Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 25, 2020

12 perkara tentang duit yang menarik untuk anda fikirkan

  Mohd Shubhi       Friday, December 25, 2020


Saya kongsikan kat bawah ni,12 perkara tentang duit yang menarik untuk anda fikirkan. Boleh baca dan cuba fikirkan. Ada yang anda dah tahu. Mungkin ada yang anda masih tak tahu.

Samada dah tahu atau tidak tahu, jadikan maklumat ini sebagai satu peringatan. Sebab dalam dunia sekarang, memang tak boleh nak lari dari terlibat dengan urusan cari dan belanja duit. Duit dah jadi bahan perantara untuk hampir semua pergerakan manusia atas muka bumi ini.

Bahan yang dapat menyimpan lebihan tenaga dan sumber untuk manusia gunakan bila mana ianya diperlukan. Kalau dalam badan manusia ada mekanisme tersendiri untuk simpan lebihan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan. Dalam kehidupan luar pula, lebihan sumber ini boleh disimpan dalam bentuk lain. Antara yang sangat popular adalah duit.

Jom baca 12 perkara tentang duit yang menarik di bawah.

12 perkara tentang duit

  1. Perangai yang baik lebih baik dari banyak duit - Sebelum berusaha kejar duit, terlebih dulu usaha betulkan perangai supaya baik.
  2. Duit bertindak menggandakan perangai atau sikap yang memang dah ada pada anda - Orang yang biadap dengan duit yang banyak ialah manusia paling celaka yang anda tentu tak mahu berjumpa.
  3. Mekanisme pembiakan duit sangat unik dalam dunia kapitalis - Duit boleh membiak bertambah banyak dengan sendiri tanpa perlu anda buat kerja teruk. Sila buat pelaburan yang betul. 
  4. Kepentingan duit memerlukan anda belajar tentang ilmu yang berkaitan duit - Apa yang anda tahu tentang duit tentukan berapa banyak masa yang anda perlu ambil untuk buat duit. Sila belajar dan faham tentang duit secara konsisten. 
  5. Duit jadi perantara untuk buat baik - Duit boleh bantu anda buat macam-macam untuk faedah orang lain. Fokus lebih pada orang dan bukan diri anda sendiri. Bahagia ada kat situ. 
  6. Duit sebagai kayu ukur sikap diri - Duit boleh jadi kayu ukur yang sangat tepat tahap pemurah anda. Buat duit banyak-banyak dan gunakan untuk bantu orang lain yang memerlukan. 
  7. Duit tak bermakna jika tidak bgergerak digunakan - Sepantas manapun anda mampu buat duit, lebih pantas lagi anda mampu habiskan duit. Tak perlu cemburu kawan yang buat banyak duit sebab dia akan habiskan duit itu sekejap saja. Yang tinggal hanyalah kesan dari bagaimana dia habiskan duit itu. 
  8. Jangan biar duit kawal diri anda - Gunakan duit untuk jadikan hidup anda tidak tertekan. Jangan jadikan duit punca jiwa anda tertekan. Elakkan berhutang. 
  9. Nilai duit sentiasa terikat dengan masa dan zaman - Nilai sebenar duit sentiasa berubah. Makin lama makin susut. Ini semua orang tahu .. sekadar peringatan. Rujuk semula perkara no. 4. 
  10. Emosi adalah perkara yang mengawal semua keadaan anda - Cara kawal duit adalah dengan belajar kawal emosi. Semakin anda sabar, semakin mudah kawal duit. 
  11. Keupayaan bersedia untuk hari kemudian adalah sangat penting - Ada masa makmur dan ada masa gawat. Perallihan antara 2 masa itu yang lahirkan 'jutawan' atau 'tak-ketahuan'. Perkara pentingnya adalah macam mana nak pastikan anda masih sama dalam keadaan makmur atau gawat. Belajarlah tentang pengurusan risiko. 
  12. Pengalaman buruk lebih besar pengajarannya untuk anda ambil iktibar - Bersyukurlah jika duit anda pernah di curi, atau jika anda pernah kena tipu sampai habis duit. Disebabkan itu anda jadi antara orang yang boleh mencium bau antara insan jujur dengan kaki penipu. Jangan jadi penipu walaupun anda pernah kena tipu.
Moga perkongsian ini ada manfaatnya untuk anda yang sudi membaca sampai habis. Idea artikel ini saya ambil dari Tim Denning yang dia tulis dalam Medium.com

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 12 perkara tentang duit yang menarik untuk anda fikirkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !