Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 18, 2019

Facebook pertimbangkan untuk sorok maklumat jumlah orang 'Like' pada posting

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 18, 2019

Anda ada akaun Facebook tak?

Besar kemungkinan anda yang masuk blog dan baca artikel ini ada akaun atau profile di Facebook. Sebab anda ada akses kepada internet dan baca blog pulak. Jadi saya andaikan anda tentu tidak menjauhkan diri daripada media social.

Menurut maklumat statistik kat sini, jumlah pengguna Facebook di negara kita Malaysia adalah seramai 22 juta orang. Itu berdasarkan data tahun 2017. Jumlah itu dijangka naik jadi 23 juta pada tahun 2019 dan naik lagi jadi 24 juta pada tahun 2023.

Itu satu jumlah yang sangat besar.

Jumlah penduduk di negara kita untuk tahun 2019 adalah seramai 32.6 juta orang. Bertambah seramai dari tahun 2018 yang mencatitkan 32.4 juta orang. Naik sebanyak 200 ribu sahaja dalam tempoh setahun. Mungkin campur dan tolak kelahiran baru dengan yang meninggal tinggal 200 ribu sahaja.

Kalau dicampur dengan pendatang asing tidak berdaftar, yang masuk ikut lorong tikus yang ada banyak di negara kita, mungkin akan bertambah lagi sebanyak 5 atau 6 juta orang. Jadi berkemungkinan besar jumlah manusia yang duduk tinggal di Malaysia adalah dalam lingkungan 38 juta orang.

Kita boleh rumuskan lebih kurang 58% penduduk Malaysia main Facebook!

Facebook jadi satu platform paling popular di negara kita. Malah ramai yang lebih suka dapatkan segala maklumat kehidupan seharian mereka dari FB. Habis semua info, samada benar atau palsu di kutip dari FB.

Selepas dapat dari FB, dia akan sebarkan pulak ke media sosial lain seperti WhatsApp dan lain-lain seumpamanya.

Penagih populariti di Facebook

Itu membuatkan Facebook menjadi salah satu tempat penting para penagih populariti. Ada saja idea yang dia saban hari cuba perah otak untuk dijadikan posting di dinding FB.

Tujuan utamanya tak lain dan tak bukan untuk dapatkan tarikan sebanyak mungkin jumlah Like dari rakan atau kenalan FB mereka. Lagi banyak Like yang dia dapat, lagi puas hati dan seronok jiwanya.

Bagi anda yang biasa guna FB, perkara paling menyeronokkan bila buat posting kat FB adalah bila ramai kawan-kawan like posting anda itu. Selepas siarkan posting, jiwa rasa tak tenteram untuk buka dan semak berapa like dan dapat.

Kalau ada komen, bertambah seronoklah jiwa !

Kalau dapat like, ada komen, kemudian kawan-kawan share pulak posting anda itu, akan jadi satu kejayaan dan kebanggaan besar untuk dinikmati satu hari itu.

Samada anda nak nafikan atau tidak terpulang. Tapi saya sendiri alami fenomena itu setiap kali buat posting yang ada link dengan posting FB. Rasa macam satu ketagihan untuk semak dan tengok perkembangan respon dari posting yang dah dibuat.

Jiwa tertekan di sebabkan Facebook

Kalau mendapat sambutan yang menggalakkan dari setiap psting yang dibuat membuatkan anda makin ketagih untuk menggunakan media Facebook, berlain pula jadinya jika posting anda tidak mendapat sebarang respon.

Jika dah cuba berkali-kali lansung tak ada sebarang respon, jiwa akan merajuk. Paling mudah, anda akan tinggalkan terus dari aktif di FB. Kecewa dan terus rasa malas nak teruskan hadir dalam media sosial itu. Baik layan WhatsApp Group.

Tapi kalau anda masih kekal, sebab takut ketinggalan kemas kini kawan-kawan atau sesiapa saja yang anda suka stalk, anda akan tetap teruskan juga sebagai pemerhati. Tapi sekadar lihat dan dapatkan perkembangan terkini saja.

Itu juga akan jadi masalah.

Bila orang yang anda follow pamerkan kehebatan kehidupan mereka. Yang beristeri pamerkan betapa dia punya suami yang luar biasa understanding, romantik dan kaya raya. Yang punya isteri akan pamerkan betapa dia punya isteri selayan bidadari dari syurga.

Yang ustaz pulak akan pamerkan betapa dia seorang warak, soleh, faqih dan sebagainya. Yang buat training akan pameran betapa dia seorang pakar paling hebat dan luar biasa melebihi semua pakar-pakar lain yang ada.

Perlumbaan pamerkan segala kehebatan yang cuba dibesarkan sebanyak 10 atau 20 kali ganda mengundang rasa cemburu orang yang tidak punya semua kehebatan itu.

Akibatnya, mereka yang masih kerdil jiwanya terutama anak-anak muda, akan alami kemurungan dan kekecewaan dalam jiwa. Itu kes parah yang dah terbukti memang sedang merebak teruk di seluruh dunia.

Kajian menunjukkan masalah tekanan jiwa di kalangan pengguna media sosial terutamanya pada anak-anak muda dah jadi satu masalah besar.

Facebook akan sorok jumlah like

Atas dasar itulah, maka Facebook sedang cuba pertimbangkan kemungkinan untuk sorok jumlah Like yang sesebuah posting dapat dari rakan media sosialnya. Baca lebih lanjut kat sini.

Instagram dah mulakan percubaan tersebut di 7 buah negeri. Baca laporannya kat sini.

Memang tak lama lagi FB pula akan buat percubaan. Dan kemungkinan untuk laksanakan pendekatan itu adalah tinggi.

Bila anda buat posting, maklumat beberapa kawan rapat anda like sahaja yang akan dipamerkan, jika ada. Tak akan dipamerkan kesemua jumlah like yang anda dapat. Jadi tak ada siapa tahu berapa sebenarnya jumlah like yang sesebuah posting itu dapat.

Bila buat begitu, aktiviti buat perbandingan tak akan berlaku. Ini dapat membendung perasaan cemburu dan gelabah pada orang lain. Dan pengguna media sosial akan terus guna platform itu tanpa ada masalah kecewa dan tak puas hati ...

Jika ini dilakukan, nampaknya, kegilaan para influencer untuk jadikan FB atau media social lain sebagai punca buat duit akan terganggu !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Facebook pertimbangkan untuk sorok maklumat jumlah orang 'Like' pada posting

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !