Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 4, 2019

Kenapa anda wajib makan banyak buah dan sayur kalau anda seorang perokok

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 4, 2019

Antara perkara yang sangat susah untuk diusahakan adalah berhenti merokok !

Untuk anda yang tak merokok, memang tak akan dapat bayangkan kenapa orang yang kuat merokok susah sangat nak hentikan amalan tak bagus untuk kesihatan tu.

Sebab itu mereka yang tak merokok, tak pernah lalui masalah ketagihan merokok, akan pandang serong pada kaki merokok. Golongan anti perokok yang tak pernah merokok biasanya tak ada belas kasihan sedikitpun pada perokok.

Tabahan lagi kalau perokok mengeluh susah nak merokok sekarang sejak kerajaan lebarkan lagi zon kawasan larangan merokok di negara kita.

Lantaklah kamu kaki merokok. Dah nak mampus sangat, ergi mampus sendirian. Jangan nak heret orang lain yang tak merokok terkena bahana asap rokok yang kau orang lepaskan ke udara tu .. pergi hisap rokok jauh-jauh. Lebih kurang macam itulah bencinya anti-perokok pada anda kaki merokok.

Usaha kurangkan kesan bahaya merokok

Walau apapun yang kaki benci golongan perokok nak kata, terima sajalah. Tak payah nak marah mereka. Memang mereka berniat baik. Nak pastikan semua orang yang mereka ambil berat jaga kesihatan.

Orang yang ada masalah tak boleh berhenti merokok patut berterima kasih terutamanya kepada para saintis.

Saintis yang masih tidak jemu membuat kajian demi kajian mencari jawapan kepada penyelesaian masalah kesihatan yang terdedah kepada para perokok.

Saintis sebenarnya akui bahawa untuk tukar gaya hidup, dari perokok kepada tidak merokok bukanlah satu usaha yang mudah macam makan kacang goreng yang dah terkupas.

Sebab itu mereka berusaha cari jalan macam mana nak kurangkan bahaya yang terdedah kepada perokok dengan mencari jalan lain buat mereka yang hadapi kesukaran nak berhenti hisap rokok.

Dan nampaknya, saintis dah semakin dekat menuju ke arah itu.

Makanan kaya dengan Flavonoids berpotensi bantu perokok

Dalam satu kajian yang besar dilakukan terhadap seramai 53 ribu orang dari negara Denmark, dengan tempoh kajian selama 23 tahun, saintis menemui satu maklumat yang sangat menarik.

Mereka temui terdapatnya kaitan yang sangat rapat antara mereka yang kuat makan 'Flavonoids' dengan masalah kanser dan masalah jantung.

Peserta yang makan Flavonoids dengan kerap nampaknya punya risiko yang rendah untuk mengidap masalah kanser dan masalah kesihatan jantung.

Kesannya hubung kaitnya semakin ketara terhadap mereka yang merokok dan kaki mabuk. Maksudnya, kalau kaki mabuk atau kaki merokok yang makan Flavonoids dengan kerap, lebih ketara kesannya terhadap kurangnya masalah kanser atau masalah jantung.

Orang yang merokok atau yang kaki mabuk, biasanya memang mudah untuk dikaitkan dengan risiko masalah kanser dan masalah jantung. Sebab itu, kesan baik yang diberikan oleh Flavonoids kepada golongan tersebut lebih jelas kelihatan berbanding mereka yang memang perokok atau kaki mabuk.

Itu bukan bermakna, anda boleh seronok teruskan merokok. Dengan andaian masalah itu akan selesai jika anda makan makanan yang kaya dengan Flavonoids dengan lebih kerap. Bukan macam tu. Cuma nak bagi tahu, memang anda akan berpotensi untuk kurangkan masalah atau kesan sampingan tak baik dari amalan merokok anda itu sahaja.

Berhenti merokok dan buang amalan minum arak adalah jalan yang paling baik dan perlu diusahakan sebaik mungkin.

Apa dia Flavonoids?

Kalau anda nak tahu apa benda Flavonoids tu, boleh pergi baca kat sini.

Secara ringkasnya, saya boleh beritahu yang bahan Flavonoids itu biasanya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran juga terdapat pada minuman.

Dalam kajian yang saintis lakukan terhadap 53 ribu orang Denmark selama 23 tahun tersebut di atas, mereka yang dikaitkan dengan tahap kesihatan baik dari masalah kanser dan jantung adalah golongan yang kerap minum teh, makan cokolat, makan buah epal dan buah pear.

Pesanan orang barat yang terkenal menggalakkan orang ramai makan buah epal nampaknya memang ada buktinya berdasarkan kajian tersebut. Orang barat pesan untuk makan buah epal setiap hari untuk elakkan dari terpaksa pergi jumpa doktor.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut pasal kajian yang saya natakan kat atas tadi dengan membaca laporannya di pautan kat sini.

Bagaimana saintis kaitkan Flavonoids dengan kurangnya risiko masalah kanser dan masalah jantung?

Ini berdasarkan kesan berlakunya masalah keradangan dan kerosakan pada pembuluh darah kepada mereka yang suka merokok dan minum arak. Masalah keradangan dan kerosakan pembuluh darah itu membuatkan mereka terdedah kepada berbagai masalah kesihatan lain.

Flavonoids di dapati amat baik bertindak sebagai pencegah berlakunya masalah keradangan dan kerosakan pada pembuluh darah.

Makan banyak bahan Flavonoids

Jadi bagi anda yang masih tegar merokok, sila ambil perhatian!

Berusahalah untuk kurangkan risiko masalah kesihatan yang terdedah itu dengan makan segala sumber makanan yang ada banyak bahan Flavonoids.

Antara bahan yang ada banyak sumber flavonoids adalah seperti air teh, buah epal atau buah limau orange. Tambah lagi dengan makan broccoli blueberries akan melengkapkan lagi kandungan Flavonoids yang anda perlukan.

Saintis nasihatkan untuk anda makan sekurang-kurangnya 500 mg bahan Flavonoids sehari.

Buah delima, tomato, anggur, lettuce juga punya banyak kandungan Flavonoids. Kalau anda nak maklumat terperinci pasal Flavonoids ni, sila baca pada pautan sini.

Dari kajian yang dibuat itu, memang ada kaitan rapat. Tapi samada memang pasti Flavonoids dapat cegah atau kurangkan risiko kanser dan masalah jantung masih perlukan banyak kajian yang lebih mendalam.

Untuk sementara waktu ni, anda yang kuat merokok, jangan lupa untuk kuat makan bah dan sayur nooo!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa anda wajib makan banyak buah dan sayur kalau anda seorang perokok

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !