Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 7, 2018

Memang ada cikgu yang boleh hancurkan hidup anak murid mereka

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 7, 2018



Sedih dengan apa yang berlaku dalam kes M Vasanthapiriya. Seorang pelajar Tingkatan 3 yang mati selepas berlaku cubaan bunuh diri. Daripada cerita yang dilaporkan dia bunuh diri sebab sedih dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.

Bertambah sedih lagi apabila membaca nota yang ditulis oleh pelajar tersebut.
“Cikgu saya tak curi telefon cikgu. Terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih nenek kerana menjaga saya selama ini. Saya benar-benar minta maaf,”
Nampak sangat betapa syahdunya adik M Vasanthapiriya. Betapa dia tak tahan dengan perasaan hebat yang tidak menentu bergelora dalam jiwanya sebak dituduh melakukan sesuatau yang dia memang tak buat.

Remaja yang masih muda sedemikian, perempuan lagi, dan saya yakin merupakan seorang anak yang baik dan menjadi harapan ibubapanya. Sudah tentu remuk hiba habis perasaannya diperbuat sedemikian. Oleh guru pulak tu, insan yang dia sudah tentu hormat.

Kes terpencil tapi perlu diberikan perhatian

Mungkin bagi orang yang realistik, akan kata itu hanyalah kes terpencil. Berlaku sekali sekala dan tak boleh dipukul rata sebagai amalan biasa.

Betul memang kes terpencil. Tapi kes terpencil sampai melibatkan kematian yang sia-sia tidak boleh dipandang ringan. Tak boleh dibiarkan berlaku lagi walau dengan apa cara sekalipun. Perlu ditutup segala ruang yang membolehkan perkara itu berulang.

Larangan bawa phone ke kelas

Lanjutan dari kes tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan ulang sebut pasal larangan bawa phone ke dalam kelas ketika mengajar kepada para guru. Serius memang saya tak tahu adanya larangan sedemikian!

Pelik juga kenapa nak larang guru dalam perubahan dunia teknologi yang serba canggih sekarang. Anak-anak saya juga sering terpaksa guna phone mak bapak mereka untuk mendapat mesej atau Whatsapp dari guru yang kadang kala berkomunikasi tentang kerja sekolah memalui smart phone.

Ya! pelajar perlu mula didedahkan dengan keupayaan teknologi supaya mereka tidak ketinggalan. Jadi kenapa nak kena larang cikgu bawa phone hanya disebabkan kes hilang phone itu membawa kepada seorang pelajar bunuh diri.

Saya dapat tahu juga kementerian ada edarkan smartphone pada para guru untuk digunakan dalam urusan pendidikan dan pelajaran mereka. Jadi nampak macam ada sesuatu yang tak berpa nak kena kat situ. Berikan benda yang dilarang kepada guru untuk digunakan dalam keadaan ada larangan dari menggunakan benda tersebut. Apa punya pening nih!.

Memang ada cikgu mangkaq

Kalau kes kematian pelajar sebab kecewa dituduh curi phone itu adalah terpencil, kewujudan guru yang tak layak jadi guru juga memang ada walaupun masih masuk dalam kategori terpencil.

Tapi memang ada guru yang boleh merosakkan kehidupan para pelajar dengan sikap mereka yang boleh dianggap sebagai mangkaq dan tak layak jadi guru.

Masa saya sekolah menengah dulu memang ada seorang guru yang saya masih ingat sampai sekarang. Dia mengajar matapelajaran sains. Terus terang saya memang amat suka cara dia mengajar sebab pelajaran itu disampaikan dengan amat baik da menarik.

Ada sekali peristiwa ketika tingkatan dua kalau saya tak silap, saya pergi solat dan agak lewat masuk ke kelas berdasarkan cikgu tersebut. Dia tuduh saya sengaja melewatkan dan melengahkan diri dengan menggunakan solat sebagai alasan. Dia denda saya.

Saya tak kisah sebab memang saya jenis degil yang tak mudah nak menyerah kalah. Kalau dia kata saya salah, setelah saya cuba pertahankan, lantak dialah. Baik atau buruk apa yang saya buta bukan orang lain yang nak tentukan.

Yang paling penting apa penilaian saya sendiri. Apa guna seronok bangga dipuji dan dipuja jutaan orang yang anggap kita buat benda baik sedangkan hakikatnya benda yang dibuat itu adalah bodoh. Jadi kebijaksanaan diri sendiri lebih penting dari ditentukan oleh sejuta orang lain.

Sejak dari situ, cikgu itu sentiasa cari pasal dan tidak lansung percayakan saya. Kalau saya lulur periksa dia tuduh saya tiru. Apa saja yang saya buat dia lansung tidak percaya dan sentiasa memangdang rendah pada saya.

Memang terasa juga tapi macam orang kampung saya kata, biaq pi mampuih kat dia lah.

Hakikatnya memang ada ckgu yang memang tak layaka jadi cikgu. Berdendam dan bukan berusaha untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada para pelajarnya. Mereka jenis tak bersabar dan punya perangai buruk yang jika siap hari bulan akan hancurkan pelajar yang lemah.

Itulah yang berlaku dalam kes M Vasanthapiriya ! iPhone 6 dianggapnya terlalu hebat dan dia buang masa paksa pelajar mengaku sedangkan dia hanya mengandaikan sahaja phone tersebut dicuri oleh pelajar tersebut sedangkan dia sendiri tak ada bukti.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Memang ada cikgu yang boleh hancurkan hidup anak murid mereka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !