Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 20, 2019

Luangkan masa sekurangnya 2 jam seminggu dalam hutan mampu buatkan anda sihat

  Mohd Shubhi       Saturday, July 20, 2019

Ini petua paling mudah dan murah untuk jadikan diri anda sihat, segar dan damai.

Tak perlu nak belanja mahal pergi ke gym atau beli peralatan senaman untuk diletakkan dalam rumah.

Anda hanya perlu luangkan masa sedikit sahaja dalam kehidupan seharian pergi lawat kawasan kehijauan semula jadi. Masuk ke dalam mana-mana hutan yang ada berdekatan dengan tempat tinggal anda tu untuk buat transformasi diri anda jadi lebih sihat.

Petua masuk ke dalam hutan atau taman hijau untuk sihatkan tubuh badan ini adalah hasil daripada kajian yang terbaru dijalankan terhadap lebih dari 20 ribu peserta orang bandar di Britain sana.

Hasil dari kajian tersebut ada di siarkan dalam Scientific Reports bertarikh 13 Jun 2019.

Sila rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Kelebihan luangkan masa dalam hutan

Memang terlalu bayak kelebihannya jika anda luangkan masa di dalam alam semula jadi penuh kehijauan.

Antaranya adalah seperti berikut:
  1. Kurangkan masalah lelah
  2. Kurangkan masalah jantung
  3. Kurangkan masalah kencing manis
  4. Kurangkan masalah tekanan jiwa
  5. Kurangkan masalah gemuk
  6. Bantu panjangkan umur
  7. Kurangkan masalah kabur penglihatan di kalangan kanak-kanak
Kajian ini dibuat khas untuk orang yang memang dah tinggal di dalam bandar. Mereka dah terasing daripada suasana damai kehijauan hutan semula jadi.

Bila disuruh masuk benamkan diri dalam suasana damai hutan semula jadi atau taman hijau, ternyata mampu memberikan kesan yang sangat ajaib pada penduduk bandar.

Sudah tentu ianya ada kaitan dengan keadaan asal manusia yang memang tak dapat dipisahkan dari alam semula jadi sejak lama dahulu kala lagi.

Tapi bila manusia sendiri yang mula rosakkan segala keadaan semula jadi muka bumi ini. Tukar semua tumbuhan hijau dan kayu kayan kepada struktur batu dan bata. Jiwa manusia nampaknya tak selesa dan mengundang macam-macam masalah kesihatan.

Jumlah masa yang ideal untuk berhubung dengan alam

Pengkaji dalam membuat penyelidikan ini rumuskan bahawa kesannya sama saja samada anda masuk ke dalam hutan belantara betul atau sekadar masuk ke dalam taman hijau sebelah rumah anda. Juga sama saja jika anda pergi ke tempat alam semula jadi lain seperti pantai.

Yang pentingnya, anda perlu luangkan masa untuk benamkan jiwa dan perasaan menikmati suasana alam semula jadi macam tok nek anda dulu kala. 

Berapakah masa yang sesuai?

Dari kajian, anda perlukan sekurangnya dalam lingkungan 2 jam seminggu untuk berhubung dengan alam semula jadi. Kalau kurang dari itu tak berikan kesan yang maksimum. Maksimum dalam 300 minit akan berikan kesan tambahan.

Tapi kalau duduk lebih lama dari itupun tak ada kesan tambahan lagi. Maksudnya, kalau anda terus duduk dalam hutan 3 atau 4 hari seminggu tidak menambah kepada kesan kebaikan yang anda dapat. 

Jadi, anda hanya perlu luangkan masa sekadar 120 ke 300 minit sahaja dalam seminggu.

Anda boleh luangkan masa satu hari dihujung minggu untuk habiskan masa selama 2 jam itu sekali gus.

Atau boleh juga pecahkan sikit-sikit jalan-jalan merayau dalam hutan setiap hari sehingga cukup 2 jam dalam tempoh seminggu.

Kedua-dua cara tersebut mampu berikan kesan yang sama baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Lebihkan masa berhubung dengan suasana alam semula jadi

Banyak sangat kajian yang merumuskan hasil kebaikan yang sama dalam bab meluangkan masa dengan alam semula jadi ini.

Doktor di Scotland sampai jadikan masuk hutan sebagai salah satu ubat untuk merawat pesakit mereka. baca kat sini.

Para doktor juga banyak yang sedar bahawa pesakit yang masuk hospital lebih cepat sembuh kalau mereka duduk dalam hospital yang terdedah dengan cahaya semula jadi dalam bangunan yang punya pemandangan hijau di luar. Rujuk kat sini.

Kalau pesakit yang masuk hospital yang mana bangunan di kiri kanan semuanya batu bata, lansung tak ada pemandangan alam sekitar yang damai biasanya lebih lambat sembuh berbanding pesakit kat atas tadi.

Mesej yang penting dari semua kajian tersebut di atas hanya satu saja.

Banyakkan masa untuk dedahkan diri anda dalam suasana alam semula jadi. Jangan asyik terperap dalam rumah tonton TV atau main game atau layan media sosial. 

Kalau duduk kat luar tu sila berikan perhatian pada suasana damai sekeliling anda. Jangan asyik terbenamkan masa pada skrin smart phone yang banyak menyebabkan masa anda terbuang sia-sia !

Kalau anda jenis suka bersenam pula, jangan lepaskan faedah berganda ini dengan melakukan senaman kat kawasan taman. Tak payah masuk gym. Tak payah nak lari kat mesin larian atau kayuhan dalam rumah tu.

Pergi keluar rumah dan nikmati suasana alam semula jadi sambil jogging atau brisk walk !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Luangkan masa sekurangnya 2 jam seminggu dalam hutan mampu buatkan anda sihat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !