Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 25, 2020

5 perkara penting yang anda boleh belajar dari Raya Covid-19 kali ini

  Mohd Shubhi       Monday, May 25, 2020

Rungutan tentang Perintah Kawalan Pergerakan berkumandang seawal sebelum masuk bulan Ramadahan.

Dan rungutan ini berlanjutan dengan lebih nyaring ketika di hujung Ramadhan kerana ramai khuatir tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Namun perspektif manusia tidak mampu menandingi tata rancang dari Maha Kuasa.

Saya ingin berikan 5 elemen ilmu yang mungkin kita tahu tapi selama ini kita gagal mengamalkannya sehinggalah “Guru” bernama Covid datang untuk berikan pengajaran kepada kita.

Pemimpin yang menyatukan

Covid menjadi “pemimpin” tidak rasmi dalam menyatukan bukan sahaja setiap parti malah bangsa, agama dan juga penduduk dunia dalam menangani isu ini.

Jika ahli politik dan pemimpin tidak mampu tetapi Covid berjaya merentasi batas ideologi, batas agama, batas bangsa dan warna kulit dalam menyatukan kita.

Hindari pembaziran

Covid mengelakkan pembaziran wang, masa serta pelbagai makanan.

Bayangkan jika tidak Covid, seperti berpuluh tahun sebelum ini. Rakyat Malaysia melakukan pembaziran pembelian makanan, berlaku pembaziran belaja di hotel dengan ada yang sampai ratusan ringgit satu kepala untuk buffet.

Hampir setiap pejabat, setiap jabatan, setiap ADUN, setiap Menteri dan Timbalan Menteri serta Menteri Besar malah ketua pemimpin jabatan kerajaan dan swasta juga ketua-ketua jabatan ada buat majlis.

Biasanya bila adanya majlis, pelbagai pembaziran berlaku.

Ada staf tak nak pergi tapi kerana akur dengan “invitation” maka terpaksa pergi.

Bukan hanya pembaziran wang dan makanan tetapi juga pembaziran masa ketika berbuka. Waktu maghrib dan isyak serta solat sunat tarawikh; mungkin bagi yang berpangkat besar mereka dapat solat “on time” tapi bagi pelayan, peramu saji, geng katering, juru yang jaga majlis akan tersasar.

Masa terbuang, ramai tak solat “on time” dan banyak majlis berlaku dengan sembang-sembang bab “lara” dan gelak ketawa.

Tapi kini ramai boleh solat berjemaah setiap waktu pada bulan Ramadhan, bersama keluarga dan juga solat penuh tarawikh.

Inilah nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Tiada Majlis Hari Raya

Ketiadaan majlis hari raya dan sambutan ini mengurangkan keserabutan dan juga pembaziran. Kurangkan pembaziran dari segi wang, masa serta tenaga. Lega tak rasa serabut lagi setiap kali menjelangnya sambutan raya.

Jalan raya kurang sesak, polusi kurang dan kita sedar bahawa kehidupan kita masih boleh berjalan tanpa ada kehidupan yang tiada sambutan berlebih-lebihan.

Beza antara perlu dan hendak

Kita sedar tentang apakah keperluan dan kehendak. Selama ini kita santuni kehendak diri - nak baju itu dan ini untuk sambutan sana dan sini.

Allah berikan pengajaran agar kita mendidik hati dan nafsu kita yang sentiasa ingin penuhi “kehendak” diri.

Belajar untuk insaf

Supaya kita sedar bahawa ramai manusia di luar sana selama ini tidak pernah merasa apa itu buffet, apa itu baju baru, apa itu sambutan raya dan apa itu balik kampung.

Akhirnya kehidupan manusia bukan terletak pada keseronokan balik kampung, baju baru, makan sampai perut senak selalu.

Allah mahu kita bersederhana.

Kesederhanaan adalah budaya yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW.

Budaya sederhana yang dianjurkan Islam cukup indah dan mendaulatkan prinsip keadilan serta kemanusiaan kepada setiap insan dalam membina generasi Islam yang begitu mantap dan berkualiti.

Mengambil petikan ayat suci al-Quran yang bermaksud
"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian". (Al- Furqan: 67)

Ayat itu mengajak umat Islam supaya memilih kehidupan yang sederhana sebagai satu pilihan terbaik, tidak kedekut dan tidak boros atau berlebihan dalam melakukan sesuatu perkara sehingga perbuatan mereka dikutuk Allah swt.

Allah S.W.T dan Rasulullah SAW sering mengingatkan kita agar mengawal hawa nafsu dan tidak berlebihan di dalam melakukan sesuatu. Ini adalah karena hawa nafsulah yang selalu menjuruskan manusia ke kancah kebinasaan.

Firman Allah SWT di dalam ayat 71 Surah Al-Mukminun yang bermaksud
"Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi beserta isinya.”

Disebabkan kegagalan mengawal hawa nafsu ini, kita sering melakukan pemborosan dan berlebihan.

Kita berbelanja lebih daripada keperluan kita yang kita perlukan, sedangkan masih banyak lagi yang lain yang lebih memerlukan bantuan untuk menampang kehidupan mereka.

Dengan itu setiap manusia hendaklah menerapkan sifat kesederhanaan dalam kehidupan kerana sederhana itu ada pertaliannya dengan nilai qana’ah atau kecukupan dalam rezeki kita.

Hidup yang berakah adalah lebih diperlukan dalam kehidupan kita berbanding kehidupan mewah tetapi sering tidak berkecukupan.

Hidup yang qana’ah akan membawa kebahagiaan hakiki dan kehidupan yang sederhana akan menemukan kita jalan menuju syurga Allah SWT.

Semoga ada manfaat buat semua insyaAlalh. Yang baik dari Allah dan Yang buruk pasti dari saya.

Nota:
Ini merupakan artikel penulis jemputan di bawah tajuk:
"5 Perspektif Covid Dalam Mengajar Kita Erti Kehidupan Azad Jasmi l 25 Mei 2020".

Azad Jasmi merupakan seorang Business Coach yang berpengalaman dalam membimbing para usahawan melayari dunia kehidupan sebagai seorang usahawan. Beliau juga seorang pemandu pro yang pernah berkecimpung dalam dunia lumba kereta sebelum ini.

Artikel sumbangan:
Anda juga boleh memberikan sumbangan untuk sebarkan idea atau ilmu yang ada. Sila e-mail ke mohdshubhi@gmail.com untuk kongsikan penulisan anda di sini. Terima Kasih.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 perkara penting yang anda boleh belajar dari Raya Covid-19 kali ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !