Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 5, 2018

Tahukah anda yang Kes Demam Denggi meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 2014 !

  Mohd Shubhi       Monday, February 5, 2018



Kementerian kesihatan baru-baru ini kata kes demam denggi nampaknya semakin berkurang berdasarkan data 4 minggu pertama tahun baru 2018. Hebat dan kagum dengan kesungguhan para pegawai kesihatan negara kita yang pantau semua kes demam denggi dengan begitu serius sekali.

Setiap tahun, mereka akan pantau perkembangan kes demam denggi pada tempoh awal 4 minggu pertama selepas bermulanya tahun baru. Sampai macam itu mereka nak tengok.

  • Pada tahun 2016, kes kematian akibat demam denggi pada 4 minggu pertama adalah seramai 32 orang.
  • Masuk tahun 2017 pula, dalam tempoh 4 minggu pertama, terdapat seramai 19 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi.
  • Dan tahun 2018 ini, setelah tamat 4 minggu pertama, kementerian kesihatan tengok lagi jumlah kematian akibat demam denggi. Dan didapati seramai 11 orang telah meninggal dunia akibat denggi.
Rumusannya, kes kematian akibat demam denggi dilihat makin berkurangan sejak 3 tahun yang lalu. Hanya 11 orang saja yang meninggal tahun ini dalam tempoh 4 minggu pertama tahun baru.

Diharapkan angka penurunan itu menjadi trend kes demam denggi sampai habis tahun 2018 nanti. Insyaallah.

Kes denggi berganda sejak 2014

Ramai yang mungkin tak berapa perasan jumlah kes demam denggi di negara kita secara tiba-tiba mencanak nak sehingga lebih dua kali ganda pada tahun 2014.

Data sebelum tahun 2014 menunjukkan bahawa kes demam denggi berada dalam lingkungan jumlah antara 20 ribu ke 50 ribu kes sahaja setahun. Itu data sejak tahun 2008.

Tetapi sebaik saja masuk tahun 2014, kes demam denggi tiba-tiba mencanak naik begitu tinggi sehingga lebih dari 2 kali ganda. Kes denggi pada tahun 2014 adalah berjumlah 108,698 kes sedangkan sebelum itu pada tahun 2013, kes denggi hanyalah sebanyak 43,346 ke sahaja.

Tengok carta peningkatan kes demam denggi dan jumlah kematian yang berlaku sejak tahun 2008 sampai tahun 2017 kat bawah ni.

Benteras denggi bukan tugas kerajaan saja

Kes demam denggi sebagaimana semua orang tahu berpunca daripada nyamuk Aedes. Nyamuk tersebut menjadi agen pembawa virus tersebut ke dalam tubuh badan manusia. Bila kena hisap darah dengan nyamuk denggi yang ada virus tu, maka anda ada potensi untuk kena demam denggi.

Masalah paling utamanya dalam kes demam denggi ini adalah ianya tak ada ubat. Badan kita sendiri terpaksa cari jalan untuk pulih daripada serangan demam denggi tersebut.

Tak ada vaksin atau antidot untuk halang demam denggi ini lagi walaupun negara Filipina sedang mencuba vaksin denggi yang dikatakan berkesan yang baru di reka, tapi nampaknya masih ada masalah dengan vaksin itu kat sana.

Jadi jalan terbaik adalah berusaha untuk hapuskan pembiakan nyamuk aedes. Sebab itu ada banyak aktiviti bubuh racun jentik-jentik pada air bertakung. Juga ada banyak aktiviti fogging untuk bunuh nyamuk aedes dewasa.

Tapi itu masih belum cukup. Semua orang kat negara kita perlu hapuskan empat berpotensi untuk nyamuk aedes membiak. Di mana saja ada kemungkinan untuk air bertakung, di situ ada potensi nyamuk aedes bertelur dan membiak. Tambah lagi di kawasan terlincung dari panas terik mata hari.

Tabiat suka buang sampah perlu dihentikan. Buang sampah dari kenderaan, buang sampah ketika berjalan, ketika kat taman dan sebagainya adalah sikap mahu membunuh diri secara perlahan-lahan. Sila hentikan perangai pengotor dan gantikan dengan sikap suka bersih dan kemas rapi.

"Jika anda perlukan khidmat Fogging dan bubuh ubat jentik-jentik di taman tempat anda tinggal, hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd, call 012-2067357 untuk maklumat lanjut."
Sumber maklumat dari The Malay Mail

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tahukah anda yang Kes Demam Denggi meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 2014 !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !