Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 23, 2020

Panduan para ayah lakukan solat sunat hari raya Aidul Fitri di rumah bersama keluarga

  Mohd Shubhi       Saturday, May 23, 2020

Tahun ini tahun sejarah buat semua orang Islam di Malaysia. Malah mungkin berlaku diseluruh dunia.

Tahun yang sangat istimewa sebab sebulan berpuasa, satu malampun tak berbuka dan tak tunaikan solat sunat taraweh di Masjid atau surau.

Semua orang tunaikan solat sunat taraweh di rumah sahaja. Ada yang buat sendiri-sendiri. Tapi ramai kawan-kawan yang saya tanya, tunaikan sunat taraweh secara berjemaah satu keluarga. Saya pun buat macam tu.

Tadi petang bersembang dengan kawan. Dia bagi tau satu haripun dia tak lepas tunaikan solat sunat taraweh dengan anak-anak dan isterinya. Tak pernah berlaku dalam sejarah.

Bukan saja solat, buka puasa juga tak pernah lepas dengan semua ahli keluarga. Begitu juga proses sediakan makan dan minum. Buat secara berjemaah juga.

Dalam musibah, rupanya ada banyak kebaikan. Paling ketara adalah berlakunya pengukuhan ikatan sesama ahli keluarga. Sesama ayah, ibu dan anak-anak. Juga sesama suami dan isteri.

Jangan lupa bayar zakat

Bagi yang belum lagi tunaikan bayaran zakat, jangan buat lupa pula. Janagn tunggu saat akhir sebelum solat hari raya baru nak bayar. Sebab saya tengok ada pekeliling tak boleh ke masjid atau surau untuk bayar zakat kat amil pada pagi raya tu.

Kalau belum bayar sila lakukan segera.

Anda boleh bayar secara dalam talian sahaja. Tapi bayar zakat online, akan keluar semua maklumat dan pautan yang anda perlukan.

Solat sunat hari raya

Bila dah penuh buat solat taraweh dengan satu keluarga, elok lanjutkan pula untuk sama-sama tunaikan solat sunat hari raya secara berjemaah di rumah.

Bukannya susahpun.

Anda boleh buat sendiri saja jadi imam dan diikuti oleh anak isteri di belakang. Janagan nak pening-pening fikir macam mana nak baca khutbah. Sebab tak perlu bacapun.

Kalau tak ingat macam mana nak solat sunat hari raya dengan rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat kedua ada 5 takbir, anda bleh bat dua rakaat macam solat sunat biasa saja. Itupun sah tak ada masalah.

Elok semua lakukan lah solat sunat hari raya bersama keluarga kat rumah tu sebagai melengkapkan sejarah yang bakal terpahat dalam memori seumur hidup. Buat ayah, pasti puas sebab anak-anak akan ingat semua ni sampai ayah dah matipun masih melekat.

Mereka akan kongsikan pula pada anak dan cucu mereka nanti.

Bersalam salaman selepas selesai solat

Paling best adalah selepas selesai buat solat sunat hari raya pagi tu, ayah berdoa dan pusingkan ke belakang menghadap anak dan isteri.

Mereka akan bangun dan mula bersalam-salaman seorang demi seorang.

Sanagat menarik kan!, jadi tolonglah lakukannya pada hari ahad ni.

Selepas salam, boleh bagi duit raya, kalau ada. Lagi semua orang seronok. Selepas tu semua pergi ke dapur dan boleh makan ramai-ramai.

Dalam video yang saya kepilkan di sini, anda boleh dengar menerangan tentang solat sunat hari raya yang anda boleh buat kat rumah sesama ahli keluarga.

Selamat beramal dan selamat menyambut hari raya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan para ayah lakukan solat sunat hari raya Aidul Fitri di rumah bersama keluarga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !