Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 16, 2019

Bersenam boleh kurangkan risiko kena kanser paru-paru di kalangan perokok

  Mohd Shubhi       Saturday, November 16, 2019

Kajian menunjukkan orang yang merokok kemudian aktif bersenam, berkurangan risikonya untuk kena kanser paru-paru yang berpunca dari aktiviti merokok.

Tapi itu bukan alasan untuk tidak berhenti dan meninggalkan terus tabiat merokok. Orang yang tak merokok sudah tentu jauuuuh lebih terhindar dari masalah kanser paru-paru.

Oleh kerana tabiat merokok ni susah nak buang, maka usaha dijalankan juga secara berterusan untuk kenal pasti cara yang berkesan kurangkan risiko kanser paru-paru sebab merokok ni.

Kajian menunjukkan bahawa dengan melakukan aktiviti bersenam, risiko kena kanser akan berkurangan antara 21% ke 29% berbanding mereka yang tidak bersenam. Baca laporan lanjutnya kat sini.

Kanser paru-paru sebab merokok

Dalam keseluruhan kes mati sebab kanser paru-paru, 87% daripadanya adalah berpunca dari tabiat merokok. Ini fakta yang anda tentu dah tahu. Jadi cubalah sedaya upaya untuk berhenti merokok.

Tabiat merokok juga adalah punca kepada berbagai masalah lain yang berat-berat belaka.

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

  • Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.
  • Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang sempurna
  • Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan ereksi.

Merokok Mengakibatkan Strok


Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.

Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)

Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.

Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah

Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.

50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok ! Sebab itu ramai lelaki mati kena serangan jantung.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok


  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. 
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. 
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok


Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok.

Di bawah adalah beberapa bahan yang kerap dijumpai dalam asap rokok.

  • Metanol - Bahan Api
  • Nitrobenzena - Gasolin
  • Karbon Monoksida - Asap kereta
  • Butana - Cecair pemetik api
  • Raksa - Logam dalam jangka suhu 
  • Vinil Klorida - Bahan utama plastik
  • Toulena - Pelarut industri
  • Ammonia - Pencuci lantai
  • Arsenik - Racun tikus
  • Kadmium - Bahan utama bateri alkali
  • Stearik - Bahan utama dalam lilin 
  • Sianida - Racun berbisa
Rumusannya, merokok memang tak baik. Jadi elok abaikan ketagihan merokok tu.

Tapi kalau susah sangat, bersenamlah untuk kurangkan risiko. Juga makan buah-buahan dan sayuran. Artikel berkenaan makan buah dan sayur boleh kurangkan risiko penyakit untuk perokok ada di pautan ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bersenam boleh kurangkan risiko kena kanser paru-paru di kalangan perokok

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !