018


Apa jenis kasut yang terbaik untuk manusia?

Tak payah nak fikir panjang-panjang. Jawapannya adalah kaki ayam. Tak payah pakai kasut adalah fesyen paling bagus dan paling sesuai untuk kita manusia.

Kalau dilihat pada bahagian tapak kaki saja, kita akan faham kenapa tak pakai kasut jauh lebih baik. Tapak kaki bila makin banyak diguna pakai secara bogel, ertinya tak pakai kasut, akan jadi semakin keras dan tahan lasak.

Tapi malangnya keupayaan itu telah lama hilang pada kebanyakan manusia sekarang.

Kasut membuatkan kaki manusia jadi makin lama makin lemah.

Iklan pembohong kusyen kasut jaga kaki

Semua orang dah kena tipu dengan iklan komersial kasut mahal yang kononnya direka khas untuk jaga kaki kita.

Kasut yang dijual untuk orang yang suka jogging akan diberikan kusyen yang lembut. Ikut bentuk tapak kaki. Matlamatnya adalah untuk kurangkan daya hentakkan semasa berlari.

Semua penjual kasut dakwa kasut mereka lebih baik kusyennya dan tapak lembut itu boleh selamatkan kaki pelari.

Tapi malangnya kajian menunjukkan sebaliknya.

Dalam kajian terbaru. Mereka bandingkan pelari yang pakai kasut bisa berbanding pelari yang pakai kasut yang ada ekstra kusyen yang meresapkan daya hentakan kaki bila lari.

Hasilnya mendapati, kasut konvensional biasa tu adalah lebih baik berbanding kasut yang ada ekstra kusyen. Ekstra kusyen pada tapak kasut meningkatkan lagi risiko mendapat kecederaan pada pelari. Boleh rujuk maklumat kajian tersebut kat sini.

Lagi maklumat pasal kasut kat video bawah ni..



Orang Malaysia tak perlu pakai kasut kulit

Secara logiknya pemakaian kasut selama ni hanya lebih kepada status atau penampilan sahaja berbanding keperluan.

Orang yang pakai kasut kulit lebih nampak bergaya dan berketrampilan. Kalau pakai sandal atau kalau pakai kasut selipar, nampak selekeh dan tak ada status. Malah ada tempat yang dilarang pengunjung pakai kasul sandal atau selipar.

Pakai selipar dianggap pemakaiaj tidak formal.

Kalau kat negara sejuk mungkin masih bleh diterima pakai. Begitu juga kalau di kawasan pembinaan yang ada rsiko benda tajam atau berat timpa kaki.

Tapi kalau kat Malaysia yang cuaca panas lembab, pakai kasut penuh tutup habis semua kaki lansung tak praktikal dan tak ada guna lansung.

Rakyat Malaysia sepatutnya digalakkan semula untuk pakai kasut capal yang diperbuat dari kulit original tu. Itu kasut yang amat sesuai untuk orang Malaysia. Tak banyak kusyen dan tak sempitkan ruang pergerakan segala tulang dan otot yang ada pada kaki kita.

Pada kaki kita ada sebanyak 26 tulang, 33 sambungan sendi yang dihubungkan oleh lebih 100 otot, ligamen dan tendon.

Dan setiap hari, kesemua yang ada pada kaki kita tu diselitkan masuk ke dalam kasut ketat yang tak ada banyak ruang untuk bergerak dan bernafas. kaki berbau busuk bila buka kasut sebab berpeluh. Rasa kebas, sakit, tak selesa. Tapi kita masih tetap amalkan sampai akhirnya kaki jadi cacat tidak sepatutnya.

Saya dari dulu sentiasa amalkan pakai selipar atau sandal biasa. Naik kapal terbang, naik kereta, pergi pejabat, atau pegi jalan-jalan window shopping, selipar atau nak elok sikit sandal akan jadi pilihan. yang pentingnya selesa dan banyak pergerakan pada semua tulang dan otot kaki tu.

Anda bagaimana pula?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kasut terbaik untuk manusia adalah berkaki ayam tanpa kasut - Kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !