Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 8, 2019

Cara-cara untuk selesaikan masalah kelawar dari rumah anda

  Mohd Shubhi       Friday, February 8, 2019

Jika anda tinggal di kawasan kampung yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rumah anda akan di masuki kelawar.

Masalah akan bertambah teruk kalau Kelawar jadikan rumah anda sebagai tempat penginapan dan pembiakkan mereka.

Tapi jangan risau sangat. Secara umumnya, Kelawar bukanlah sejenis binatang atau makhluk yang ganas dan merbahaya.

Cuma ada kalanya anda mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita karut tentang Kelawar. Tambahan pula dengan rupanya yang menggerunkan, membuatkan anda jadi fobia dengan binatang yang bernama Kelawar ini.

Kelawar tak berapa merbahaya

Kelawar merupakan sejenis haiwan mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera

Chiroptera merupakan satu perkataan yang berasal dari Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'.

Terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia.

70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai utama makanan mereka. Manakala baki 30% dari lain-lain jenis Kelawar menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama.

Di Malaysia, jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan 'Keluang'

Daripada maklumat di atas ternyata Kelawar tidak membahayakan manusia.

Malah tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan, sebenarnya banyak membantu para petani. Sebab kebanyakan serangga yang menjadi makanan Kelawar, merupakan serangga perosak kepada tumbuh-tubuhan yang ditanam para petani.

Bagi Keluang, yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan pokok buah-buahan.  Hasil buah pekebun akan dimakan dan dirosakkan oleh Keluang.

Penyakit yang dibawa oleh Kelawar

Dari segi penyakit berjangkit bawaan pula, Kelawar mempunyai rekod membawa penyakit 'anjing gila'.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan Kelawar yang bertindak luar daripada kebiasaan. Seperti kelawar yang terbang rendah sekitar lantai atau duduk rehat di bawah.

Kelawar kadangkala menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan mereka. Ini mendatangkan masalah besar. Najis serta air kencingnya boleh merosakkan dinding serta mendatangkan bau yang sungguh tidak menyenangkan.

Bau yang melekat pada dinding dan lantai akan menarik serangga perosak lain untuk datang. Ia juga akan menarik perhatian kelawar lain untuk datang ke tempat tersebut.

Kelawar yang duduk di loteng rumah akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Kelawar akan sering mencakar dan membuat bising di atas loteng tu.

Kesan dari najis Kelawar di rumah anda

Najis yang dikeluarkan Kelawar dan berkumpul di sekitar tempat duduknya akan menghasilkan sejenis Kulat. Spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya.

Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan seperti lelah dan lain-lain penyakit seumpamanya.

Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti anda tidak dapat menerima kehadiran Kelawar.

Satu usaha mestilah dilakukan untuk menghalau Kelawar. Anda perlu pastikan supaya rumah anda tidak dijadikan sebagai sarang tempat pembiakan kelawar.

Cara kawal Kelawar dari rumah anda

Untuk selesaikan masalah kelawar ini ia melibatkan dua langkah utama.
  • Menghalau kelawar yang ada jauh daripada rumah anda
  • Menghalang kemasukan semula Kelawar ke dalam rumah anda
Kebiasaanya kelawar akan bersarang di kawasan loteng atau bahagian antara bumbung dan siling di atas rumah anda.

Kalau anda tinggal dalam rumah lama yang diperbuat dari kayu dengan rekabentuk tradisi lama, mungkin siling tak ada. Kayu yang bersilang banyak kat atas alang rumah tu memang jadi kegemaran kelawar bersarang.

Lakukan pemeriksaan masalah Kelawar

Sebelum ambil sebarang tindakan, pastikan anda lakukan pemeriksaan rapi terlebih dahulu. Ini bagi mengenal pasti perkara-perkara seperti berikut:
  1. Kesemua laluan keluar dan masuk kelawar di dalam rumah anda
  2. Segala kerosakan struktur yang ada pada kawasan di tempat di mana kelawar jadikan sarang mereka
  3. Lokasi sebenar di dalam bangunan di mana Kelawar jadikan sarang.
  4. Berapakah saiz kumpulan kelawar yang bersarang di dalam rumah anda itu. Mungkin hanya sepasang. Atau lebih teruk lagi kalau ada sampai ratusan ekor.
  5. Apakah spesis kelawar yang bersarang di situ.

Waktu yang sesuai untuk pemeriksaan Kelawar


Pemeriksaan elok di lakukan dua kali pada masa yang berbeza.
  • Pada waktu senja di mana Kelawar mula muncul. Ini untuk mengesan kawasan kemasukan dan keluar kelawar tersebut. 
  • Pada waktu siang di mana kelawar sedang berehat di tempatnya. Ini bagi menentukan keadaan kawasan yang diduduki oleh kelawar tersebut. Pastikan samada ada ruang yang cukup untuk anda lakukan kerja pencegahan dan sebagainya.
Sebolehnya lebih daripada dua orang diperlukan sewaktu melakukan kerja-kerja pemeriksaan. Supaya anda tidak terlepas pandang segenap kawasan yang ada sarang kelawar. Juga supaya keselamatan anda lebih terjamin.

Antara kelengkapan yang perlu anda sediakan dan guna ketika melakukan pemeriksaan termasuklah topi keras keselamatan, lampu suluh, pakaian coverall, penutup pernafasan daripada habuk dan sarung tangan kulit.

Langkah Kawalan Kelawar

Langkah kawalan terbaik adalah dengan menutup segala laluan masuk dan keluar kelawar dari bangunan rumah anda.

Halang terus kelawar dari masuk ke dalam rumah anda itu.

Sebelum nak tutup tu, pastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah. Kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.

Anda boleh menutup ruang terbuka pada loteng atau bumbung dengan menggunakan plastik tebal atau jaring atau apa-apa sahaja yang dapat menghalang kelawar dari masuk ke tempat tersebut.

Ingat!, Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada. Gangguan anda boleh mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah.

Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'.

Jika bukaan ruang loteng atau bumbung rumah anda besar, boleh gunakan plastik atau jaring yang dipasang pada bahagian atas dan lepaskan bebas di bahagian bawah. Jangan paku.

Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu.

Setelah tiada lagi kelawar, barulah anda boleh menutup terus ruang itu dengan paku atau pin.

Bahan kimia untuk kawalan Kelawar

Terdapat sejenis bahan kimia yang boleh digunakan bagi menghalau kelawar. Bahan kimia itu namanya Naphthalene.

Tentu anda biasa melihat bahan kimia atau ubat penghalau ini digunakan di tandas-tandas dalam berbagai bentuk yang digantung pada kawasan dalam tandas.

Ubat ini digunakan bagi menghalau serangga seperti lipas.

Bahan ini sebenarnya mampu menghalau kelawar tetapi dengan syarat kawasan tersebut hendaklah tertutup dan kurang laluan udara.

Ini bagi membolehkan udara di penuhi dengan bau Naphthalene tersebut dan seterusnya menghalang Kelawar dari memasuki kawasan itu.

Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar. Tapi apa salahnya jika anda cuba terlebih dahulu, mungkin berkesan di rumah anda.

Kawal Kelawar dengan lampu

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan adalah dengan memasang lampu yang cerah pada kawasan Kelawar bersarang di rumah anda itu.

Jika kawasannya tidak luas dan kos memasang lampu tidak tinggi, maka ia boleh dijadikan satu cara mengawal kelawar yang mudah dan berkesan.

Kawal kelawar dengan alat elektronik

Ada tawaran dan dakwaan bahawa peralatan ultrasonik boleh digunakan dan berkesan bagi menghalau kelawar dan juga haiwan lain seperti tikus.

Namun secara paraktikalnya masih tiada lagi peralatan seumpama itu yang mampu menghalang kelawar atau lain-lain haiwan dengan berkesan. Anda boleh cuba dan lihat samada ianya berkesan di rumah anda atau tidak. Tak salah untuk mencuba.

Khidmat kawalan Kelawar profesional

Jika rumah anda tinggi dan besar, dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat syarikat kawalan makhluk perosak yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah kelawar anda dengan lebih sempurna.

Easelife Services Sdn Bhd menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal kelawar atau masalah serangga dan makhluk perosak lain. (Untuk sekitar Lembah Kelang sahaja)

Easelife Services Sdn Bhd juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda.

Anda boleh hubungi 012-206 7357 (Siti) bagi mendapatkan khidmat nasihat.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara-cara untuk selesaikan masalah kelawar dari rumah anda

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. Pernah juga hadapi masalah kelawar bersarang di bumbung rumah...
    Macam² eksperimen dibuat untuk halau kelawar...
    Berjaya juga atasi masalah kelawar nie...
    Dari Mei 2013 hingga Mei 2020...
    100% berjaya atasi...
    Dan... Dapat berkongsi pengalaman nie dengan hampir 30 buah rumah dan 2 sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana caranya? Saya ni dah beribu riban abis tp masalah tak settle juga.

      Delete
    2. Macamanaaa yaaaa mohon bantu kami yaT_T

      Delete
    3. Mohon share kaedahnya

      Delete
  2. Sy pun sama.. Mcm2 dah buat... Tetap ada atas bumbung tu.. Dah letak lampu... Dan beli amat Elektronik... Mcm2 dah buat.

    Siling pun dah nak roboh.. Berat dgn tahi kelawar.. Minta pm saya 0124332676...mhn bantuan... Berharap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sapu minyak grease pada tempat kelawar tu bergantung pada waktu siang .. licin akan sukarkan dia duduk kat situ!

      Delete
  3. Rumah kpg saya Ada masalah ini Ada cara yg lebih mudah Tak utk halau kelawar ini banyak najis merosakan smiling rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling simple boleh sapukan minyak grease pada semua tempat dia bergantung. Bila licin dgn grease tu kakinya tak boleh melekat .. cubalah !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !