Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 21, 2019

Kat mana boleh dapatkan khidmat mengurut seluruh badan di Pulau Langkawi

  Mohd Shubhi       Thursday, November 21, 2019

Pernah rasa tak selesa pada 'urat' atau otot badan?

Contohnya rasa tegang otot atau cekang pada bahagian sambungan kat bawah tulang belikat di bahu. Rasa macam lenguh. Kadang kala rasa pedih. Ada kalanya rasa panas.

Semua rasa itu membuatkan hilang rasa damai. Duduk tak puas. Berdiripun tak puas. Bersembang dengan kawan-kawan juga tak selesa. Masa nak tidur rasa perit. Terpaksa adjust ke berbagai posisi dalam usaha nak atasi rasa lenguh pada urat tu.

Sakit urat atau sakit otot

Semua rasa sakit atau tidak selesa itu dah terbiasa orang panggil sakit urat. Memang itu terma yang diguna pakai sejak zaman kecik-kecik kat kampung dulu lagi.

Kalau rasa sakit pada bahagian otot, sampai tak boleh atau susah nak bergerak, barulah di panggil sakit otot.

Masa kena sepak ketika main boleh umpamanya, pada bahagian otot peha. Sakit sampai naik lebam. Kita kata sakit otot.

Kalau ketika main, terkehel jatuh lalu rasa sakit pada bahagian sendi. Itu dipanggil terseliuh pulak.

Bayangan dalam fikiran bila sebut terseliuh adalah masalah sambungan tulang pada sendi dah lari sikit.

Terseliuh sangat jelas sebenarnya. Patah tulang juga sangat jelas.

Cuma sakit urat ni masih keliru sampai sekarang.

Masih tak faham apa yang dikatakan sebagai urat dalam badan.

Urat daging lembu

Dalam usaha nak cuba faham apa yang dimaksudkan dengan urat kat tubuh badan kita, saya cuba bandingkan dengan melihat daging lembu.

Selalu dengar orang sebut daging lembu banyak urat. Jadi liat susah nak makan. Kalau daging banyak urat, kena masak guna pressure cooker, baru jadi lembut.

Selalu juga orang sebut cara potong daging lembu. Samada potong ikut urat atau potong lawan urat atau tak ikut urat.

Ada dua perkara berbeza antara daging banyak urat dengan potong daging lawan urat.

Masa dengar orang ajar macam mana nak potong daging supaya lembut, mereka pesan jangan potong ikut urat.

Petua tu saya dah dengar sejak sekolah rendah lagi.

Potong ikut urat. Potong lawan urat. Angguk-angguk kononnya faham. Tapi memang tak berapa nak faham sebenarnya. Puas dok renung pada daging tu cari mana satu urat yang orang tua dok kata potong ikut urat atau lawan urat tu.

Andaian yang sangat lama diguna pakai adalah benda putih berselang siur dalam daging ketika melapah di hari raya kurban. Daging biasanya warna merah. Tapi anda boleh nampak selang seli dengan benda liat warna putih.

Kalau rebus, bahagian yang liat warna putih tu akan bertukar jadi warna transparent. Bahagian itu sangat liat.

Itulah yang saya andaikan sebagai urat selama ini.

Jadi, macam itukah juga urat yang ada pada kita? Itukah bahagian yang kita sebut sebagai sakit urat?

Urat daging sebenarnya jalur tekstur

Bila selidik semula, rupanya pemahaman urat pada daging lembu pun salah selama ini. Yang orang pesan jangan potong ikut urat itu rupanya bermaksud jangan ikut jalur tekstur otot daging lembu tersebut.

Kalau anda ambil daging lembu yang besar yang dah direbus, anda boleh carik-carik daging lembu itu jadi macam urat atau tali yang panjang.

Itulah yang dimaksudkan sebagai urat. Jadi kalau anda potong ikut arah urat itu, daging sudah tentu akan jadi liat.

Jika anda potong silang jalur urat tersebut, daging akan mudah lerai dan dia akan jadi lembut bila dah masak untuk dimakan.

Jadi bahagian yang putih atau transparent bila rebus, dan sangat liat susah nak kunyah tu apa pulak?

.. Saya tak tau ...

Bila belajar sains, anda hanya akan dengar perkataan seperti, otot, tendon, ligamen, arteri (saluran darah ada banyak oksigen), vena (saluran darah tak ada atau kurang oksigen), saraf, kelenjar dan sebagainya.

Tak ada pulak dengar pasal urat.

Jadi apa dia sakit urat tu?

Sakit urat tak wujud

Menurut doktor yang saya tengok kat facebook ni, Dr Rusyainie, dia kata sakit urat tu tak wujud. Itu hanya rekaan orang tua-tua kampung yang tak berapa nak faham sains kedoktoran sebelum ini.

Oleh kerana dia seorang doktor, maka saya ambil pakai kata dia itu.

Memang sakit urat tu tak wujud pun.

Makan buah langsat nanti sakit urat ... memang tak wujud.

Kalau makan banyak buah langsat kemudian perut memulas dan naik angin seluruh badan mungkin betul. Tapi bukannya urat masuk angin. Itu sukar untuk difahami sebenarnya.

Urut badan di langkawi

Berbalik pada tajuk asal artikel ni ditulis. Saya alami rasa sakit urat. Itulah yang orang sebut. Urat atau tidak, yang pastinya rasa pedih bawah tulang belikat memang sangat tak selesa.

Ditambah pulak rasa lenguh seluruh otot kaki setiap kali bangun dari tidur. Bila picit-picit sikit pada bahagian yang lenguh tu rasa sangat sedap dan lega. Jadi saya buat rumusan, kena pergi cari tukang urut untuk urut seluruh badan.

Tentu akan rasa selesa seluruh badan.

Bila ada di langkawi baru-baru ini, saya whatsapp kawan-kawan kat langkawi. Tanya pasal tukang urut yang bagus untuk saya ambil khidmatnya.

Akhirnya dalam nombor seorang tukang urut di langkawi tu. Kawan bagi. Dia memag selalu pakai khidmat Jamil tukang urut. Jamil boleh datang ke rumah atau bilik tempat anda menginap di langkawi tu.

Bila saya telefon Jamil, dia suruh saya pergi ke Pelangi Beach Resort. Dia mengurut kat sana. Kalau nak urut waktu siang, kat situlah tempatnya. Dia ada buat kerjasama dengan Pelangi untuk khidmat mengurut tu.

Pelangi sediakan tempat yang santat selesa, berdepan dengan pantai, bawah wakaf yang diperbuat dari kayu. Tempat itu terbuka. Bila ada pelanggan mengurut, tirai atau langsir diturunkan. Siap pasang lagu relaks yang mendamaikan.

Memang selesa, damai, dan sedap setelah diurut seluruh badan. Jami kenakan RM130 untuk khidmat mengurut itu. Mahal sikit sebab tempat. Kalau saya mengurut seluruh badan di kampung, upah biasanya dalam RM50 saja.

Tapi tak apalah, tempat selesa. Suasana damai dan nyaman. Ada lagi slow terapi jiwa dan dengar bunyi ombak dan deru angin. RM130 berbaloi rasanya.

Bila sembang dengan Jamil, rupanya dia bukan orang Langkawi. Dia asal dari Tanjung Karang, Selangor. Datang ke Langkawi cari makan dari bawah kerja rencam biasa di hotel. Kemudian belajar mengurut ambil kelas. Tambah ilmu di mana saja tempat dan orang yang sudi mengajarnya.

Dia tak sangka kemahiran itu rupanya boleh menjadikan kerja menarik untuk kehidupannya. Dia dah selesa duduk kat Langkawi dan di situlah nampaknya tempat dia menetap.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kat mana boleh dapatkan khidmat mengurut seluruh badan di Pulau Langkawi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !