Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, August 20, 2019

Syarikat TuSimple tawarkan treller gerak sendiri tanpa pemandu hantar barang kargo

  Mohd Shubhi       Tuesday, August 20, 2019

Pernah dengar satu syarikat baru yang bernama TuSimple?

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2015. Ia ditubuhkan di San Diego, California Amerika Syarikat dan juga di Beijing China.

Sina Corp, sebuah syarikat teknologi dari negara Cina dikatakan, merupakan syarikat yang bertanggung jawab menjayakan pengumpulan dana terkini sehingga mencecah USD 1 Billion untuk menjayakan syarikat TuSimple tersebut.

3 orang ini ialah pengasas syarikat pembuat treller bergerak sendiri tanpa perlu ada pemandu untuk memandu trak besar dan panjang tersebut.

  1. Jianan Hao
  2. Mo Chen
  3. Xiaodi Hou

Treller gerak sendiri tanpa pemandu


Semua orang dah banyak dengar pasal kenderaan yang boleh gerak sendiri. Kita panggil autonomous car atau truck.

Dalam orang dok sibuk nak jayakan agar kenderaan tidak perlu dipandu lagi oleh manusia, tak perlu ada lagi pemandu teksi untuk bawa manusia berjalan, rupanya kenderaan gerak sendiri untuk bawa barang jauh lebih ke depan untuk berjaya dilaksanakan dalam industri logistik.

Kenderaan yang digunakan untuk bawa orang sebenarnya tak sama dengan kenderaan untuk bawa barang.

Treller bawa barang kargo umpamanya akan bergerak dalam laluan yang tetap dan lebih mudah untuk dijangka. Berbeza dengan kenderaan yang nak kena bawa manusia akan lebih sukar sebab tindakan manusia biasanya sangat sukar untuk dijangka.

Manusia bila-bila saja boleh ubah fikiran. Emosi manusia akan bergantung kepada keadaan sekelilingnya. Mudah saja dia nak ubah fikiran hanya disebabkan ada orang baling kain buruk pada kenderaannya.

Kes mudah macam tu saja mampu cetuskan kes buli dan mengamok sesama pemandu kereta bila ia ada melibatkan manusia.

Kalau kenderaan treller yang bawa barang, diuji dengan ejekan orang di tepi jalan, jika pemandunya adalah manusia, boleh jadi pemandu yang baran akan tekan brek dan ajak orang gaduh.

Tapi kalau pemandunya adalah robot, ertinya treller itu gerak sendiri, dia ahanya akan ikut apa yang telah diprogramkan untuk nya dengan taat dan tiada berlaku sebarang perubahan hanya disebabkan ada orang ejek.

Itulah kelebihannya jika kenderaan dipandu oleh robot.

Setakat ini, semua ujian berjalan lancar. Treller gerak sendiri telah diuji dalam perjalanan yang mencapai 1000 batu. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tak diingini.

Jika treller bawa barang digantikan dengan semua trak tanpa pemandu manusia, kos dijangka dapat berkurang sehingga 30%.

Paling penting kemalangan dan kerosakan akibat kelemahan pemandu manusia akan dapat dielekkan dengan banyak.

Malaysia akan masih tetap jadi negara pengguna

Teknologi seperti treller gerak sendiri kat atas tu dah semakin ke depan berlaku di negara-negara seperti Amerika dan China.

TuSimple akan laksanakan secara 100% treller bawa barang tanpa pemandu pada tahun 2020. Tahun depan mereka nak lancarkan dengan agresif projek bekalkan kenderaan tanpa pemandu untuk mana-mana syarikat logistik yang berminat.

Kita masih dok riuh pasal perkauman dan masalah pertelingkahan agama. Masih dok sibuk ketuanan melayu dan sebagainya. Kita tambahkan lebih banyak masa untuk subjek agama dalam sekolah jadual sekolah anak-anak kita semakin lama semakin banyak.

Dah habis masa di sekolah KAFA pagi atau petang nampaknya masih tak cukup. Load lagi dalam sekolah kebangsaan pulak. Subjek agama dah jadi overdose. Jauh melebihi hampir dua kali ganda berbanding masa yang diperuntukkan untuk subjek sains.

Jika trend ini berterusan, masih lamalah lagi negara kita akan jadi negara pengguna sahaja. Beli dan pakai apa saja rekaan dunia luar. Rekaan semua orang lain yang kita kecam sebagai kapiaq dan sesat. Akhirnya kita juga yang beli dan pakai barang orang kapiaq yang sesat tu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Syarikat TuSimple tawarkan treller gerak sendiri tanpa pemandu hantar barang kargo

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !