Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 24, 2019

Buat latihan kuatkan otot mampu kurangkan risiko kena kencing manis - Kajian terkini

  Mohd Shubhi       Saturday, August 24, 2019

Ini berita yang amat baik untuk mereka yang mahu elakkan diri dari terkena masalah kencing manis atau diabetes jenis 2.

Jika anda sedang alami masalah pre-diabetes, amalan ini perlu dijadikan amalan yang mesti dilakukan. Ia dapat bantu mencegah masalah pre-diabetes anda itu merebak kepada diabetes jenis 2.

Anda boleh amalkan senaman atau latihan kuatkan otot. Samada dengan angkat besi di gym atau tanpa ada apa-apa peralatan gym pun, and masih boleh lakukan senaman kuatkan otot.

Kita ulas pasal pilihan yang ada untuk lakukan senaman kuatkan otot di hujung artikel ini nanti.

Kajian senaman kuatkan otot cegah diabetes

Kajian dilakukan terhadap seramai 4,500 individu yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena masalah diabetes jenis 2 di Amerika Syarikat.

Dalam kajian yang dibuat oleh Iowa State University, kesemua 4,500 peserta di masukkan ke dalam program latihan kuatkan otot. Kajian tersebut diketuai oleh Duck-Chul Lee, pemegang PhD dan associate professor di jabatan kinesiology di university tersebut.

Orang yang melakukan latihan sederhana membina kekuatan otot, perkembangan keseluruhan isipadu otot yang terhasil dari senaman itu mendorong kepada berkurangnya risiko kena kencing manis sehingga 32%.

Dalam ayat mudah, latihan kuatkan otot akan kurangkan risiko kena kencing manis sebanyak 32%. Itu satu kesan yang sangat tinggi!.

Kena cari jalan untuk disiplinkan diri buat latihan kuatkan otot. Tak kisah samada anda masih sihat tak ada apa-apa masalah, mahupun dah ada tanda-tanda nak kena kencing manis.

Maklumat tentang kajian itu anda boleh dapatkan pada pautan di sini.

Bila anda buat senaman otot, bina tahap isipadu otot anda itu supaya lebih kejap dan padu, anda akan mampu kawal berlakunya masalah insulin-resistance, kawal pertambahan lemak dalam badan dan seterusnya kurangkan tahap kandungan gula dalam darah.

Amalkan senaman kuatkan otot

Ini merupakan kajian yang pertama yang cuba lihat kesan senaman kuatkan otot sahaja tanpa melibatkan senaman cardio lain seperti senam robik dan seumpamanya.

Dengan senaman kuatkan otot sahaja dah mampu berikan kesan sangat baik mencegah masalah disbetes, jika anda tambah lagi dengan senaman cardio pulak, entulah lagi bagus untuk kesihatan tubuh badan anda keseluruhannya.

Timbul pula banyak soalan. Berapa kerap nak kena latih kuatkan otot. Nak angkat besi berat ke, berapa lama sekali berlatih dan sebagainya.

Dalam kajian, ramuan terperinci seperti kekerapan, tempoh masa dan sebagainya tidak dapat dipastikan lagi dengan tepat. Tapi yang pastinya, senaman tersebut, jika berterusan di lakukan secara konsisten, akan ada kesan yang baik.

Jika anda ada kelengkapan gym kat rumah. Atau ada kemudahan gym berhampiran tempat tinggal, boleh lah anda gunakan segala kemudahan itu. Rangka jadual yang sistematik dan paling selamat, dapatkan tunjuk ajar mereka yang layak untuk usaha senaman kuatkan otot anda itu.

Kalau anda tak ada semua kemudahan gym, anda boleh buat senaman mudah kat rmah saja.

Contohnya, senaman duduk dan berdiri boleh dijadikan latihan kuatkan otot pada kaki anda. Atau pumping, mendagu, kejapkan otot perut dan macam-macam lagi yang anda boleh buat.

Ambil masa sekurang-kurangnya selama 20 minit sekali senaman. Buat amalan tu sebanyak 3 kali dalam tempoh seminggu sudah memadai. Kalau anda boleh lanjutkan sehingga 45 minit lagi bagus.

Kalau anda baru nak mula, pastikan anda mulakan secara ringan-ringan dulu. Jangan pulun sampai tak boleh nak jalan atau tak boleh nak duduk.

Ambil apa-apa benda berat yang mudah dipegang untuk buat latihan kuatkan otot angan juga dah boleh pakai.

Asalkan anda mahu, sudah tentu ada saja jalan untuk membuatnya. Gabungkan dengan senaman jalan kaki cepat atau jika masih muda, jogging.

Buat 3 kali seminggu untuk faedah kesihatan jantung anda. Gabungan kedua-dua senaman dan latihan itu sangat banyak faedahnya untuk anda yang pentingkan kesihatan tubuh badan.

Selamat beramal !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buat latihan kuatkan otot mampu kurangkan risiko kena kencing manis - Kajian terkini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !