Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 2, 2020

Ketahui 3 perkara yang tak sepatutnya anda buat bila rumah diserang anai-anai

  Mohd Shubhi       Thursday, July 2, 2020

Pernahkan rumah anda di serang anai-anai?

Bagi anda yang dah ada pengalaman rumah kena serang anai-anai, tentu dah dapat rasakan masalah yang timbul bila anai-anai rosakkan struktur kayu dan perabut serta kabinet di rumah anda tu.

Bagi yang masih tak ada pengalaman rumah kena serang anai-anai, berhati-hati. Jika anda masih tak nampak ada anai-anai merayap kat mana-mana bahagian di dalam rumah anda itu, tidak bererti anai-anai adalah 100% tak wujud di dalam rumah anda sekarang.

Anai-anai boleh saja masuk dan merayap perlahan-lahan ke dalam rumah tanpa anda sedari.

Memang sifat anai-anai tak suka lalu pada kawasan yang ada cahaya. Anai-anai jenis makhluk yang buat kerja dan hidup dalam kegelapan. Malah kebanyakan anai-anai terutamanya dari kalangan askar dan pekerja mereka, memang tak ada matapun.

Jika di dalam struktur dinding atau tiang rumah anda tu ada ruang halus, mereka tak perlu keluar dari situ untuk merayap ke kawasan lain di seluruh rumah anda. Mungkin ada di aas siling. Mungkin ada di belakang kabinet atau wardrobe dan sebagainya.

Biasanya, sebaik saja anda perasan ada anai-anai banyak kat rumah anda tu, semuanya dah terlewat. Dah banyak barang dia rosakkan. Dah habis rosak kabinet, almari atau struk kayu lain yang ada kat rumah anda tu.

Tanda adanya anai-anai kat rumah

Macam mana nak tahu samada rumah dah ada anai-anai atau tidak?

Untuk pastikan anda dapat tidur lena sebab dah yakin anai-anai tak ada dalam rumah anda sekarang, perlu buat pemeriksaan dengan terperinci. 

Untuk buat pemeriksaan pula anda perlukan ilmu asas bagaimana nak periksa tanda-tanda adanya anai-anai.

Kenapa kita sebut tanda-tanda?

Sebab itulah cara terbaik untuk kesan anai-anai dan buat rawatan sebelum banyak kerosakkan berlaku. Macam saya beritahu tadi, anai-anai memang kerjanya adalah menyorok jauh supaya kehadirannya tidak dapat di kesan oleh kita.

Ada 2 cara untuk ketahui adanya anai-anai:
  • Buat pemeriksaan sendiri - Anda belajar kesemua tanda ada anai-anai. Kemudian buat pemeriksaan sendiri bila ada ruang dan masa yang sesuai. Untuk maklumat tanda-tanda adanya anai-anai, anda boleh cuba baca artikel yang saya dah tulis di blog ini. Klik kat sini.
  • Dapatkan khidmat PCO - Syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen ada banyak kat Malaysia. Antaranya adalah Easelife Services Sdn Bhd yang berpengalaman sejak tahun 1998 lagi. Atau mana-mana syarikat yang ada lesen Pest Control Operator berhampiran rumah anda. Anda boleh minta mereka buat pemeriksaan. Jika anda bernasib baik, mereka berikan FREE.
Untuk dapatkan khidmat buat pemeriksaan secara percuma dari Easelife Services Sdn Bhd, samada kat rumah anda sekarang ada anai-anai atau tidak, Call Cik Athira sekarang 010-234 2542

Elak buat ini jika ada anai-anai

Jika setelah anda dah buat pemeriksaan di seluruh kawasan rumah anda di luar dan dalam. Atas bumbung dalam siling, dalam bilik, dalam stor, dalam almari, dan semua kawasan yang berpotensi. Anda dapati memang ada anai-anai!

Jangan panik!

Dan ambil perhatian supaya jangan buat 3 perkara berkut kat bawah ini.

Guna api bakar sarang anai-anai

Samada rumah anda tu fire-proof atau anda akan pastikan berjaga-jaga supaya tidak merebak, api bukanlah caranya untuk membunuh anai-anai.

Ada orang yang marah sangat bila dapati habis perabutnya rosak kena makan anai-anai. Lalu dia mengamuk, dihimpunkan semua perabut depan rumah dan terus bakar habis perabut tu dengan api yang menyala-nyala.

Ya!

Anai-anai yang kena bakar tu memang mati. Tapi anda perlu tahu bahawa biasanya adalah dalam setengah juta anai-anai yang duduk di bawah tanah di kawasan rumah anda tu. Apa yang terbakar hanyalah sebahagian kecil sahaja dari keseluruhannya.

Sembur anai-anai dengan racun kimia

Ini yang selalu orang ramai buat.

Bila jumpa ada anai-anai merayap kat mana-mana bahagian rumahnya, dia terus ambil aerosol dan sembur anai-anai yang dia nampak tu. Dia tengok ada anai-anai yang mati dan terus tersenyum rasa puas.

Tapi itu tidak lansung menyelesaikan serangan anai-anai dari berterusan berlaku di rumah anda. Malah anda menghalau anai-anai itu cari tempat lain pula yang lebih selamat dan anda ambil masa yang lama lagi pulak untuk kesan pada saat yang sudah terlewat.

Jika ada anai-anai, biarkan saja terebih dahulu. Jangan kacau mereka lagi.

Buat tak tahu

Ini ada juga yang buat. Dia tak ambil kisah lansung. Bila nampak ada lorong tanah anai-anai, dia hancurkan saja kesemua tu dan terus bersihkan dan lupakan macam tak ada apa-apa berlaku.

Atau dia memang nak buat sesuatu tapi tangguh dan tangguh terlebih dahulu dengan alasan sibuk tak ada masa. Jika anda biarkan sampai 2 atau 3 minggu, banyak kayu yang anai-anai tu boleh makan. Jika mereka buat kerja penuh ramai-ramai serang satu kawasan tu, mudah saja nak lesapkan frame pintu kabinet anda tu.

Jika anda buat tak tahu sebab memang tak ada pengetahuan macam mana nak selesaikan masalah anai-anai, jangan abaikan terus. Cari mereka yang tahu agar masalah anda dapat diselesaikan dengan mudah dan berkesan.

Makin lama anda abaikan, makin banyak kerugian yang abak ditempah. Jadi jangan buat tak tahu.

Anda boleh dapatkan khidmat hapuskan anai-anai dengan sistem pengumpanan dari Easelife Services Sdn Bhd. Sistem umpan adalah sangat berkesan dan sangat mantap dalam menghapuskan 100% keseluruhan koloni anai-anai di bawah tanha rumah anda tu.

Call Cik Athira 010-234 2542 untuk dapatkan bantuan terbaik selesaikan masaah anai-anai di area Lembah Kelang dengan sistem pengumpanan yang sangat berkesan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ketahui 3 perkara yang tak sepatutnya anda buat bila rumah diserang anai-anai

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. lemparkan mercun bola atau mercun bom kat sarang dia, gerenti beres! tak percaya boleh cuba.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !