Friday, March 13, 2020

Kagum pada PLUS Expressways Berhad punya pekerja jujur dan cekap jalankan tugas melebihi jangkaan

  Mat       Friday, March 13, 2020

Nak cerita sikit pasal pengalaman menggunakan perkhidmatan lebuhraya PLUS.

Memang dah lama pakai lebuhraya PLUS ni.

Yalah!, mana lagi lebuhraya yang paling lama dan paling panjang yang ada kat negara kita?

Dari zaman muda dulu, masa baru pakai kereta berulang alik dari KL ke Penang, lebuhraya PLUS la yang jadi pilihan. Masa tu kos tol tak lah mahal sangat. RnR pulak tak la berapa sibuk penuh dengan kereta sampai tak ada tempat nak letak.

Bila kos tol dinaikkan, dah mula pertimbangkan untuk naik lebuhraya atau ikut jalan lama saja. Kalau ada urusan kerja, nak cepat, naik lebuhraya. Kalau tak ada urusan kerja, naik jalan biasa saja.

Bila larangan hisap rokok di semua kawan lebuhraya dan RnR kat PLUS tu, lagi meluat nak naik lebuhraya. Ikut jalan lama boleh singgah kedai kopi kampung tepi jalan. Minum kopi sambil balut rokok daun.

Kemudian, bila kerajaan PH naik, depa pi haramkan pulak merokok di semua kedai makan dan minum. Terus jadi jem setiap kali travel di negara Malaysia. Kat manapun dah tak boleh hisap. Kalau nak hisap jugak kena hisap ketika memandu dalam kereta.

Macam mana nak balut rokok daun ketika memandu?

Untuk makluman yang tak tahu pasal rokok daun. Yang seronok pasal rokok daun ni, adalah bermula dari proses melembutkan daun, buka dan lebarkan daun, kemudian carik sikit tembakau, masukkan ke atas daun tu dan balut lerlahan-lahan supaya kemas dan cantik.

Kesemua proses itu yang membuatkan tabiat hisap rokok daun jadi satu amalan yang mengasyikkan. Sampai susah nak tinggal. Apa lagi kalau duduk sembang dengan kawan-kawan sambil hirup kopi O.

Tapi, dengan semua kekangan dan sikap anti perokok yang kerajaan terapkan, akhirnya, terus buang aktiviti merokok. Sejak itu tak ada apa-apa masalah lagi nak singgah kedai samada kat lebuhraya atau kat jalan biasa.

Khidmat Lebuhraya Plus memang bagus

Selama pakai lebuhraya PLUS ni, memang tak dapat dinafikan pengurusan mereka memang dah bagus. Semua tempat perhentian, semua tempat RnR, sepanjang pemandangan perjalanan lebuhraya, bersih dan sangat selesa.

Masuk jamban kat mana-mana RnR lebuhraya rasa lega. Berak rasa sempurna. Sebab sentiasa bersih dan kelengkapannya semua dalam keadaan baik.

Kedai-kedai makan dan tempat makan juga memang puas hati. Bukan saja bersih. Malah makanan yang dijual juga tak kurang rasanya. Boleh makan dan tak rasa menyesal selepas bayar dan makan. Ada yang sedap dan ada yang sangat sedap.

Cuma sejak akhir-akhir ni, suasana tempat singgah terutamanya RnR dah tak berapa nak selesa. Kenderaan banyak sangat. Orang terlalu ramai berebut-rebut kat tempat makan dan berebut dalam tandas.

Kalau waktu cuti, lagi teruk. Tempat nak letak keretapun susah nak dapat.

Secara keseluruhannya, masih boleh diberi pujian yang tinggi ke atas kecekapan pihak PLUS menguruskan keseluruhan lebuhraya mereka.

Jatuh beg tangan kat tempat tol lebuhraya

Baru-baru ni, saya ada gunakan lebuhraya tol. Naik dari Bukit Jelutong dan keluar ke exit nak ke Cyberjaya.

Ambil orang kat Cyberjaya dan masuk semula ke lebuhraya menuju ke KLIA. Saya hantar kawan naik kapal terbang kat KLIA 2.

Selesai hantar, terus patah baik nak ke rumah kat Sepang. Sebelum nak keluar exit ke Sepang tu, teringat nak beli McDonald's untuk buka puasa magrin nanti. Maka singgah kat McD sebelah stesen minyak tu. Masuk ke drive thru.

Masa dok beratur kat drive thru tu, mula cari beg tangan nak ambil duit. Tengok sebelah atas kerusi penumpang kat kiri tu, kosong.

Beg tangan tak ada !!!

Hati dah mula rasa berdebar. Dah dapat rasakan beg tangan tu entah ke mana dah hilang.

Baru teringat yang kemungkinan besar beg tangan, yang ada semua dokumen, duit, kad pengenalan diri dan lain-lain, dah terjatuh keluar ketika saya buka pintu kereta.

Masalah besarnya sekarang, jatuh kat mana?

Cermin kereta rosak tak boleh turun

Nak jadi cerita, cermin kereta sebelah pemandu ada masalah. Tak boleh diturunkan. Mungkin ada masalah wayar atau butang tekan kat tepi pintu tu.

Jadi bila nak sentuh kad TnG terpaksa buka keseluruhan pintu, hulurkan tangan keluar untuk sentuh kad TnG tu.

Biasanya saya akan letakkan beg tangan di sebelah kerusi penumpang sebelah kiri ketika memandu. Tapi kali ni sebab dah ada penumpang dduk kat situ, maka beg tangan tu saya letakkan sebelah kanan antara kerusi dan pintu kereta.

Dah tentu bila buka saya pintu kereta tu, beg tangan tu akan jatuh ke atas jalanraya.

Bila dah sedar beg tangan tu memang tak ada, saya tak jadi beratur nak beli McD tu. Keluar terus dari situ masuk semula ke lebuhraya menuju ke tol nak keluar ke Cyberjaya. Itu lokasi paling dekat yang saya keluar dan sentuh kad TnG tadi.

Cari beg tangan di tol keluar ke Cyberjaya

Dari KLIA nak ke exit Cyberjaya tu tak berapa jauh sangat. Tapi disebabkan rasa panik, teringat macam-macam boleh jadi kat beg tangan tu, masa terasa terlalu lama untuk sampai.

Fikiran terbayangkan beg tu digelek oleh tayar kenderaan. Habis hancur semua barang yang ada kat dalam beg tu. Atau mungkin ada pemandu nampak ada benda terdampar kat situ dan ambil beg itu. Macam-macam keluar dalam bayangan fikiran.

Sebaik saja sampai, saya keluar tol dan berhenti depan kawasan kosong betul-betul depan antara dua lorong tol. Keluar dari kereta terus ke salah satu cabin tol yang ada pekerja PLUS kat dalam tu.

Saya buka pintu. Ada 2 orang kakak kat dalam tu. Saya terus mengadu ceritakan pada mereka apa yang dah berlaku.

Kakak tu tanya pukul berapa saya lalu kat situ. Mujur saya ingat dan mereka suruh pejabat tengok semula rakaman dalam CCTV.

Sah! tak ada apa-apa yang berlaku dalam waktu tersebut. Kakak yang duduk kat situpun mengesahkannya. Dia memang sentiasa lalu kat sekitar cabin tol antara lorong tol tu. Tak ada pula nampak atau jumpa apa-apa barang terdampar kat situ.

"Mungkin jatuh masa masuk ke lebuhraya tadi kot?", tanya salah seorang kakak tu.

"Masuk kat mana tadi?", sambungnya lagi.

Saya beritahu dia saya masuk dari tol di Bukit Jelutong Shah Alam.

Dia terus telefon pejabat di Bukit Jelutong dan beritahu pasal masalah saya. Dia minta pegawai bertugas kat situ untuk buka semula CCTV dan lihat rakamannya. Saya beritahu dalam jam berapa saya masuk tadi.

Tak lama kemudian, kakak tu tanya beg tangan warna apa?

Saya jawab beg kulit warna coklat.

"Apa nama?", tanya dia lagi. Saya dengar soalan tu datang dari kawan mereka di sebelah tol BUkit Jelutong sana.

Saya beritahu nama penuh saya pada mereka.

Dan syukur, mereka sahkan memang ada beg tu. Terjatuh masa saya masuk tol dan sentuhkan kad TnG ketika buka pintu kereta. Kakat bertugas ketika itu lalu dan nampak dan terus ambil beg saya dan bawa naik ke pejabat untuk diberikan pada penyelia.

Mereka buka untuk semak kandungan beg dan mencari butir atau dokumen peribadi pemilik kalau ada dalam beg tersebut.

Rasa nak peluk kedua-dua kakak bertugas tol Cyberjaya

Rasa lega dan seronok Tuhan saja yang tahu. Bila kakak tu beritahu beg saya ada kat sana dan boleh pergi ambil kat pejabt Tol Bukit Jelutong tu sekarang, saya rasa macam nak peluk dan cium kedua-dua kakak tu.
Itu dia gambar kedua-dua orang kakak staff lebuhraya PLUS yang saya kagum. Moga mereka berjaya dalam hidup mereka. Sihat selalu. Sentiasa dimurahkan rezki dan sentiasa bahagia dalam segala urusan yang mereka lalukan.

Berkali-kali saya ucapkan terima kasih dan terus bergegas ke tol Bkt Jelutong pulak.

Ambil beg tangan kat tol Bukit Jelutong

Setelah memecut laju dari Cyberjaya, saya terus sampai ke tol Bukit Jelutong. Saya letakkan kereta di kawasan parkir dan berjalan kaki ke cabin tol.

Tanya pada kakak yang sedang bertugas dalam salah satu kabin tu. Dia suruh saya masuk pergi jumpa penyelia kat situ. Saya jalan kaki dan tunggu pintu gate dibuka untuk masuk ke dalam kawasan pejabat.

Tunggu lama masih tak terbuka. Duduk bertinggung kat situ termanggu-manggu. Entah bila nak buka dan saya tak pasti kenapa ambil masa lama sangat untuk buka pintu pagar tu.

Setelah lama menunggu, pintu terbuka luas. Sayapun bangun dan terus melangkah masuk.

Baru masuk sebelah kaki melangkah pintu pagar tu, terdengar tengkingan yang sangat kuat dari belakang saya,

" Hoiiii !!!!"

Saya tak jadi masuk. Undur semula dan pandang ke belakang dari mana datangnya suara itu.

Kelihatan seorang Jaga. Lelaki Melayu pakai mask penutup mulut. Berdiri garang bersedia untuk bertindak merenung tajam ke arah saya. Dia jaga yang tadinya duduk macam kebosanan atas kerusi plastik di luar kabin celahan antara 2 lorong Tol.

Saya keluar dan tak jadi masuk. Tertanya-tanya apa pulak salah saya. Tadi kakak tu kata suruh tunggu kat situ dan tunggu pintu pagar dibuka untuk masuk ke dalam.

Dah tunggu punya lama, pintu terbuka nak masuk ke tengking pulak!

Marahpun ada, terkejut pun ada, bingung pun ada. Saya berdiri kaku kat luar sambil pandang pada jaga tu. Kalau dia datang, saya rasa dia macam cukup kecil untuk saya belasah lepaskan geram. Tapi nampaknya dia tak datang pun. Hanya buat muka garang.

Kakak dalam cabin tol tu buka pintu kecil dan lambaikan tangannya keluar ke arah saya berikan isyarat suruh masuk pulak. Jaga tu masih berdiri buat garang tak bagi masuk. Kakak tu lambai lagi suruh masuk.

Dalam hati saya ada sebut "Babi!". Marah sebab dahlah habis masa hamir dua jam pergi dan balik cemas cuba kesan beg tangan. Bila dah jumpa nak masuk ambil ada banyak kerenah la pulak. Pak Guard yang buat kerja dia tanpa ambil peduli atau ambil tahu kenapa saya ada kat situ. Pada hal dia dekat saja dengan kak dalam kabin tol tu.

Walaupun kakak tu beri isyarat suruh masuk, mata saya masih tajam melihat muka jaga yang tunjung suara garang menengkin saya tadi. Nak tengok isyarat dari dia pulak. Kemudian baru dia angkat tangan beri isyarat masuk- masuk ...

Akhirnya saya masuk. Pejabat kosong, dari satu pintu ke pintu kena tunggu ada isyarat buka. Masuk dan naik tangga dan jumpa penyelia. Dia baru selesai solat. Sebab itu saya kena tunggu lama dan jadi keliru kat depan pintu pagar tadi.

Tak apalah. Asalkan saya jumpa balik beg tangan penting tu Alhamdlillah. Saya ucapkan ribuan terima kasih, ambil beg tu dan keluar untuk balik semula ke pejabat tak jauh dari situ. Buka puasa kat pejabat sajalah. Dah lewat untuk balik rumah sebab jalan dah mula jem.

Bila dah sampai pejabat, baru rasa menyesal tak hulurkan sikit duit pada kakak yang jumpa dan ambil beg tangan saya tadi. Semuanya terus terlupa sebab rasa marah dengan kes tunggu lama bertinggung kat depan pintu pagar dan kena tengking dengan jaga bila melangkah nak masuk.


Ini gambar kakak yang berjasa besar pada saya. Minta maaf tak berikan sedikit hadian atau sedekah. Salahkan jaga tu sebab bagi saya lupa terus rasa nak sedekah tadi.

Walau apapun, saya doakan kakk tu terus sukses dalam apa saja kerjay yang dia lakukan. Moga Allah murahkan rezkinya dan permudahkan segala urusan dalam kehidupannya.

Tahniah PLUS ! atas kehadiran staff yang sangat jujur, cekap dan melaksanakan tugas lebih dari jangkaan!

logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, Kagum pada PLUS Expressways Berhad punya pekerja jujur dan cekap jalankan tugas melebihi jangkaan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. AlHamdulilah.
    terharu rasanya apabila membaca dan lega apabila semuanya dah selesai. ucapan terimakasih kpd kakitangan PLUS sbagai netizen. Anyway, banyak udang, banyaklah garam. Byk orang byklah ragam

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !