Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 15, 2018

Carta 149 negara paling kaya, sihat, bahagia dan aman makmur di seluruh dunia 2018

  Mohd Shubhi       Saturday, December 15, 2018

Dalam banyak-banyak negara kat seluruh dunia sekarang ini, agak-agaknya negara manakah paling kaya, sihat, bahagia dan aman makmur?

Soalan yang kedua yang juga menarik untuk diketahui adalah negara kita Malayia duduk kat tingkatan ke berapa dalam senarai carta negara paling kaya, sihat, bahagia dan aman makmur tu?

Dan sudah tentu menarik juga nak tahu negara mana paling tercorot di dalam senarai. Ertinya negara yang paling tak kaya, paling tak sihat, tak bahagia dan tak aman makmur!

Carta negara aman makmur 2018

Carta ini menarik sebab dia bukan saja ukur kekayaan sesebuah negara dari segi harta benda dan wang ringgit. Itu saja tak cukup untuk menjadikan sesebuah negara hebat buat manusia terutamanya untuk rakyatnya.

Kajian untuk menentukan kemakmuran sesebuah negara ni juga ambil kira status kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan negara tersebut. Jadi ianya lebih menyeluruh untuk menjadikan sesebuah negara aman makmur kaya raya.

Kajian dibuat oleh Legatum Institute, sebuah pertubuhan berasaskan kebajikan yang berpusat di London. Fokus mereka adalah untuk membebaskan manusia atas mukabumi ini keluar dari jurang kemiskinan.

Keluar dari kemiskinan menuju kemakmuran. Punyalah baik usaha mereka ni. Supaya manusia dapat menjadi manusia yang mampu menggunakan potensi yang ada pada mereka semaksimum mungkin.

10 negara paling makmur dunia 2018

Carta yang sama dikeluarkan setiap tahun. Ini adalah carta terkini yang dikeluarkan pada bulan lepas. Saya senaraikan 10 negara dengan kedudukan paling baik kat bawah ni. Nanti saya berikan pautan untuk carta keseluruhan bersama dengan laporan lengkapnya di hujung posting ini.
  1. Norway
  2. New Zealand
  3. Finland
  4. Switzerland
  5. Denmark
  6. Sweden
  7. United Kingdom
  8. Kanada
  9. Netherland
  10. Ireland
Negara kita Malaysia duduk di tangga ke-44. Jatuh dua anak tangga berbanding tahun yang lalu. Kekuatan kita paling baik adalah dari segi kualiti ekonomi. Dan pencapaian paling burik buruk negara kita adalah dalam bab kebebasan peribadi.

Negara jiran Singapura seperti biasa lebih baik dari negara kita. Dia duduk di tangga ke-21. Masalah yang tarik Singapura ke kedudukan tak baik hanyalah dari segi kebebasan peribadi dan persekitaran alam semula jadi yang rendah.

Yang amat menarik adalah pada satu lagi negara jiran, Indonesia. Negara itu naik 10 anak tangga dari 59 pada tahun 2017 kepada kedudukan ke-49 tahun ini. Banyak perubahan yang ketara dilakukan oleh Indonesia untuk memakmurkan negaranya.

Negara Turki yang ramai kawan-kawan muslim kita banggakan sangat tu duduk di tangga ke-93 dari keseluruhan 149 negara lain. Turki lemah dari segi keupayaan penduduk, kebebasan peribadi dan kestabilan serta selamatan negara.

Anda boleh baca laporan lengkap kajian untuk menghasilkan carta itu pada pautan kat sini. Samada suka atau tidak, saya rasa apa yang dilakukan oleh institute itu amat baik dan dituntut dalam agama. Banyak yang boleh kita pelajari dari mereka.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Carta 149 negara paling kaya, sihat, bahagia dan aman makmur di seluruh dunia 2018

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !