Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 22, 2019

Pastikan kedai makan anda sentiasa bersih atau tak payah berniaga terus lagi bagus

  Mohd Shubhi       Friday, November 22, 2019

Ada 3 perkara wajib yang anda perlu ambil perhatian kalau buka kedai makan. Pertamanya, bab layanan. Kena layan pantas, mesra dan cekap.

Keduanya pula dalam bab makanan tu sendiri. Makanan yang sedap bukan sekadar satu kelebihan. Dah namapun kedai makan, sedap tu wajib ada.

Ketiganya pula bab keadaan kedai makan anda itu. Pastikan ianya sentiasa bersih. Ini pun perkara wajib. Bukan pilihan. Tak boleh ambil sikap sambil lewa dalam bab kebersihan ni. Kedai wajib bersih. Kalau tak, elok tak payah nak buka kedai makan. Lagi bagus.

Kita cuba tengok ketiga-tiga perkara asas tersebut secara lebih panjang kat bawah ni.

1. Layanan yang pantas, mesra dan cekap

Kedai mamak sangat popular. Antara kelebihan yang ada kat kedai mamak ni adalah sangat pantas ambil order.

Sampaikan orang yang masuk dan duduk kat kedai mamak akan cepat naik angin jika baru 5 atau 10 minit tak ada pelayannya datang ambil order.

Kadangkala bukannya lambat sangat pun. Masih tetap pantas berbanding kedai-kedai lembab yang lain. Tapi disebabkan jangkaan orang ramai dah sangat tinggi terhadap kepantasan layanan kedai mamak ni. Baru duduk 5 ke 10 minit dah rasa lambat sangat.

Kebiasaannya mamak sangat pantas. Jadi bila anda masuk dan duduk. Anda akan mula bandingkan dengan standard layanan kedai mamak yang anda masuk itu dengan kebanyakan kedai mamak yang lain.

Bila dah pantas layan ambil order, masuk pula bab hantar makanan dan minuman yang dah diminta. Biasanya, kedai yang faham tentang perlunya cekap, akan pastikan minuman akan sampai terlebih dahulu.

Tak payah nak tunggu lama. Tak payah nak ingatkan pelayannya, 'mana teh tarik saya ni!!!'. Itu salah satu kecekapan kedai mamak lagi. Zasssss, minuman sampai atas meja.

Pekerja yang kerjanya melayan pelanggan pilihlah jenis yang mesra alam. Kalau jenis yang muka nampak sombong, susah nak senyum dan mudah naik angin, tak payah ambil jadi pelayan. Taukeh pun sama. perlu terima hakikat anda wajib mesra alam dalam keadaan apa sekali pun ketika melayan pelanggan.

2. Makanan wajib sedap

Macam yang saya sebut kat atas tu. Kalau dah namapun kedai makan, takkan nak ambil mudah pasal rasa makanan yang anda jual tu. Itu perkara wajib dan bukannya satu perkara yang anda boleh pilih samada nak sedap atau tak sedap.

Memang sedap atau tidak sedap itu adalah subjektif. Ia bergantung pada citarasa lidah masing-masing. Tapi sebagai manusia, anda tentu boleh tahu samada makanan tu sedap atau tidak.

Beza antara rasa makanan yang sedap dengan yang tak sedap sangat mudah untuk diketahui. Yang susahnya adalah untuk membezakan antara makanan yang sangat sedap dengan yang sedap. Bila dah sedap, untuk naik ke peringkat sangat sedap hanya memerlukan sedikit perbezaan sahaja.

Mungkin adunan yang sangat sempurna. Semua rasa masam, manis, pahit, masin, lemak, pedas di adun dengan ketepatan yang sangat terperinci. Tempoh makanan di masak juga sangat terperinci. Ketepatan waktu dimasukkan ramuan juga sangat terperinci.

Semua detail itu adalah sangat halus dan akan membuatkan rasa sangat sedap naik. Tapi tidak meninggalkan jauh beza antara sedap dengan sangat sedap.

Selain dari sedap, istiqamah sedap juga sangat penting. Jangan ada masa sedap ada masa tak sedap. Itu akan membuatkan pelanggan meluat sebab manusia tak suka benda berubah berbeza dari jangkaan biasanya.

Ada kedai makan yang saya biasa makan. Dalam keadaan biasa, kebanyakkan makanannya sedap. Tapi akan berlaku beberapa kali rasanya lari. Malah akan berlaku beberapa kali juga nasipun mentah. Bila kunyah, terasa gigit beras keras nasi tak masak.

Kedai itu, saya beli makanannya hanya bila tak ada pilihan sangat.

3. Kedai wajib bersih

Ramai yang gagal bab kebersihan ni. Kedai mamak selalu kena arah tutup oleh jabatan kesihatan bila ada pemeriksaan mengejut dilakukan di premis mereka.

Kedai tak mamak juga apa kurangnya. Sama saja kalau dah terlalu ramai pelanggan sampai tak sempat nak lihat bab kebersihan ni. Seolah-olah sedap dan popular boleh dijadikan alasan untuk abaikan bab kebersihan.

Ada 3 bahagian penting yang anda wajib jaga dalam bab kebersihan kedai makan ni.
  1. Bersih bahagian depan kedai - Ini bahagian yang pelanggan terus boleh nampak sebaik saja dia masuk ke kedai makan anda. Susun atur, ruang yang selesa. Perabut, meja, lantai, dinding dan segala hiasannya. Wajib diberikan perhatian secara terperinci dan konsisten. Kalau bab ni gagal, anda seperti mahu halau pelanggan keluar.
  2. Bersih bahagian belakang - Ini pelanggan tak nampak. Tapi jangan main-main. Ia melibatkan kesihatan dan keselamatan pelanggan anda. Cara anda kendalikan makanan. Kebersihan peralatan. Kebersihan lantai, dinding, longkang, tandas, sinki dan sebagainya. Orang yang kendalikan makanan dan semuanya wajib bersih dan selamat.
  3. Kelihatan bersih - Ada kedai nampak macam bersih. Tapi boleh bertukat kelihatan tak bersih bila sedang makan tikus bercicitan lari tepi dinding. Letak tangan atas meja, tetiba lipas naik merayap tepi lengan. Lalat berterbangan cari tempat landing atas makanan. Nampak dari depan, tong sampah kat belakang kedai penuh melimpah dan sebagainya. Itu semua wajib dielakkan.
Kewujudan makluk bahaya untuk kesihatan manusia seperti tikus, lipas dan lalat akan terus membuatkan kedai makan anda kelihatan tidak selamat dan tidak bersih.

Untuk pastikan semua itu terkawal, jangan kedekut sediakan bajet untuk khidmat kawalan lipas, semut, tikus dan lalat di kedai makan anda. Gunakan khidmat syarikat pest control berlesen dan bertauliah untuk kawal masalah tersebut.

Jika anda mahu masalah lipas, tikus atau lalat itu dikawal secara rutin berkala dan berkesan, gunakan khidmat E Pest Control. Syarikat Easelife Services Sdn Bhd yang terkenal dengan jenama E Pest Control itu berpengalaman dalam dunia pest control sejak tahun 1998 lagi.

Hubungi mereka di bawah untuk maklumat lanjut:

  • En Joe 010-246 2542
  • Cik Athirah 010-234 2542
  • Puan Siti 012-206 7357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pastikan kedai makan anda sentiasa bersih atau tak payah berniaga terus lagi bagus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !