Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 22, 2019

Tahukah anda bahawa otak akan sentiasa halang anda memikirkan tentang kematian anda sendiri - Kajian

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 22, 2019

Ada satu kajian menarik yang dilakukan oleh saintis tentang bagaimana otak bertindak terhadap isu kematian.

Kajian tersebut mendapati bahawa otak memang berupaya berfikir tentang mati. Semua orang waras dapat saksikan sendiri betapa kematian itu merupakan sesuatu yang pasti akan berlaku. Setiap yang hidup pasti akan bertemu dengan kematian.

Tapi, otak akan sentiasa bertindak menghalang anda untuk memikirkan tentang kematian anda sendiri. Dah jadi macam satu default cara otak berfungsi.

Dalam isu kematian, otak lebih mudah untuk fikirkan tentang kematian orang lain selain dari diri anda sendiri. Lebih mudah dan jelas untuk ingatkan kematian orang lain berbanding kematian diri sendiri.

Anda boleh rujuk pada maklumat di pautan sini untuk ketahui tentang kajian yang dilakukan.

Tahu dan faham tentang mati sejak kecil

Sejak dari kecil lagi, manusia sudah dapat faham tentang adanya kematian. Mereka dah lihat depan mata sana-sini ada orang mati seban waktu.

Dan sejak itu juga, otak anda sudah mula mengelak untuk ingat kematian yang bakal berlaku kepada diri anda sendiri. Begitulah rumusa dari kajian tersebut dibuat.

Jadi begitu bertujuan untuk pastikan anda terus mahu hidup dan tidak jadi pasif dari berusaha. Ia juga bertujuan untuk menghalang anda berfikiran positif untuk terus hidup tanpa dihantui oleh kemungkinan mati yang sedang menunggu anda di depan.

Kajian terhadap hubungan mati dan diri sendiri

Dalam kajian peserta di tunjukkan beberapa gambar peserta sendiri dan gambar orang lain yang peserta tidak kenal.

Dalam gambar yang ditunjukkan, perkataan yang berkaitan dengan mati akan diselitkan bersama dengan gambar yang ditujukkan kepada para peserta.

Setiap kali perkataan mati diselitkan dengan gambar peserta sendiri, fungsi otak dalam membuat ramalan akan tertutup secara automatik. Otak tidak dapat membuat perkiraan dengan jelas kaitan mati dengan dirinya sendiri.

Tapi ianya berbeza jika gambar yang ditunjukkan bersama perkataan mati itu merupakan gambar orang lain.

Itu menunjukkan otak mampu kaitkan kematian dengan jelas terhadap orang lain. Tapi untuk diri anda sendiri otak aan jadi keliru dan tidak dapat berfungi dengan baik.

Saya berulang-ulang menerangkan ayat yang lebih kurang sama saja kat atas tu dari awal sampai sekarang. Harap dengan ulang sebut ayat-ayat itu pembaca lebih faham apa yang saya maksudkan dari kajian di atas.

Kita diajar supaya sentiasa ingat mati

Jika anda beragama Islam, anda tentu dah biasa didedahkan dengan nasihat sentiasa ingatkan kematian. Saya dah dengar nasihat yang sama sejak sekolah rendah lagi.

Tapi tak terfikir pulak bagaimana otak saya sendiri mengingati kematian.

Bila baca kajian di atas, baru saya sedar bahawa bila ingat mati, saya lebih mudah untuk bayangkan orang lain yang mati berbanding diri saya sendiri. Fikirkan tentang kematian orang lain lebih mudah dan tidak berat sangat.

Bila dengar orang yang anda kenal meninggal dunia. Tak ada apa masalah sangat. Boleh saja menerimanya. Kalau kawan rapat, anda sedih sebentar. Cuba ingatkan kembali saat-saat bersama kawan tersebut yang semuanya sudah berakhir.

Bila cuba ingatkan kematian diri sendiri, agak payah jugak.

Kematian diri sendiri akan dikaitkan dengan rasa sakit yang amat sangat yang juga masih tidak dapat dibayangkan. Itupun berdasarkan maklumat dari nasihat orang alaim ulama yang mengatakan mati itu sangat sakit lebih hebat dari mana-mana kesakitan yang anda pernah rasa.

Takut mati lebih kepada takut sakit

Selama ini, bila rasa sakit kat dada, mula panik. Sebab sakit dada dikaitkan dengan serangan jantung. Kalau kena serangan jantung pula kemungkinan untuk mati amat tinggi. Sebab statistik mengatakan begitu.

Ramai yang mati terkejut akibat serangan jantung. Ada yang jatuh dalam bilik air. Ada yang mati serangan jantung atas katil tak tanpa disedari oleh anak dan isteri. Ada yang mati dalam kereta. Ada yang mati ketika main boleh dan ada yang rebah ketika solat dan sebagainya.

Bila saya renung semula, masalah panik bila teringat macam nak mati ni adalah lebih kepada takut merasai sakit yang amat sangat jika betul-betul nak kena mati dah. Susah jadinya hidup macam tu bila teringat nak kena serangan jantung mula jadi gelabah.

Salah satu pendekatan yang saya ambil sekarang adalah untuk berdamai saja dengan kematian. Ini saya belajar dari melihat mak saya sendiri yang nampaknya macam dah tak kisah jika kematian datang menjemputnya.

Dia sentiasa tenang saja sebut jika dia mati begitu dan begini. Simpan saja di mana yang dekat. Segerakan saja jenazahnya dan tak payah nak tunggu lama-lama. Saya dapat rasakan yang mak sudah berdamai dengan kematian dan itu memberikan rasa tenang kepada dirinya.

Oleh itu, saya ambil pendekatan yang sama macam mak saya. Saya sebut perlahan dalam hati setiap kalai rasa macam sakit dada atau sebagainya. Aku dah berdamai dengan mati ni. Datanglah jika itu masanya untuk engkau datang menjemput ku.

Insyallah akau tidak akan meronta cuba mengelakkan diri dari mati. Memang tak bolehpun. Jadi nak meronta buat apa. Relakan saja, peluk erat saja kematian yang datang itu dan berharaplah kepada Rahmat Allah untuk mengampunkan segala dosa dan ketelanjuran yang dah dilakukan.

Mungkin orang barat memang mengelak ingat mati

Satu lagi kemungkinan untuk menolak kajian yang saya sebut kat atas tadi. Barangkali kajian dilakukan terhadap orang barat. Rata-rata orang Islam percaya orang barat lebih suka hidup daripada ingat mati.

Kajian perlu dibuat juga kepada orang Islam tertamanya orang melayu kat Malaysia ni. Dari FB, saya lihat ramai sungguh mereka yang sering mengingatkan diri tentang mati. Boleh difahami dari situ orang Melayu Islam lebih banyak ingat mati berbanding orang barat ... agaknya lah !

Jika kajian dibuat kepada orang Melayu Islam kat Malaysia ni, mungkin hasilnya akan jadi berubah .. Wallahu'aklam!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tahukah anda bahawa otak akan sentiasa halang anda memikirkan tentang kematian anda sendiri - Kajian

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Allah tidak tanya kamu berapa kali kamu mengingati mati dalam sehari, Allah tanya kamu tentang perbuatan kamu diatas muka bumi adakah ia memberi manfaat untuk orang lain atau kamu melakukan perkara yang sia sia

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !